Friday, 18 September 2015

Kursus Asas ArcGIS - Unjuran dan Sistem Koordinat

Kursus ringkas ArcGIS ni baru saja saya kendalikan pada 13 Okt baru-baru ini.  Kursus ni lebih memfokuskan pada isu-isu berkaitan sistem koordinat seperti isu-isu data Unknown coordinate system, prinsip on-the-fly projection dan peserta juga ditunjukkan kaedah melaksanakan transformasi data dari MRSO/Cassini kepada GDM2000 menggunakan 7 parameter transformasi (terpaksa ubah suai sikit parameter ni, sebab nanti JUPEM mareee... :))

Peserta yang hadir adalah :

  • JPS (7 peserta)
  • MPSJ (3 peserta)
  • PerakGIS (1 peserta)
  • Rancang Bistari Sdn Bhd JB (3 peserta)





Monday, 7 September 2015

Verifikasi Data Melalui Integrasi Google Street View dan ArcGIS Desktop

Saya rasa boleh dikatakan semua pembaca blog SukaGIS ni tahu tentang Google Street View. Seronok main-main dengan Google Street View ni sebab kita boleh explore lokasi yang kita kehendaki melalui 360 degree panaromic view imej yang ditunjukkan dalam aplikasi tu.

Contoh imej Google Street View melalui page Google

Sebenarnya imej yang disediakan oleh aplikasi ni juga boleh kita gunakan untuk verifikasi dan proses QC data-data GIS kita. Contohnya katakan kita telah buat geotagging/hyperlink photo aset (pokok, signboard, streetlight etc) yang kita collect dengan GPS di dalam ArcGIS dan kita nak buat QC dan visual check keadaan di sekitar aset yang dicerap.

So, nak view imej dari Google Street View ni dalam ArcGIS Desktop, firstly kita kena download dan install dulu dia punya Add-In dari arcgis.com. Anda boleh download Add-In ni dengan klik link ni.

Page untuk anda download Street View AddIn


Lepas tu, uncompress file yang anda download tu dan cara nak install senang je. Close dulu semua aplikasi ArcMap  dan double click file StreetViewAddin.esriAddIn dalam folder yang anda dah uncompress tadi.. kemudian follow je instruction yang dipaparkan.



Kemudian, open ArcMap dan follow step seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik menu Customize > Customize Mode…
  2. Klik tab Commands
  3. Pilih Add-In Controls dalam senarai Categories
  4. Klik dan drag Google Street View dan posisikan ke dalam mana-mana Toolbar yang anda kehendaki.
  5. Klik Close


Kemudian buka foto yang telah anda hyperlink kepada data menggunakan tool Hyperlink dalam ArcMap (kalau anda kurang arif bab hyperlink ni, boleh rujuk post saya yang terdahulu melalui link sini). Bandingkan pula dengan foto yang dipaparkan menggunakan tool Street View yang telah anda setup melalui Customize Window tadi.

Perbandingan imej ArcGIS Hyperlink dan Street View



Gambar di atas adalah contoh imej yang saya hyperlink pada point yang ditunjukkan oleh anak panah. Kemudian menggunakan tool Street View, saya klik pada point yang sama dan imej Google Street View dipaparkan. Kelebihannya adalah imej hyperlink dari foto yang anda ambil bersifat statik, tapi imej Street View ni anda boleh navigate 360 darjah untuk melihat keadaan sekeliling point tersebut. Anda juga boleh membuat analisis perbandingan sekiranya imej dari Street View ni lebih latest dari imej foto yang anda ambil.

Thursday, 3 September 2015

Kursus ArcGIS - Selia Selenggara Engineering Sdn Bhd

Kali ni saya dan partner saya merantau ke Melaka mengajar kursus ArcGIS selama 4 hari di syarikat Selia Selenggara Engineering Sdn Bhd. Company ni banyak involve dalam kerja-kerja road asset management, main client diaorg antaranya JKR. 

Untuk dua hari permulaan, peserta didedahkan dengan ArcGIS Desktop. Kaedah kursus ni lebih kepada problem solving, diaorg kemukakan sebarang permasalahan dalam kerja-kerja seharian dan kami cuba solvekan menggunakan teknik ArcGIS, melibatkan data processing, conversion, integration dll. 

Dua hari berikutnya lebih kepada technology update, kami kongsikan teknologi-teknologi yang available dalam GIS Enterprise - ArcGIS Server, Google Map, intergration GoogleMap, Google StreetView & ArcGIS, teknologi UAV, drone dll.











3D Silk Highway Aerial Image 0.1m resolution .. captured dari UAV

Aerial view capture dari drone



Thursday, 6 August 2015

Kursus ArcGIS 3 - Jabatan Alam Sekitar

Saya dan partner saya syafique dijemput lagi sebagai penceramah untuk kursus ni yang berlangsung selama 5 hari, 3 - 7 Ogos di New York Hotel JB.  Kursus ni adalah lanjutan kepada modul ArcGIS 1 dan ArcGIS 2 yang didesign khusus untuk pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS). Topik ArcGIS 3 ni lebih menumpukan kepada extension 3D dan Spatial Analyst.

Jom layan gambar-gambar semasa kursus. Untuk gambar yang lain, boleh layan di link FB sukagis di sini.














