Sunday 29 March 2015

Spatial Join - Mengira Jumlah Point Di Dalam Setiap Polygon

Saya akan kongsikan satu tip yang mungkin berguna untuk anda. Katakan anda ada satu layer mengandungi sejumlah point dan satu layer mengandungi beberapa polygon. Mungkin anda ingin mendapatkan keputusan berikut :-

  1. Berapakah jumlah point kampung dalam setiap mukim?
  2. Ada berapa jumlah point punca-punca pencemaran dalam setiap subcatchment sungai? (soalan common kat Jab Alam Sekitar :) )
Kalau data point anda sikit mungkin bolehlah anda kira secara manual. Tapi macamana kalau ada beratus-ratus point? Atau beribu-ribu point? Jenuh tu nak kira manually.
 
Contoh taburan kampung dalam sempadan mukim

Gambar atas menunjukkan contoh data point kampung yang saya overlay dengan data polygon mukim. Dalam contoh ni, data point saya hanya mengandungi atribut nama kampung dan tidak dinyatakan setiap kampung tu terletak di dalam mukim mana. Sekiranya saya nak generate summary berapa banyakkah jumlah kampung yang ada dalam setiap mukim, cara yang paling mudah ialah saya gunakan kaedah Spatial Join.

Spatial Join dari point layer kepada polygon layer ni akan bagi kita 2 option iaitu :-
  • Samada kita nak summarize numeric atribut yang terdapat dalam point dan mendapatkan jumlah point dalam polygon atau :
  • Samada kita nak transfer atribute dari point masuk ke dalam polygon based on point yang paling hampir dari sempadan polygon (contoh mcm kita ada poygon lot dan nombor lot disimpan dalam layer point .. selalunya kes ni untuk data convert dari AutoCAD)

Option Spatial Join


OK, untuk buat Spatial Join, ikut step di bawah :-




Penerangan gambar :-
  1. Dalam Table of Contents ArcMap, right click layer polygon.
  2. Pilih Joins and Relates > Join…
  3. Make sure pilih Join data from another layer based on spatial location
  4. Pilih layer point yang anda nak summarizekan total.
  5. Sebab kita nak dapatkan total point, pilih option summary numeric attribute.
  6. Taip nama output layer samada shapefile atau geodatabase.
  7. Klik OK.


Hasilnya anda boleh semak dalam layer baru yang dihasilkan. Buka table untuk layer baru tu dan rujuk pada field Count_.

Contoh result, jumlah kampung dalam setiap
mukim ditunjukkan dalam field Count_







Sunday 8 March 2015

Swipe Tool : Menganalisa Perbandingan/Perubahan Maklumat Antara Layer-layer

Sekiranya anda overlay dua layer raster dan ingin melihat perbandingan antara layer raster di atas dan juga di bawah, jawapan yang paling mudah ialah gunakan Swipe Tool di dalam Effect Toolbar ArcMap. Dengan menggunakan teknik ni, tak perlulah anda on off layer layer raster tu dalam Table of Content ArcMap. Cuba play video kat bawah ni untuk memahamkan kaedah Swipe Tool ni. Di dalam video tu, saya membandingkan imej peta topo yang saya scan dan imej Google. Dari situ saya dapat melihat sebahagian kawasan tanaman getah di atas peta Topo telah dijadikan kawasan kediaman di atas imej Google.



OK… dah faham? Cara nak gunakan tool ni mudah je. Mula-mula buka dulu Effect Toolbar
.


Kemudian, buat step di bawah.



Penerangan gambar :-

  1. Setkan target layer yang korang nak ‘swipe’kan
  2. Klik tool Swipe.



Kemudian, klik atas peta dan gerakkan mouse tu ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah. Jadilah macam video yang anda tengok kat atas tu.





Saturday 7 March 2015

Photo Geotag – Tukar Gambar Foto Anda Kepada Layer Point

Anda suka melancong? Suka posing-posing ambil gambar? Selfie? Wefie? Hehe… sekarang kan orang asyik-asyik nak berselfie. Tahu tak gambo-gambo yang kita ambil tu kita boleh jadikan dalam bentuk point lokasi di dalam peta GIS kita. So kalau kita pergi melancong tu, nanti nampak le pattern point-point tempat-tempat kita posing di atas map, dan yang bagusnya bila kita klik point tu, gambar yang berkaitan lokasi akan dipaparkan.
Haa.. camne nak buat tu? Mula-mula, kita kena pastikan kamera kita tu ada feature GPS dan setkan photo geotag di kamera tu. Boleh dikatakan semua smart phone zaman sekarang ni ada feature ni.

Contoh enable setting GPS kat Nikon DSLR D5300

Contoh enable location tag kat
kamera fon Samsung S4

Lepas anda onkan GPS setting dan onkan location tag pada kamera, ambil gambar macam biasa. Kemudian downloadkan semua gambar-gambar tu dalam satu folder. Bila dah download, buat step ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Pada ArcToolbox, klik Data Management Tools > Photos > GeoTagged Photos To Points
  2. Pada Input Folder, pilih folder kat mana anda download gambo-gambo tadi
  3. Pada Output Feature Class, namakan output point layer di dalam geodatabase (kena buat geodatabase dulu ler).
  4. Pastikan anda klik Add Photos As Attachments. Kalau tak nanti, bila klik kat point, gambo tak kluar.
  5. Klik OK.


Dalam contoh ni saya ambil gambar-gambar sekitar taman perumahan saya. Hasilnya seperti kat bawah ni bila saya overlay dengan imej.



Agak ok juga la kedudukannya, ambil gambar pun guna fon camera je. Kalau ada point yang lari sikit tu, faham-faham je la kan, GPS fon ketepatan dia agak rendah. OK point dah kluar… macamana pula nak kluarkan gambar kat point tu?? Senang je, gunakan je tool Identify, kemudian klik kat point. Rujuk step seperti gambar di bawah.



Penerangan gambar :-
  1. Klik tool Identify
  2. Klik pada point dan dialog Identify dipaparkan. Klik pada nama photo pada Attachments atau boleh juga klik pada ikon macam logo petir tu untuk buka gambar. Bezanya klik pada attachment akan papar gambar yang disimpan dalam geodatabase manakala logo petir tu akan panggil data dari folder asal.
  3. Gambar akan dipaparkan.. (sorry gambar gelap sebab hari nak hujan…hahaha)


OK… lepas ni boleh la try... :)

Friday 6 March 2015

Kursus Pengenalan ArcGIS I dan Geodatabase - Jabatan Pertanian

Kursus ni saya kendalikan pada 2 Mac - 5 Mac baru-baru ni. Pengenalan ArcGIS I Desktop selama 2 hari dan Geodatabase selama 2 hari. Ada sesetengah peserta pernah menggunakan Desktop versi 10.0, jadi saya kongsikan beberapa tips dan penambahan features yang terdapat dalam versi 10.2.2. Seperti biasa, saya juga akan selitkan beberapa contoh yang saya buat dalam blog SukaGIS ni sebagai rujukan tambahan .. :):)

Sebagai bonus, atas permintaan peserta, saya selitkan sikit topik 3D Analyst. Harap semua peserta happy dengan kursus ni.