Wednesday 25 November 2015

Field Data Type Raster

Dalam post saya sebelum ni saya ada tunjukkan beberapa kaedah untuk link photo pada feature, pertama kaedah Hyperlink, dan kedua.. Geodatabase Attachment. Sekarang saya akan tunjukkan satu lagi kaedah untuk link photo kepada feature, dengan menyimpan photo di dalam field data type raster.

Apa maksud field data type raster ni?? Bila kita nak simpan sesuatu atribut di dalam table, setiap atribut tu disimpan dalam field dan setiap field ada data type bergantung pada apa jenis atribut yang kita nak simpan. Contohnya nak simpan atribut “ABC”, data type dia Text atau kita panggil String. Nak simpan atribut nombor 1234, data type dia Integer.



Dalam geodatabase, ada satu lagi data type yang special, dipanggil data type Raster.. fungsinya, untuk menyimpan data raster seperti gambar photo. So.. mcm kaedah Geodatabase Attachment gak, field type raster hanya support data yg dalam format geodatabase saja. Semua format raster dataset yang ArcGIS support anda boleh masukkan dalam field raster ni, tapi seeloknya kecikkan saiz raster yang nak dimasukkan.
Untuk nak link photo ke field type raster ni, kena buat 3 steps ni :-

  1. Add field type raster dalam table
  2. Mulakan proses editing dalam ArcMap
  3. Load photo ke dalam field type raster


Add Field Type Raster
Semua orang dah expert kot cara nak add field dalam table. Kalau sape yang buat-buat lupa tu, camni caranya. Dalam ArcCatalog atau Catalog Window ArcMap, buka properties untuk layer yang nak add field tu kemudian taip je nama field, cuma kali ni bezanya lepas taip nama field, pilih saja data type sebagai raster. Kalau still kelabu asap gak, rujuk gambar di bawah ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik tab Fields
  2. Pada ruangan Field Name, taip nama field
  3. Pilih Data Type sebagai Raster
  4. Tentukan samada anda mahu photo tu di manage oleh geodatabase atau tidak. Yes bermaksud photo tu akan disimpan di dalam geodatabase. No bermaksud photo tu akan maintain di dalam folder asal.
  5. Klik OK.

Mulakan Proses Edit
Next, mulakan proses editing pada layer tadi.



Load Photo
Select pada feature yang nak dimasukkan photo. Kemudian pada toolbar Editor, klik butang Attributes


Bila keluar dialog Attributes, buat step di bawah ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Pada field raster, klik v dan pilih Load…
  2. Pada Input Raster Dataset:, browse pada photo yang nak dimasukkan.
  3. Anda boleh pilih beberapa compression method yang disediakan.
  4. Klik OK.

Anda akan melihat photo dimasukkan ke dalam dialog Attributes seperti di bawah.



Setelah selesai load semua photo, Stop Editing dan save edit anda.
Kemudian, gunakan tool Identify dan klik pada feature yang telah anda load photo tadi. Anda akan lihat di dalam dialog Identify, text <Raster> dipaparkan  di ruangan Value pada field data type raster dan terdapat icon imej disebelah text <Raster> tersebut menunjukkan imej photo telah di attach pada field PHOTO tu. Klik dalam ruangan <Raster> dan photo akan dipaparkan.



Selamat mencuba….

Saturday 21 November 2015

Kursus ArcGIS Di Pusat Hidrografi Nasional (PHN)

Kali ni saya berpeluang berkongsi ilmu ArcGIS bersama warga TLDM di Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Salah satu tanggungjawab PHN ni ialah mengeluarkan produk peta Carta Nautika atau Electronic Nautical Chart (ENC) untuk panduarah pelayaran kapal-kapal.

Kursus kali ni berlangsung selama 5 hari (16-20Nov). Kebetulan dalam tempoh kursus tu, jatuh pula sambutan GIS Day, so saya dijemput utk bagi short talk kepada warga TLDM berkenaan kepentingan teknologi GIS. 

Tahniah dan terima kasih kepada warga TLDM PHN. Kongsi gambar sikit :) ...











