Friday, 27 July 2018

Buku SukaGIS Jilid 1 Cetakan kedua

Atas permintaan menggalakkan, seribu cetakan pertama buku SukaGIS Jilid 1 telahpun sold out dipasaran. Untuk yang masih belum mendapatkan buku Jilid 1 ni, berita baik untuk anda. Kami baru saja keluarkan cetakan kedua ni.. sedikit penambahbaikan dari segi kualiti cover buku dan gambarajah.  Sebagai bonus, kami selitkan dua topik baru tapi harga masih sama RM50 Semenanjung dan RM52 Sabah Sarawak. Harga ni termasuk postage.








Topik-topik yang anda boleh dapati dalam buku Jilid 1 ni ..


1.   PENGENALAN
Pengenalan GIS
Pengenalan ArcGIS
Pengenalan Topology

2.   UNJURAN PETA DAN SISTEM KOORDINAT
Apakah on-the-fly Projection
Overlay WGS84, MRSO, Cassini,
GDM2000… Kenapa Data Saya Tidak Selaras???
Menukar Sistem Koordinat
Membina Transformasi Datum
MRT48 -> GDM2000, GDM2000 -> MRT48
DMS ke DD… Kenapa Perlu Convert???
Georeferencing
Menjana Koordinat XY Dari Data Point

3.   KARTOGRAFI
Teknik Paparan Simbol Dalam ArcMap
Layout View - Jom Design Map
Tips : Hillshading - Memberi Effect 3D Pada Peta
Teknik Memapar Label Teks
Clip to Shape : Memapar Data Ikut Pelbagai Bentuk
Symbol Rotation
Memapar Attribute Table di Layout ArcMap
Menyimpan dan Berkongsi Simbol Peta
  
4.   PENYUNTINGAN DATA
Asas Operasi Penyuntingan Data
Membetulkan Kesalahan Undershoot Secara Automatik
Menyelaraskan Sempadan - Align Edge Tool
Tips Mendigit : Kaedah Right Angle, Trace Offset dan Tangent Curve
Trace Tool dan Topological Editing
Menyelaras Geometri Menggunakan Spatial Adjustment

5.   CARIAN MAKLUMAT
Attribute Query vs Spatial Query
ArcGIS Definition Query

6.   INTEGRASI DATA
Mengintegrasi Data Excel ke dalam ArcGIS
Mengintegrasi Data Google KML
ke Dalam ArcGIS Desktop
Nak Link Table : Join atau Relate?
Hyperlink

7.   GEODATABASE
Evolusi Data Spatial : Pengenalan Geodatabase
Perbandingan Kapasiti Data Dalam Personal,
File dan ArcSDE Geodatabase
Geodatabase Topology Rules
Geodatabase Domain


Cepat dapatkan sekarang. Hubungi 019 351 3770 atau email azlansr@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Friday, 25 May 2018

Kursus Pengenalan Geodatabase : 18 - 19 September

Mungkin anda selalu dengar orang sebut-sebut geodatabase, geodatabse, tapi… anda tak berapa jelas apa sebenarnya geodatabase ni? Apa kelebihan geodatabase ni berbanding data format lain?? 
Special sangat ke?? Atau mungkin anda ada satu projek dan nak design data-data projek ni dalam GIS database, tapi tak jelas macamana nak mula. Kalau macam tu, apa kata anda join kursus geodatabase ni.  Kami menawarkan kursus ni pada  bulan September ni. Jom booking cepat kursus ni, jangan tunggu last minit, takut melepas.



APA YG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
==========================================
1) Memahami lebih terperinci storage format geodatabase.
2) Membina geodatabase, migrasi data ke dalam geodatabase.
3) Kelebihan penyuntingan data format geodatabase.
4) Validasi atribut menggunakan subtype / domain.
5) Pengenalan Data Model. 
6) Merekabentuk Data Model berdasarkan Malaysian Standard MS1759

Setiap topik ada hands on menggunakan LOCAL DATA. Laptop akan disediakan.




SIAPA YG PATUT HADIR???
======================
- GIS Editor / Data Technicians : Anda yang terlibat dengan kerja-kerja suntingan data spatial dan atribut.
- GIS Data Manager / Database Administrator : Anda yang terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan kawalan kualiti data spatial dan atribut.
- Anda yang nak belajar kaedah nak design geospatial database based on MS1759 standard. 
- Anda yang ingin mempelajari kaedah migrasi data shapefile/MapInfo/CAD ke dalam geodatabase.