Tuesday, 21 July 2015

Geoprocessing - Environment Settings

Salam Aidil Fitri :) .. Dah lama juga SukaGIS tak bersiaran. Mood nak menulis kureng sikit semenjak dua menjak ni. Idea nak menulis pun kureng gak. Hari ni dapat pula satu idea nak kongsi … pasal Geoprocessing Environment.

Kalau anda tengok dalam menu ArcMap, ada satu menu dipanggil Geoprocessing. Bila anda klik menu tu pulak, anda akan jumpa Environments...



Bila anda klik Environments, dialog Environment Settings akan dipaparkan. Fungsi dialog ni untuk anda buat beberapa setting sebelum nak run tool geoprocessing, contohnya bila anda nak run tool-tool di dalam ArcToolBox.

Beberapa setting dalam dialog
Environment Settings


Ada banyak setting dalam dialog Environment Settings ni, tapi saya tunjukkan sebahagian sahaja le, 2 setting yang selalu saya gunakan.


Processing Extent
Setting ni berguna bila anda nak produce output mengikut extent area tertentu. Contohnya katakan anda nak run tool Slope dari source data DEM Selangor, tapi slope yang anda nak generate mungkin mengikut zoom in area tertentu sahaja, seperti gambar di bawah :-



Caranya mudah saja. Mula-mula Zoom In pada area yang anda kehendaki. Kemudian buat step seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Pada dialog Environment Settings, klik Processing Extent
  2. Pada pilihan Extent, pilih Same as Display. Ini bermaksud output yang dihasilkan akan mengikut Zoom In area yang anda tentukan.
  3. Klik OK.


Kemudian run tool Slope dari ArcToolbox. Anda akan dapati output slope yang dihasilkan hanya merangkumi kawasan yang anda Zoom In.

Output slope mengikut zoom in area


Raster Analysis – Mask
Setting ni berguna bila anda nak produce output raster mengikut shape sempadan tertentu, seperti konsep Clip. Contohnya saya nak produce raster Slope dalam sempadan daerah Gombak sahaja, seperti gambar di bawah :-



Mula-mula anda kena ada dulu data sempadan polygon, dalam contoh saya ni, sempadan daerah Gombak. Take note, polygon saja ye, kalau data polyline, tak jadi. Kemudian buat step seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Pada dialog Environment Settings, klik Raster Analysis
  2. Pada pilihan Mask, pilih data sempadan polygon.
  3. Klik OK.


Kemudian bila saya run semula tool Slope, saya akan dapati data slope yang dihasilkan seolah-olah di Clip mengikut shape sempadan Gombak. (jika tiada output dihasilkan, periksa semula setting Processing Extent anda).

Output slope mengikut sempadan polygon



Contoh yang saya tunjuk ni menggunakan tool Slope, tapi sebenarnya Environment Settings ni anda boleh apply pada mana-mana tool dalam ArcToolbox sebenarnya. Hopefully anda dapat idea sikit-sikit. Selamat mencuba.

Friday, 22 May 2015

Mengukur Jarak Permukaan 3D (Surface Length)

Seorang pembaca blog saya dari Indonesia ada bertanyakan soalan bagaimana untuk mengukur jarak sebenar dari satu sela kontur ke sela kontur yang lain mengikut jarak permukaan 3D atau kita panggil juga surface length. Sekiranya anda menggunakan tool Measure dalam ArcMap, jarak yang diberikan adalah jarak mendatar 2D. Lihat perbezaan jarak mendatar 2D dan jarak permukaan 3D seperti di bawah :-



Perhatikan pula gambar di bawah. Garisan merah menunjukkan jarak yang ingin saya dapatkan merentasi beberapa sela kontur dan juga mengikut bentuk topografi data DEM dari puncak bukit ke bawah. Sekiranya saya menggunakan tool Measure, jarak yang diberikan adalah dalam jarak mendatar 2D, lebih kurang 1.9km.



Untuk mendapatkan jarak sebenar permukaan 3D, anda kena ada extension 3D Analyst dulu dalam ArcGIS Desktop. Kemudian, bina layer Polyline shapefile atau geodatabase featureclass  dan digit seperti contoh line merah tu. Pastikan anda dah ready juga data DEM samada format raster surface atau TIN surface. Kemudian gunakan tool Add Surface Information dalam toolbox 3D Analyst. OK, saya assume anda semua dah tahu macamana nak bina layer Polyline dan digit, seterusnya untuk run tool Add Surface Information, buat step seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Buka ArcToolbox dan klik tool 3D Analyst Tools > Functional Surface > Add Surface Information
  2. Masukkan polyline shapefile atau geodatabase featureclass dalam Input Feature Class
  3. Masukkan data surface raster atau TIN dalam Input Surface
  4. Klik SURFACE_LENGTH
  5. Klik OK.


Setelah selesai proses, buka table polyline featureclass dan rujuk field SLength. Dalam contoh di bawah, saya dapati jarak permukaan 3D adalah 2.09km, berbanding jarak mendatar sebelum ni 1.9km. 



Harap tutorial ni dapat menjawab persoalan saudara Karta Surya Wijaya.. :)

Selamat mencuba.



Saturday, 16 May 2015