Perbarisan membentuk huruf GIS DAY, gambar capture dari drone

Saturday 7 November 2015

Geodatabase Attachment

Dulu saya pernah post satu topik Hyperlink untuk link layer GIS kita ke dokumen seperti photo, video dan lain-lain. Contoh, kita nak keluarkan gambar photo lokasi pada point yang kita klik. Kali ni saya akan tunjukkan satu lagi teknik untuk link dokumen pada data. Nama kaedah ni geodatabase attachment dan hanya support dalam ArcGIS versi 10.x. So… namanya pun geodatabase attachment, data kita kena dalam format geodatabase la dulu baru boleh buat cara ni. So kalau data anda dalam format shapefile, kena convert dulu ke geodatabase.

Apa beza teknik ni dengan teknik hyperlink yang saya tunjuk sebelum ni?? Beza yang ketara ialah dokumen yang kita link tu disimpan terus di dalam geodatabase. Maksudnya, kalau kita link data kita pada imej contohnya file JPEG, imej tu akan disimpan terus dalam geodatabase.. so kalau kita delete folder yang simpan file JPEG tu pun, takde masalah, imej still boleh keluar bila kita klik pada data.

Dalam kaedah Hyperlink, data masih merujuk dokumen yang disimpan
dalam folder asal manakala geodatabase attachment, kesemua
dokumen disimpan di dalam geodatabase bersama-sama data


Kerja nak manage dokumen yang kita link pun lebih senang sebab bila kita copy data atau pindahkan ke dalam geodatabase lain, dokumen atau imej yang kita link pun akan ikut sama pindah. Tak payah pening kepala nak fikir kena copy sekali imej atau dokumen mana yang kita link.

Step pertama yang anda kena buat, kena enable dulu attachment pada data. Caranya mudah je, buka Catalog Window atau ArcCatalog dan rujuk gambar bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam geodatabase, right click pada data yang anda nak attach dokumen atau photo dan pilih Manage
  2. Klik Create Attachments

Anda akan dapati satu table tambahan dan relationship class dibina dalam geodatabase.

Table attachment dan relationship class antara
table dan featureclass dibina secara auto


Selesai create attachment, masukkan data tu dalam ArcMap dan mulakan proses Editing (Start Editing). Select pada feature yang anda hendak attachkan photo. Kemudian, buat step di bawah ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Pada Editor toolbar, klik butang Attributes
  2. Dalam dialog Attributes, klik pada pin attachment
  3. Pada dialog Attachments, klik butang Add dan pilih photo yang hendak anda attach
  4. Klik OK.


Setelah selesai, Save Edit anda dan klik Stop Editing pada Editor toolbar. Macamana cara nak keluarkan semula photo yang telah anda attach tu? Caranya mudah, rujuk step di bawah :-



  1. Klik butang Identify dan klik di atas peta pada feature yang telah anda attach photo tadi. 
  2. Pada dialog Identify, klik arrow di sebelah pin attachment, anda akan lihat nama photo yang attach dipaparkan. Klik pada nama photo tu. 
  3. Photo akan dipaparkan.


Senang je kan?? Photo JPEG yang anda attach tu sekarang ni dah disimpan dalam geodatabase bersama dengan data tu sekali. So kalau anda delete fail JPEG dalam folder asal tu pun no hal, photo still boleh keluar bila anda klik pada data.

Selamat mencuba.




Friday 6 November 2015

Kursus ArcGIS Desktop & Editing : Unit PerakGIS JPBD Ipoh

Kursus ni saya kendalikan pada 2 hingga 5 November baru-baru ni di Ipoh. Kebanyakan peserta agak berpengalaman juga sebab dah ada basic GIS dan biasa guna software Quantum GIS. Dua hari yang pertama cover topik Intro ArcGIS Desktop, dua hari berikutnya lebih fokus pada teknik-teknik suntingan data. Pelbagai tips ditunjukkan melibatkan kerja-kerja suntingan seperti auto check error guna Topology Rules, menyelesaikan masalah-masalah data tak allign dan lain-lain.

Belanja gambo sikit ...