LOKASI KURSUS
==============
Arena Rozzaq Training Centre 
313A – 213A Block 2
Laman Seri Business Park 
Seksyen 13 Shah Alam
(Berdekatan Giant, Stadium Shah Alam)

TARIKH
=======
18 – 19 September 2018

YURAN PENDAFTARAN
===================
Sektor awam/swasta : RM500/pax kecuali anda daftar dalam grup 3 orang atau lebih, dapat harga RM450/pax.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com

Thursday, 24 May 2018

Kursus Lanjutan GIS : 8 - 9 Ogos

Anda pengguna ArcGIS dan mencari kursus yang lebih advanced??.  Berita baik untuk anda, kami menawarkan kursus lanjutan GIS (advanced level) bulan Ogos ni. Jom booking cepat kursus GIS ni, jangan tunggu last minit, takut melepas. Kursus ni sesuai untuk anda yang dah ada pengetahuan asas guna ArcGIS Desktop tapi nak explore lebih lagi analisis2, teknik2 tambahan dalam editing data dan juga kartografi.



APA YG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
============================================
1) Pengenalan asas geodatabase
2) Penyuntingan ralat data spatial menggunakan kaedah geodatabase topology rules
3) Analisis GIS : Geoprocessing
4) Membina Model Builder
5) Membina template simbol
6) Membina buku peta mengikut AOI, lembar indeks dll
7) Membina 3D surface data (TIN, raster surface)
8 ) Menjana data kecerunan (slope analysis)

Setiap topik ada hands on menggunakan LOCAL DATA. Laptop akan disediakan.


SIAPA YG PATUT HADIR???
=======================
- GIS Editor : Anda yang terlibat dengan kerja-kerja suntingan data spatial.
- GIS Analyst / GIS Technical Leads : Anda yang terlibat dengan penganalisaan dan pemprosesan data spatial.
- Map Designers / Cartographer : Anda yang ingin mendalami beberapa teknik tambahan dalam penyediaan peta.
- kakitangan yang ingin, akan atau sedang menggunakan teknologi GIS dalam kerja seharian.
- Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan GIS untuk tugasan, projek akhir dan juga kajian.
- Anda yang inginkan kursus GIS yang menggunakan contoh-contoh data hands-on Malaysia dan kajian kes khusus area di Malaysia.


LOKASI KURSUS
===============
Arena Rozzaq Training Centre
313A – 213A Block 2
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam
(Berdekatan Giant, Stadium Shah Alam)

TARIKH
=======
8 – 9 Ogos 2018

YURAN PENDAFTARAN
====================
Sektor awam/swasta : RM500/pax kecuali anda daftar dalam grup 3 orang atau lebih, dapat harga RM450/pax.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com

Kursus Asas GIS : 6 - 7 Ogos

Berita baik untuk anda yang mencari-cari kursus GIS.  Kursus asas GIS ditawarkan lagi pada bulan Ogos ni. Jom booking cepat kursus GIS ni, jangan tunggu last minit, takut melepas. Kursus ni sesuai untuk anda yang zero knowledge GIS, ataupun mungkin pernah try2 guna ArcGIS, tapi nak tahu dengan lebih terperinci atau nak berguru dengan trainer yang berpengalaman menggunakan ArcGIS.



APA YG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
============================================
1) Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
2) Memahami struktur data GIS (layer, spatial, atribut dll)
3) Penggunaan symbology pada layer
4) Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, GDM2000, WGS84) dan macamana nak apply dalam ArcGIS
5) Integrasi maklumat (Hyperlink / Join table / relate)
6) Carian Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
7) Asas penyuntingan data
8 ) Kaedah melaksanakan georeferencing
9) Merekabentuk peta
Setiap topik ada hands on menggunakan LOCAL DATA. Laptop akan disediakan.



SIAPA YG PATUT HADIR???
=======================
- Individu yang tiada pengalaman GIS
- kakitangan yang ingin, akan atau sedang menggunakan teknologi GIS dalam kerja seharian.
- Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan GIS untuk tugasan, projek akhir dan juga kajian.
- Anda yang inginkan kursus GIS yang menggunakan contoh-contoh data hands-on Malaysia dan kajian kes khusus area di Malaysia.



