Showing posts with label ArcGIS Pro. Show all posts
Showing posts with label ArcGIS Pro. Show all posts

Monday, 2 November 2026

Jom Daftar Kursus Asas GIS 24-25 Nov 2026

 

𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢? 

Sertai 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗚𝗜𝗦 anjuran SukaGIS dan pelajari cara menganalisis data geospatial secara praktikal dari asas hingga mahir! Sama ada anda pelajar, penyelidik, atau profesional, kemahiran ini akan meletakkan portfolio anda selangkah di hadapan.

  • Tarikh: 24-25 November 2026
  • Tempat: Alami Technologies Sdn Bhd, Cyber12, Cyberjaya
  • Yuran: RM850
  • Pembelajaran secara praktikal (Hands-on)
  • Sijil penyertaan disediakan
  • Dari ZERO hingga boleh menghasilkan peta sendiri!

Tingkatkan nilai profesional anda dengan kemahiran GIS yang dicari majikan.

𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱! Hubungi 0193513770 untuk pendaftaran.

#sukagis #kursusgis #geospatial #jomkursus















Sunday, 23 August 2026

Kursus GIS : Pengenalan Analisis Spatial (21 - 22 Okt 2026)

 📍 KURSUS GIS: PENGENALAN ANALISIS SPATIAL

Ingin meningkatkan kemahiran menganalisis data lokasi dan menghasilkan keputusan yang lebih tepat menggunakan GIS?

Sertai Kursus GIS: Pengenalan Analisis Spatial, sebuah latihan praktikal yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai teknik dan aplikasi analisis spatial untuk menyokong perancangan, penyelesaian masalah serta pembuatan keputusan berasaskan data geospatial.

📚 Kandungan kursus:

  1. Pengenalan Analisis Spatial
  2. Analisis Geoprocessing dan Proximity
  3. ModelBuilder
  4. Integrasi Data
  5. Interpolasi Data
  6. Analisis Kecerunan
  7. Pengurusan Data LiDAR
  8. Analisis Hidrologi
  9. Site Suitability Analysis

✅ Keistimewaan kursus:

✔️ Latihan berasaskan projek dan kajian kes sebenar
✔️ Pendekatan pembelajaran secara hands-on
✔️ Kuliah interaktif, demonstrasi dan latihan praktikal
✔️ Nota, data latihan dan bahan rujukan disediakan
✔️ Tenaga pengajar berpengalaman dan berkelayakan
✔️ Sijil penyertaan disediakan
✔️ Sokongan selepas kursus

🎯 Siapa yang patut hadir?

Kursus ini sesuai untuk pegawai GIS dan geospatial, jurutera, juruukur, pegawai alam sekitar, perancang bandar, penyelidik, pensyarah, perunding, pelajar IPT serta individu yang berminat dalam bidang GIS.

📅 Tarikh: 21–22 Oktober 2026
📍 Lokasi: ALAMI Technologies
Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, Cyberjaya
💰 Yuran penyertaan: RM990
📞 Hubungi: 019-351 3770

⚠️ Tempat adalah terhad!

Daftar sekarang dan tingkatkan kompetensi anda dalam melaksanakan analisis spatial untuk perancangan, pengurusan sumber, pembangunan infrastruktur dan pembuatan keputusan yang lebih berkesan.

Tukar data lokasi kepada maklumat bernilai—bantu organisasi membuat keputusan yang lebih baik.

#KursusGIS #AnalisisSpatial #GISMalaysia #ArcGISPro #Geospatial #LatihanGIS #Cyberjaya #SpatialAnalysis #ModelBuilder #LiDAR



Tuesday, 26 August 2025

Clip Layers di dalam Map Properties ArcGIS Pro

Clip adalah satu fungsi di dalam GIS yang akan memotong data anda mengikut bentuk polygon yang mewakili Clip Layer. Gambarannya seperti rajah di bawah ni :-


Contohnya, jika INPUT tu mewakili layer gunatanah, CLIP FEATURE tu mewakili sempadan Lembangan Sungai Klang, OUTPUT yang terhasil adalah gunatanah di dalam Lembangan Sungai Klang. Jika anda menggunakan tool Geoprocessing CLIP, satu layer yang baru akan terhasil sebagai output. Lazimnya penghasilan output layer yang baru menjadi keperluan jika kita ingin menggunakan output tersebut untuk proses analisis seterusnya atau output layer tersebut perlu diserahkan kepada pengguna lain.

Kadangkala mungkin timbul keperluan untuk anda clip keseluruhan layer di dalam paparan map secara visual sahaja tanpa perlu menjana sebagai output layer yang baru. Contohnya anda ingin membina satu map yang hanya highlight keseluruhan layer di dalam sesuatu kawasan sempadan sahaja. Contohnya seperti gambar di bawah ni :-


Ada ke cara nak buat map mcm ni tanpa perlu hasilkan output data yang baru? Jawapannya ada… guna je kaedah Clip Layers dalam Map Properties.  Sebelum tu lihat contoh map kat bawah ni. Map ni ada Sempadan KL dan juga Online Imagery Basemap.


