Friday 20 April 2018

Jom Daftar : Kursus GIS 14 - 15 Mei 2018





Anda tiada asas GIS tapi berminat nak belajar GIS? Atau dah tahu sikit-sikit GIS tapi kurang jelas macamana nak apply menggunakan ArcGIS Desktop? Atau anda student GIS yang mencari-cari kelas yang menyediakan latihan hands on tutorial ArcGIS yang komprehensif? Atau anda ingin tahu macamana GIS boleh membantu organisasi anda?

Kalau jawapannya YA, andalah orang yang kami cari. Jom daftar kursus Pengenalan ArcGIS Desktop ni. Tak lama, 2 hari je berkursus. Kursus ni sesuai untuk level Beginner, untuk anda yang belum ada asas atau pengalaman menggunakan GIS. Atau untuk anda yang mungkin dulu pernah guna GIS tapi dah lama tinggal dan nak refresh balik. Kursus akan dikendalikan oleh saya sendiri, penulis blog ni.

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
1) Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
2) Memahami struktur data GIS (layer, spatial, atribut dll)
3) Penggunaan symbology pada layer
4) Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, GDM2000, WGS84) dan penggunaannya dalam ArcGIS
5) Integrasi maklumat (Hyperlink / Join table / relate)
6) Carian Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
7) Asas penyuntingan data
8) Kaedah melaksanakan georeferencing
9) Merekabentuk peta
Setiap topik ada hands on. Laptop akan disediakan.

LOKASI KURSUS
Arena Rozzaq Training Centre
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam

TARIKH
14 - 15 Mei 2018

YURAN PENDAFTARAN
Sektor awam/swasta : RM500 / peserta. Tapi kalau anda daftar 3 orang, dapat harga diskaun RM450/peserta.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com

Thursday 5 April 2018

Troubleshoot Penentuan Sistem Koordinat (Bahagian 2)


Berjumpa lagi. Dalam post saya di Bahagian 1 sebelum ni, saya ada bagi tips sikit macamana kita nak teka atau agak-agak sistem koordinat yang digunakan pada data yang kita tak dapat kenalpasti sistem koordinat yang digunakan oleh data tersebut… iaitu dengan membandingkan nilai koordinat pada data tu dengan julat koordinat pada beberapa sistem koordinat seperti RSO, WGS84, GDM dan Cassini.

Bila kita dah dapat agak apa sistem koordinat yang digunakan oleh data tu, step seterusnya ialah kita kena overlay pula data tu dengan basemap yang bersesuaian untuk double check betul tak sistem koordinat yang kita agak tu. Kalau boleh, cuba overlaykan data tu dengan basemap yang menggunakan sistem koordinat yang sama yang anda teka. Maksudnya, kalau anda agak data tu mungkin dalam sistem koordinat RSO, overlaykan dengan basemap RSO. Kalau anda rasa data tu dalam WGS84, overlay pula dengan basemap WGS84.  

Overlay data diuji dengan basemap yang bersesuaian

Untuk test dengan basemap WGS84 agak mudah, sekiranya anda tiada sumber basemap WGS84, overlay saja dengan ESRI basemap, tapi kena enable dulu setting internet di komputer anda sebab data ESRI basemap ni adalah servis yang anda akan access dari server ESRI. Tapi kalau anda nak overlay pada basemap selain dari WGS84, anda kena ada dululah data basemap tu di komputer anda.

Pilihan basemap dari servis ESRI basemap

Sebelum anda test overlay data tu, saya cadangkan anda buang dulu setting Spatial Reference pada data yang anda nak test tu. Kenapa nak kena buang?? Tujuannya, sekiranya ada kesilapan define Spatial Reference pada data tu sebelum ni (cth data tu patutnya RSO, tapi ada orang tersilap define sebagai WGS84), setting parameter reference tu tak akan diambil kira oleh ArcMap semasa proses overlay dilakukan, jadi ArcMap akan terus baca raw koordinat pada data tu dan direct overlay pada basemap yang anda telah pilih.

Kalau anda nak selamat, backup dulu data tu sebelum anda buang Spatial Reference, so at least anda anda parameter data yang asal. Cara paling mudah, copy paste je data tu menjadi layer baru, dan buat testing overlay pada layer baru tu setelah anda buang setting Spatial Reference. Cara untuk buang setting Spatial Reference seperti step di bawah ni :-

Kaedah membuang setting Spatial Reference pada layer

Penerangan gambar :-
  1. Dalam Catalog Window atau ArcCatalog, buka properties untuk layer yang anda nak buang setting Spatial Reference tu.
  2. Klik tab XY Coordinate System
  3. Klik arrow sebelah butang globe dan pilih Clear.