LOKASI KURSUS
===============
Arena Rozzaq Training Centre
313A – 213A Block 2
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam
(Berdekatan Giant, Stadium Shah Alam)

TARIKH
=======
6 – 7 Ogos 2018

YURAN PENDAFTARAN
====================
Sektor awam/swasta : RM500/pax kecuali anda daftar dalam grup 3 orang atau lebih, dapat harga RM450/pax.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com



Monday, 21 May 2018

Diskaun Buku SukaGIS Jilid 2

Cepat.. cepat... rebut peluang ni. Biasanya harga biasa buku SukaGIS Jilid 2 RM50 Semenanjung, RM52 Sabah/Sarawak. Tapi sempena bulan Ramadhan ni, saya offer harga RM40 Semenanjung, RM42 Sabah/Sarawak. Jimat RM10 tu. Kira diskaun raya terus..hehe. Tawaran ni sah hingga 14 Jun saja tau. Untuk info lanjut, contact 019 351 3770 atau email azlansr@gmail.com.




Topik-topik dalam buku ni :-

1.  PENGENALAN
2.  PENGURUSAN DATA
Pengurusan Medan Data
Geodatabase Attachment
Editor Tracking - Mengenalpasti Siapakah dan Bilakah Tarikh/Masa Data Dikemaskini
Membina Group Layer
Map Package - Kaedah Mudah Nak Pindah/Kongsi Data
Pengurusan Layer Dalam TOC : Menyelesaikan Masalah “Broken Data Link”
3.  PEMPROSESAN DATA
Merge : Menggabungkan Feature Class
Mosaic : Menggabung Raster
Clip Raster Mengikut Bentuk Polygon
Photo Geotag – Tukar Gambar Foto Anda Kepada Layer Point
Extract Nilai Z Raster DEM Kepada Data Point
Membina Atribut Dari Teks Annotation Fail AutoCAD
Convert GIS Data ke CAD Format
Membina Data 3D Surface TIN
Menjana Data Centerline
Geoprocessing – Environment Settings
Batch Geoprocessing
4.  PENGANALISAAN DATA
Analisis Buffer
Analisis Geoprocessing Overlay : Intersect vs Union
Analisis Geoprocessing Overlay : Erase
Analisis Dissolve
Analisis Frequency
Spatial Join - Mengira Jumlah Point Di Dalam Setiap Polygon
Verifikasi Data Melalui Integrasi Google Street View dan ArcGIS Desktop
Interpolation
Analisis Kecerunan (Slope Analysis)
Mengira Jarak Terhampir – Point Distance
Permodelan Hidrologi (Hydrological Modelling
Pemetaan Dataran Banjir (Floodplain Mapping)
Penggunaan Dataset LIDAR Dalam ArcGIS
Analisis Model Kesesuaian (Weighted Overlay)
Kelebihan Model Builder
Mengukur Jarak Permukaan 3D (Surface Length)
     Analisis Tarah/Potong dan Timbus (Cut and Fill)

Friday, 20 April 2018

Jom Daftar : Kursus GIS 14 - 15 Mei 2018





Anda tiada asas GIS tapi berminat nak belajar GIS? Atau dah tahu sikit-sikit GIS tapi kurang jelas macamana nak apply menggunakan ArcGIS Desktop? Atau anda student GIS yang mencari-cari kelas yang menyediakan latihan hands on tutorial ArcGIS yang komprehensif? Atau anda ingin tahu macamana GIS boleh membantu organisasi anda?

Kalau jawapannya YA, andalah orang yang kami cari. Jom daftar kursus Pengenalan ArcGIS Desktop ni. Tak lama, 2 hari je berkursus. Kursus ni sesuai untuk level Beginner, untuk anda yang belum ada asas atau pengalaman menggunakan GIS. Atau untuk anda yang mungkin dulu pernah guna GIS tapi dah lama tinggal dan nak refresh balik. Kursus akan dikendalikan oleh saya sendiri, penulis blog ni.