Katakan saya nak paparkan Online Imagery Basemap di dalam Sempadan KL saja. Caranya mudah je. Follow je step berikut :-




Penerangan gambar :-

  1. Right click nama Map anda dan pilih Properties (atau double click nama Map)
  2. Pilih tab Clip Layers
  3. Pilih Clip to an outline
  4. Oleh kerana saya nak papar semua layer yang di dalam sempadan mukim KL sahaja, saya pilih layer Mukim
  5. Klik Apply

Apabila anda klik je Apply, paparan seperti berikut muncul.


  1. Anda ada pilihan untuk kecualikan layer yang anda tak mahu clip
  2. Anda boleh set simbol sempadan, warna dan juga ketebalan garis sempadan
  3. Klik OK

Perhatikan perubahan paparan peta saya seperti di bawah. Bandingkan dengan paparan peta sebelum ini. Layer Online Imagery Basemap dan lain-lain layer hanya dipaparkan di dalam kawasan sempadan mukim KL sahaja. Paparan layer ini dihasilkan tanpa perlu menjana output data yang baru.


Anda juga boleh hasilkan paparan clip pada polygon mukim yang anda kehendaki sahaja. Contohnya, jika saya nak clip semua layer dalam polygon mukim Setapak saja, saya akan buat step berikut :-



Penerangan gambar :-

  1. Klik butang Select
  2. Klik polygon mukim Setapak
  3. Pada ruangan layer mukim, klik butang Selected features
  4. Klik Apply
  5. Klik OK.

Perhatikan peta yang dihasilkan seperti di bawah..


Mudah saja kan? Anda boleh menghasilkan peta dengan pantas tanpa perlu membuat processing untuk menghasilkan data baru.

Sunday, 22 September 2024

Kursus Asas GIS : 23 - 24 Oktober 2024

 Salam sejahtera... 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗚𝗜𝗦 akan repeat lagi 𝟮𝟯-𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 ni. Jika anda :-

  • Baru nak kenal2 GIS
  • Zero knowledge GIS
  • Nak explore guna ArcGIS Pro Desktop
  • Nak kena produce map utk reporting etc

Anda mmg sesuai attend kursus ni. Jom cepat daftar sebelum terlambat. Tarikh tutup pendaftaran 16 Okt 2024. Silibus dan yuran kursus seperti di brochure yang dilampirkan ni.

Berminat... hubungi 019-351 3770 untuk info lanjut. Jom kursus



Kursus Advanced GIS - Analisis dan Pengurusan Data

Salam sejahtera semua. 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝗱𝘃𝗮𝗻𝗰𝗲𝗱 𝗚𝗜𝗦 - 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗮 dan diadakan semula pada 𝟲 - 𝟳 𝗡𝗼𝘃 𝟮𝟬𝟮𝟰 ni. Jika anda ingin mempelajari kaedah :-

  • Membina slope map
  • Mencari keluasan slope class
  • Membina water flow direction map
  • Membina interpolation map
  • Mengintegrasi jadual data
  • Melaksanakan suitability analysis
  • Melaksanakan QAQC data spatial/atribut
  • dan macam2 lagi.....

Inilah kursus yang anda cari. Jom daftar kursus ni. 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗿𝗼𝗰𝗵𝘂𝗿𝗲. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 019-351 3770.

#sukagis #jomkursus










Tuesday, 11 June 2024

Perbezaan Editing Workflow ArcMap dan ArcGIS Pro

Anda masih menggunakan ArcMap dan dalam proses nak migrate ke ArcGIS Pro? Untuk anda yang selalu buat kerja-kerja editing dalam ArcMap, saya akan kongsikan sedikit perbezaan ketara editing workflow antara ArcMap dan ArcGIS Pro. Harap perkongsian ini dapat membantu anda bila nak guna ArcGIS Pro nanti.

1) Memulakan Sesi Editing

Dalam ArcMap, sebelum nak buat proses editing, anda kena klik dulu Start Editing dalam Editor Toolbar. Selagi tak klik Start Editing ni, sampai ke sudah anda tak boleh nk start buat edit data anda.



Dalam ArcGIS Pro, sesi editing akan diaktifkan secara default apabila anda klik tab Edit. Anda tak akan jumpa menu atau butang Start Editing di dalam ArcGIS Pro. Maksudnya bila anda klik saja tab Edit kat ruangan Ribbon ArcGIS Pro tu, anda dah boleh terus edit data anda.