Setelah anda pilih Clear, setting pada ruangan Current coordinate system akan menjadi <Unknown>. Klik OK.

Seterusnya bolehlah anda test data tu untuk overlay dengan basemap yang anda pilih. Untuk nak elakkan confuse, cuba test overlay data tu dengan layer-layer yang berkenaan saja, jangan serabutkan map anda dengan layer-layer yang lain. Kadangkala saya lihat ada yang test overlay data bermasalah dengan map document sedia ada yang mana terdapat terlalu banyak layer di dalam map document tersebut. Maksudnya, dia open dia punya existing project file MXD, dalam tu dah la ada macam-macam layer, ada bercampur aduk layer yang lain-lain sistem koordinat pulak tu, kemudian dia test pulak overlay layer yang problem tu dalam MXD yang sama. Bila data tu tak masuk, nanti anda pun pening data tu sepatutnya kena ikut layer yang mana satu dan sistem koordinat yang mana satu dalam MXD tu, sebab dah bercampur aduk.

Jadi sebaik-baiknya, untuk buat testing, buka map yang baru dalam ArcMap atau insert saja Data Frame baru sekiranya nak gunakan MXD sedia ada. Start dari kosong, kemudian masukkan basemap yang anda pilih, lepas tu baru masukkan layer yang problem tu untuk test overlay.  Kalau anda rasa data masih problem, lari jauh tersasar, start semula map baru atau insert lagi Data Frame baru, kemudian test pula overlay dengan basemap yang lain. Jangan continue je overlay dari basemap yang anda dah uji sebelum ni. Ringkasnya, caranya seperti gambar di bawah ni :-

Kaedah yang betul untuk test overlay data bersama basemap

Penerangan gambar :-
  1. Klik menu File > New untuk buka map baru atau klik menu Insert > Data Frame untuk masukkan data frame baru.
  2. Masukkan basemap yang dipilih ke dalam map.
  3. Masukkan layer yang nak diuji ke dalam map.

Setelah selesai proses ni, dan setelah anda dapati data yang anda test tu dah jatuh di dalam kawasan basemap, barulah anda buat analisis lebih terperinci pada data tu dari segi ketepatan lokasi, skala, orientation dan lain-lain. Kadangkala ada juga kes anda nampak data tu macam masuk, tapi bila zoom in nampak macam ada gap atau offset beberapa meter. Contoh macam gambar di bawah ni ..

Offset pada data berkemungkinan disebabkan masalah datum

Pada awalnya lepas saya test overlay, nampak macam layer mukim Johor (boundary merah) tu macam ngam masuk layer negeri Semenanjung. Tapi lepas saya zoom dan zoom, nampak ada lari beranjak sikit beberapa meter. Jika anda dapati masalah pada layer anda tu ada offset sikit, tapi skala nampak OK, orientation nampak OK, kebiasaannya ini disebab problem transformasi datum. Kemungkinan data tu sebelum ni asalnya dalam sistem koordinat lain, tapi telah melalui proses penukaran sistem koordinat dan kemungkinan semasa proses penukaran sistem koordinat tu, transformasi datum tak dilakukan. Contohnya, dalam software ArcGIS, jika anda nak tukar data anda dari sistem koordinat WGS84 kepada Kertau MRSO, anda kena specify datum transformation Kertau_To_WGS_1984 dalam tool Project atau kena set pada butang Transformation di Data Frame Properties jika anda guna kaedah export layer dalam ArcMap. Step ni ada saya ceritakan dalam post topik Menukar Sistem Koordinat di link sini dan juga di dalam buku SukaGIS Jilid 1.

Transformasi datum Kertau RSO kepada WGS84

Kalau data GDM2000RSO pula, kemungkinan semasa proses conversion sistem koordinat kepada GDM tu tak disertakan 7 parameter transformasi datum yang perlu anda dapatkan dari JUPEM.

Jadi untuk masalah data offset ni, penyelesaian yang terbaik sebenarnya kalau boleh dapatkan data yang asal sebelum proses penukaran sistem koordinat tu dilakukan. Contohnya kalau data anda terima tu dalam RSO dan data tu asalnya diproject dari WGS84, dapatkan semula data asal WGS84 tu, dan project semula ke RSO menggunakan kaedah yang betul. Tapi kalau dah tiada pilihan, terpaksalah anda betulkan data yang offset tu. Kadangkala mungkin mudah, kadangkala leceh gak, bergantung pada macamana keadaan data tu. Kalau melibatkan area yang kecil mungkin senang anda nak adjust, kalau area yang besar, pening kepala juga nak solve problem macam ni.

