Saturday 17 November 2012

Editing Locks - Personal, File dan ArcSDE Geodatabase


Jika topik sebelum ni saya sentuh tentang perbandingan kapasiti data dalam Personal, File dan ArcSDE Geodatabase, topik kali ni saya akan sentuh tentang perbezaan editing pula untuk ketiga-tiga geodatabase tu. Sekiranya tugasan anda melibatkan penyuntingan data-data di dalam geodatabase, anda perlu tahu serba sedikit asas dan perbezaan editing sekiranya data anda disimpan samada dalam personal, file atau sde geodatabase. Fokus perbincangan saya lebih tertumpu kepada konsep editing locks di dalam ketiga-tiga geodatabase tadi.

Apakah maksud editing locks ni? Maksudnya bila anda tengah edit data dalam geodatabase, database tu telah dikunci oleh anda, pengguna lain tak boleh edit dah dalam masa yang sama sehinggalah anda selesai proses edit. Bila selesai sahaja anda buat proses edit pada data tu, barulah pengguna lain boleh edit pula data yang dia kehendaki di dalam geodatabase tu. Begitulah maksudnya lebih kurang.  So... ada sedikit perbezaan dari segi editing locks ni..bergantung pada jenis geodatabase yang anda pakai, samada personal, file atau arcsde geodatabase.

Editing Locks - Personal Geodatabase

Editing di dalam personal geodatabase menggunakan konsep single user editing dan multiple readers, bermaksud, dalam satu masa, hanya sorang saja dibenarkan edit data-data di dalam geodatabase tu.. walaubagaimanapun pada masa yang sama, pengguna lain still boleh access data di dalam geodatabase tu, dengan syarat pengguna-pengguna lain tu tak buat proses edit, hanya untuk view sahaja. Dalam kata lain, bila anda dalam proses edit, acces anda pada geodatabase tu sebagai Read, Write, pengguna lain hanya Read Only sahaja. Perhatikan senario edit seperti gambar di bawah :-

Edit locks berlaku pada keseluruhan data di dalam
personal geodatabase

Apabila user1 mulakan proses edit data sungai, keseluruhan geodatabase tu akan di kunci. Sekiranya user2 nak edit data-data yang lain, operasi tu tak akan dibenarkan kerana editing locks telah berlaku pada keseluruhan data di dalam geodatabase tadi.

Editing Locks - File Geodatabase

Untuk file geodatabase pula, ada beza sikit. Proses editing locks tidak berlaku pada keseluruhan geodatabase, sebaliknya hanya berlaku pada dataset yang terlibat dalam proses edit sahaja. Sebagai contoh, macam kes tadi, user1 buat proses edit untuk data sungai.. jadi hanya data sungai saja yang dikunci kepada pengguna lain. Pengguna user2 still boleh edit data-data lain seperti daerah, gunatanah, kampung dan kontur di dalam geodatabase tu.

Editing locks hanya berlaku diperingkat dataset level
di dalam File Geodatabase

Editing Locks - ArcSDE Geodatabase

Untuk ArcSDE Geodatabase special sikit.. takde editing locks. Sebabnya arcsde geodatabase support kaedah multi-user editing. Kelebihan multi-user editing ni lah yang membezakan ArcSDE geodatabase dari geodatabase yang lain. Maksud multi-user editing ni ialah lebih dari seorang pengguna boleh edit geodatabase yang sama, dataset yang sama bahkan feature yang sama (point, line, polygon) secara serentak. Wahhh.. camne tu?? tak jadi kacau bilau huru hara ke data nanti kalau semua orang boleh edit serentak? Edit feature yang sama pulak tu?

Multi-user editing : lebih dari sorang pengguna boleh
edit serentak di dalam ArcSDE Geodatabase

Cuba perhatikan contoh senario edit di bawah. Dalam contoh tu, user1 dan user2 edit polygon lot yang sama. user1 reshape lot manakala user2 cut polygon lot. Kedua-dua user ni edit di dalam operasi edit session yang sama.

Cth multi-user editing : Edit feature yang sama

Dalam senario editing ni, apabila percanggahan edit berlaku pada feature yang sama, ia dinamakan conflict. Apabila salah seorang pengguna save edit, ArcSDE akan mengesan percanggahan edit ini dan dialog Conflict akan dipaparkan.

Dialog conflict dipapar sekiranya ada
percanggahan edit


Bila berlaku kes seperti ni, anda perlu tentukan samada ingin mengambil edit dari user1, user2 atau kembali kepada feature yang asal sebelum di edit. OK, begitulah serba sedikit berkenaan editing locks di dalam geodatabase. 

Secara ringkasnya :-
- Editing locks berlaku pada keseluruhan data di dalam Personal Geodatabase
- Editing locks hanya berlaku di peringkat dataset level sahaja di dalam File Geodatabase
- Tiada istilah editing locks di dalam ArcSDE Geodatabase