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
1) Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
2) Memahami struktur data GIS (layer, spatial, atribut dll)
3) Penggunaan symbology pada layer
4) Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, GDM2000, WGS84) dan penggunaannya dalam ArcGIS
5) Integrasi maklumat (Hyperlink / Join table / relate)
6) Carian Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
7) Asas penyuntingan data
8) Kaedah melaksanakan georeferencing
9) Merekabentuk peta
Setiap topik ada hands on. Laptop akan disediakan.

LOKASI KURSUS
Arena Rozzaq Training Centre
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam

TARIKH
14 - 15 Mei 2018

YURAN PENDAFTARAN
Sektor awam/swasta : RM500 / peserta. Tapi kalau anda daftar 3 orang, dapat harga diskaun RM450/peserta.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com

Thursday, 5 April 2018

Troubleshoot Penentuan Sistem Koordinat (Bahagian 2)


Berjumpa lagi. Dalam post saya di Bahagian 1 sebelum ni, saya ada bagi tips sikit macamana kita nak teka atau agak-agak sistem koordinat yang digunakan pada data yang kita tak dapat kenalpasti sistem koordinat yang digunakan oleh data tersebut… iaitu dengan membandingkan nilai koordinat pada data tu dengan julat koordinat pada beberapa sistem koordinat seperti RSO, WGS84, GDM dan Cassini.

Bila kita dah dapat agak apa sistem koordinat yang digunakan oleh data tu, step seterusnya ialah kita kena overlay pula data tu dengan basemap yang bersesuaian untuk double check betul tak sistem koordinat yang kita agak tu. Kalau boleh, cuba overlaykan data tu dengan basemap yang menggunakan sistem koordinat yang sama yang anda teka. Maksudnya, kalau anda agak data tu mungkin dalam sistem koordinat RSO, overlaykan dengan basemap RSO. Kalau anda rasa data tu dalam WGS84, overlay pula dengan basemap WGS84.  

Overlay data diuji dengan basemap yang bersesuaian

Untuk test dengan basemap WGS84 agak mudah, sekiranya anda tiada sumber basemap WGS84, overlay saja dengan ESRI basemap, tapi kena enable dulu setting internet di komputer anda sebab data ESRI basemap ni adalah servis yang anda akan access dari server ESRI. Tapi kalau anda nak overlay pada basemap selain dari WGS84, anda kena ada dululah data basemap tu di komputer anda.

Pilihan basemap dari servis ESRI basemap

Sebelum anda test overlay data tu, saya cadangkan anda buang dulu setting Spatial Reference pada data yang anda nak test tu. Kenapa nak kena buang?? Tujuannya, sekiranya ada kesilapan define Spatial Reference pada data tu sebelum ni (cth data tu patutnya RSO, tapi ada orang tersilap define sebagai WGS84), setting parameter reference tu tak akan diambil kira oleh ArcMap semasa proses overlay dilakukan, jadi ArcMap akan terus baca raw koordinat pada data tu dan direct overlay pada basemap yang anda telah pilih.

Kalau anda nak selamat, backup dulu data tu sebelum anda buang Spatial Reference, so at least anda anda parameter data yang asal. Cara paling mudah, copy paste je data tu menjadi layer baru, dan buat testing overlay pada layer baru tu setelah anda buang setting Spatial Reference. Cara untuk buang setting Spatial Reference seperti step di bawah ni :-

Kaedah membuang setting Spatial Reference pada layer

Penerangan gambar :-
  1. Dalam Catalog Window atau ArcCatalog, buka properties untuk layer yang anda nak buang setting Spatial Reference tu.
  2. Klik tab XY Coordinate System
  3. Klik arrow sebelah butang globe dan pilih Clear.




Setelah anda pilih Clear, setting pada ruangan Current coordinate system akan menjadi <Unknown>. Klik OK.

Seterusnya bolehlah anda test data tu untuk overlay dengan basemap yang anda pilih. Untuk nak elakkan confuse, cuba test overlay data tu dengan layer-layer yang berkenaan saja, jangan serabutkan map anda dengan layer-layer yang lain. Kadangkala saya lihat ada yang test overlay data bermasalah dengan map document sedia ada yang mana terdapat terlalu banyak layer di dalam map document tersebut. Maksudnya, dia open dia punya existing project file MXD, dalam tu dah la ada macam-macam layer, ada bercampur aduk layer yang lain-lain sistem koordinat pulak tu, kemudian dia test pulak overlay layer yang problem tu dalam MXD yang sama. Bila data tu tak masuk, nanti anda pun pening data tu sepatutnya kena ikut layer yang mana satu dan sistem koordinat yang mana satu dalam MXD tu, sebab dah bercampur aduk.