Ada beberap tool yang anda boleh gunakan dalam ArcGIS untuk betulkan data-data yang problem macam ni. Antaranya anda boleh gunakan tool Spatial Adjustment, atau buat proses editing menggunakan kaedah move, reshape, tracing dan sebagainya, bergantung pada macamana keadaan error data tu.

Harap perkongsian ni bermanfaat untuk anda.

p/s : Anda perlukan kursus GIS??. Klik link sini untuk maklumat kursus yang kami tawarkan pada bulan April dan Mei ini.


Tuesday 3 April 2018

Troubleshoot Penentuan Sistem Koordinat (Bahagian 1)

“Alamak, data jauh lari tersasar lah. Katanya data ni dalam RSO, tapi kenapa bila overlay dengan basemap RSO tak masuk pun?” Haaa pernah tak dengar orang yang ada masalah macam ni, atau anda sendiri hadapi masalah macam ni. Tak semesti masalah pada data RSO, tapi mungkin juga pada sistem koordinat yang lain. Saya dapati ramai yang masih kurang jelas macamana cara untuk kita troubleshoot problem macam ni sekiranya berlaku. Apa step yang kita patut buat untuk kenalpasti adakah betul data tersebut menggunakan sistem koordinat seperti yang dinyatakan. Saya berikan contoh kes-kes berikut…

KES 1
Contohnya, katakan kita dapat satu data dari satu sumber dan dinyatakan data tu menggunakan sistem koordinat WGS84. So kitapun masukkan data tu dalam ArcMap dan cuba overlay dengan basemap WGS84 atau mungkin kita overlay terus dengan basemap RSO sebab ArcMap support on-the-fly projection. Tapi lepas kita overlay jauh lari data WGS84 yang kita test tu. So… adakah data tu memang betul data dalam WGS84 atau sebenarnya dalam sistem koordinat lain?

Dalam spatial reference tulis data dalam WGS84, tapi kenapa
bila overlay dengan basemap WGS84 tak masuk pun??

KES 2
Kes ni lagi parah. Anda dapat satu data tapi tak tahu langsung data tu gunakan sistem koordinat apa, sebab  mungkin data tu data lama atau mungkin dari sumber yang anda pun dah tak boleh trace. Tak tau pulak data tu datang dari agensi mana, siapa owner dan sebagainya, so tak boleh nak refer atau tanya pada owner data untuk dapatkan info. Data tu pulak bila anda check Spatial Reference, tak dinyatakan.

Alamak, sistem koordinat tak define plak dalam spatial reference.
Macamana nak tau data ni dalam sistem koordinat apa??

Dari kedua-dua kes tadi, macamana anda nak tentukan atau nak agak data tu kemungkinan dalam sistem koordinat apa? Cara terbaik adalah cuba korek maklumat dari pembekal data tentang history data tersebut. Kebiasaannya masalah data tersasar dari lokasi sebenar ni antaranya :-
  1. Kesilapan define sistem koordinat. Contohnya data tu sebenarnya dalam MRSO tapi disetkan sebagai GDM2000MRSO. Jadi ArcMap akan translatekan koordinat MRSO tu kepada GDM semasa dipaparkan.
  2. Data yang diserahkan tu telah melalui beberapa proses transformasi koordinat. Kemungkinan terdapat kesilapan semasa melaksanakan proses tersebut, contohnya tak buat datum transformation, tak masukkan parameter yang diperlukan dan sebagainya.
  3. Kadangkala penggunaan perisian GIS yang berbeza juga mengubah beberapa parameter sistem koordinat dalam Spatial Reference ArcGIS setelah proses data conversion dilakukan.


MENJANGKA SISTEM KOORDINAT BERDASARKAN JULAT KOORDINAT
Kalau takde maklumat yang anda boleh perolehi tentang history data tu, satu lagi cara ialah anda mungkin boleh agak sistem koordinat data tu based on julat koordinat yang dipapar pada data tersebut. Ingat ye, ni main agak-agak je, mungkin betul mungkin tidak, macam main teka-teki. Tapi kalau anda betul-betul arif tentang julat koordinat sesuatu sistem koordinat, step ni boleh banyak membantu anda bila anda nak troubleshoot masalah data-data yang tak masuk ni.

Bila anda papar layer dalam ArcMap dan anda gerak-gerakkan cursor mouse dalam paparan Data View, koordinat XY pada lokasi cursor mouse tu akan dipapar diruangan bawah belah kanan Window ArcMap kan? Gambar bawah ni menunjukkan contoh ruangan paparan koordinat pada Window ArcMap.

Paparan koordinat dapat dilihat di ruangan bawah window ArcMap
bila mouse cursor digerakkan dalam map.

Dengan meneliti nilai koordinat yang dipaparkan tu, kadangkala anda boleh agak apakah sistem koordinat yang digunakan oleh data tersebut. Tapi… anda kena familiar dululah julat koordinat yang digunapakai oleh setiap sistem koordinat. Cuba lihat pula gambar di bawah ni. Kotak merah tu anggaran kasar extent kawasan untuk cover Semenanjung Malaysia. Koordinat yang dipaparkan pula adalah julat koordinat dalam WGS84 mewakili XMIN, YMIN, XMAX dan YMAX.

Anggaran julat koordinat WGS84 Semenanjung Malaysia

Jadi, kalau koordinat data anda dalam lingkungan julat yang dinyatakan di atas, berkemungkinan data tu dalam sistem koordinat WGS84 area Semenanjung Malaysia.
Lihat contoh gambar di bawah ni pulak. Data yang sama, area yang sama, tapi kali ni dipaparkan dalam julat koordinat Kertau MRSO.

Anggaran julat koordinat Kertau MRSO Semenanjung Malaysia

Dari gambar yang ditunjukkan, anda boleh dapati nilai koordinat untuk MRSO lebih besar berbanding nilai koordinat WGS84. Jadi, jika koordinat data Semenanjung Malaysia anda mempunyai nilai X=180000, Y=300000, tak mungkin data tu dalam sistem koordinat WGS84.. sebabnya nilai maksimum X untuk data WGS84 area Semenanjung Malaysia dalam lingkungan 104 sahaja, terlalu kecil. Itulah yang saya maksudkan dengan melihat julat koordinat, anda boleh mengagak sistem koordinat yang digunakan.

Tak mungkin koordinat dalam WGS84 sebab dah melebihi julat koordinat

Setelah anda dapat menjangka apa sistem koordinat yang digunakan oleh data tu, barulah anda overlay data tu dengan basemap yang bersesuaian untuk double confirm betulkah sistem koordinat yang anda agak tu. Maksudnya, kalau anda agak data tu dalam WGS84, cuba overlay dengan basemap WGS84. Kalau anda agak data tu dalam MRSO, cuba overlay dengan basemap MRSO dan begitulah seterusnya.

Untuk data Cassini pulak, julat koordinatnya berbeza-beza sebab data Cassini ni menggunakan parameter berbeza-beza mengikut negeri. Gambar di bawah ni adalah gambaran extent data Cassini mengikut negeri.

Parameter sistem koordinat Cassini berbeza-beza 
mengikut negeri

Jadual di bawah ni adalah anggaran julat koordinat Cassini untuk setiap negeri. Ni anggaran saja ye, based on shape kotak yang saya draw kat peta dalam gambar di atas tadi

Anggaran julat koordinat Cassini mengikut negeri


Untuk julat koordinat Kertau MRSO, Timbalai BRSO, GDMMRSO dan WGS84 pula adalah seperti jadual di bawah ni.

Anggaran julat koordinat RSO, WGS84 dan GDM2000MRSO

Tujuan saya buat jadual ni adalah untuk anda buat semakan awal dulu pada list koordinat data anda tu, adakah koordinat data anda tu termasuk dalam mana-mana julat koordinat yang saya listkan dalam jadual tu. Contohnya, katakan anda dapat satu data yang dinyatakan data tu dalam Cassini Perlis. Data tu pulak bermasalah sebab bila overlay tak masuk dalam basemap Perlis. Cuba double check dengan merujuk jadual saya sertakan tadi, betul ke koordinat dalam data tu dalam julat XMIN= -59757.172, YMIN = 32036.867, XMAX = -28007.108 dan YMAX = 85615.10009 (Rujuk julat koordinat Cassini Perlis dalam jadual). Kalau koordinat data tu diluar julat, memang confirm le data tu bukan Cassini Perlis. Tapi kalau di dalam julat, haa yang ni susah sikit.. mungkin ada sebab-sebab lain.

OK harap anda semua faham apa yang saya cuba nak sampaikan ni.  Dalam bahagian seterusnya nanti, saya akan terangkan bagaimana kaedah yang betul untuk menguji data-data yang bermasalah ni dalam ArcMap setelah anda dapat mengagak sistem koordinat yang digunakan.

Tungguuu....

ps : Dapatkan buku SukaGIS yang masih berada dipasaran. Klik link ni untuk maklumat lanjut...