Jadi sebaik-baiknya, untuk buat testing, buka map yang baru dalam ArcMap atau insert saja Data Frame baru sekiranya nak gunakan MXD sedia ada. Start dari kosong, kemudian masukkan basemap yang anda pilih, lepas tu baru masukkan layer yang problem tu untuk test overlay.  Kalau anda rasa data masih problem, lari jauh tersasar, start semula map baru atau insert lagi Data Frame baru, kemudian test pula overlay dengan basemap yang lain. Jangan continue je overlay dari basemap yang anda dah uji sebelum ni. Ringkasnya, caranya seperti gambar di bawah ni :-

Kaedah yang betul untuk test overlay data bersama basemap

Penerangan gambar :-
  1. Klik menu File > New untuk buka map baru atau klik menu Insert > Data Frame untuk masukkan data frame baru.
  2. Masukkan basemap yang dipilih ke dalam map.
  3. Masukkan layer yang nak diuji ke dalam map.

Setelah selesai proses ni, dan setelah anda dapati data yang anda test tu dah jatuh di dalam kawasan basemap, barulah anda buat analisis lebih terperinci pada data tu dari segi ketepatan lokasi, skala, orientation dan lain-lain. Kadangkala ada juga kes anda nampak data tu macam masuk, tapi bila zoom in nampak macam ada gap atau offset beberapa meter. Contoh macam gambar di bawah ni ..

Offset pada data berkemungkinan disebabkan masalah datum

Pada awalnya lepas saya test overlay, nampak macam layer mukim Johor (boundary merah) tu macam ngam masuk layer negeri Semenanjung. Tapi lepas saya zoom dan zoom, nampak ada lari beranjak sikit beberapa meter. Jika anda dapati masalah pada layer anda tu ada offset sikit, tapi skala nampak OK, orientation nampak OK, kebiasaannya ini disebab problem transformasi datum. Kemungkinan data tu sebelum ni asalnya dalam sistem koordinat lain, tapi telah melalui proses penukaran sistem koordinat dan kemungkinan semasa proses penukaran sistem koordinat tu, transformasi datum tak dilakukan. Contohnya, dalam software ArcGIS, jika anda nak tukar data anda dari sistem koordinat WGS84 kepada Kertau MRSO, anda kena specify datum transformation Kertau_To_WGS_1984 dalam tool Project atau kena set pada butang Transformation di Data Frame Properties jika anda guna kaedah export layer dalam ArcMap. Step ni ada saya ceritakan dalam post topik Menukar Sistem Koordinat di link sini dan juga di dalam buku SukaGIS Jilid 1.

Transformasi datum Kertau RSO kepada WGS84

Kalau data GDM2000RSO pula, kemungkinan semasa proses conversion sistem koordinat kepada GDM tu tak disertakan 7 parameter transformasi datum yang perlu anda dapatkan dari JUPEM.

Jadi untuk masalah data offset ni, penyelesaian yang terbaik sebenarnya kalau boleh dapatkan data yang asal sebelum proses penukaran sistem koordinat tu dilakukan. Contohnya kalau data anda terima tu dalam RSO dan data tu asalnya diproject dari WGS84, dapatkan semula data asal WGS84 tu, dan project semula ke RSO menggunakan kaedah yang betul. Tapi kalau dah tiada pilihan, terpaksalah anda betulkan data yang offset tu. Kadangkala mungkin mudah, kadangkala leceh gak, bergantung pada macamana keadaan data tu. Kalau melibatkan area yang kecil mungkin senang anda nak adjust, kalau area yang besar, pening kepala juga nak solve problem macam ni.

Ada beberap tool yang anda boleh gunakan dalam ArcGIS untuk betulkan data-data yang problem macam ni. Antaranya anda boleh gunakan tool Spatial Adjustment, atau buat proses editing menggunakan kaedah move, reshape, tracing dan sebagainya, bergantung pada macamana keadaan error data tu.

Harap perkongsian ni bermanfaat untuk anda.

p/s : Anda perlukan kursus GIS??. Klik link sini untuk maklumat kursus yang kami tawarkan pada bulan April dan Mei ini.