2) Menghentikan Sesi Editing

Dalam ArcMap, nak hentikan proses editing anda kena klik dulu Stop Editing dalam Editor Toolbar.



Dalam ArcGIS Pro, tiada menu atau butang Stop Editing. Cuma anda kena pastikan klik Save la ye untuk simpan semua kerja-kerja editing anda.


3) Fungsi Auto Save Edit

Dalam ArcMap tiada fungsi auto save bila anda buat kerja-kerja editing. Maksudnya kalau anda dah buat banyak kerja-kerja edit dan terlupa nak tekan Save Edit, tetiba sistem crash or blackout, nangis tepi katil la jawabnya. Inilah antara ciri istimewa yang ada dalam ArcGIS Pro. Anda boleh setkan ArcGIS Pro untuk enable auto save ikut time interval yang anda nak. Klik saja tab Project > Options > Editing dan dialog di bawah dipaparkan.



4) Editing Data Kedudukan Folder dan GDB Berbeza

Cuba perhatikan contoh rajah di bawah. Data A dan C dalam format geodatabase gdb dan data B dalam format shapefile. Ketiga-tiga data ini duduk dalam folder yang berbeza.

Jika dalam ArcMap, untuk edit ketiga-tiga data ini anda kena lakukan step Start Editing dan Stop Editing satu persatu. Maksudnya anda tak boleh edit secara serentak dalam satu sesi edit. So tiga kali la kena buat start stop edit, macam gambaran rajah bawah ni.


Untuk ArcGIS Pro pulak, tak perlu buat macam tu sebab ketiga-tiga data tu boleh di edit serentak dalam satu sesi edit. So lagi mudah dan cepat.

So itulah perbezaan ketara dalam workflow editing antara ArcMap dan ArcGIS Pro yang perlu anda tahu. Tapi kalau anda still nak jugak feeling2 nak buat style ArcMap yang ada start stop editing tu, sebenarnya boleh juga anda configure dalam ArcGIS Pro. Klik je tab Project > Options > Editing dan check Enable and disable editing from the Edit tab seperti rajah bawah ni.


Selepas anda buat setting tu, butang Start Editing akan muncul di ruangan Ribbon tab Edit. Bila anda klik butang tu, dia akan berubah menjadi butang Stop Editing, seperti gambaran yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ni.

OK. Harap anda faham serba sedikit tentang perbezaan worklow editing ArcMap dan ArcGIS Pro ni. Sekian bye bye :).

Friday, 1 March 2024

Import Fail MXD ArcMap ke dalam ArcGIS Pro

Untuk anda pengguna produk ESRI rasanya mesti dah tau kan ArcMap tak lama lagi nak berehat dah setelah sekian lama provide servis GIS desktop kat ramai pengguna. Dalam kata lain, ESRI nak stop dah ArcMap untuk future release.. digantikan dengan ArcGIS Pro. Jadi lepas ni kalau nak beli software ArcGIS Desktop, yang ada ArcGIS Pro je. Kalau anda masih nak proceed guna ArcMap, dipersilakan tapi takde la dapat lagi upgrade latest version, support maintenance dan lain-lain.

Jadi, kalau anda dah start guna ArcGIS Pro nanti, macamana dengan kerja-kerja yang dah banyak anda buat dalam ArcMap sebelum ni? Contohnya anda dah buat banyak fail Map Document MXD, layout peta etc. Nak kena buat semula ke dalam ArcGIS Pro? Kalau macam layout peta yang dah buat untuk printing dalam ArcMap tu, jenuh gak nak buat semula nak-nak kalau anda dah amik masa lama design dulu.

Jangan risau,.. sebenarnya dalam ArcGIS Pro ada button Import Map untuk anda import fail MXD tu masuk dalam ArcMap. Selamat…..  Cuba tengoh contoh peta saya buat kat bawah ni. Peta ni dalam ArcMap dan saya dah save sebagai satu fail MXD.


Yang bawah ni pulak contoh paparan ArcGIS Pro. Memang jauh beza la GUI ArcMap dan ArcGIS Pro. Mula-mula mungkin anda amik masa sikit nak familiar GUI menu dan button dalam ArcGIS Pro tu… tapi sekejap je tu. Kalau dah hari-hari guna gerenti boleh catch up. Yang bagusnya dalam ArcGIS Pro ni dia terus bagi kita default paparan online basemap dan online basemap dia lagi laju banding dari ArcMap punya online basemap.


Bila anda klik menu Insert dalam ArcGIS Pro tu (dalam documentation ArcGIS Pro dia tak panggil menu, dia panggil tab), anda akan nmpak button Import Map.



Klik je button Import Map tu dan cari kat mana anda simpan fail MXD ArcMap tu.


Once anda klik je OK, anda akan nmpak status Import kat map, maksudnya ArcGIS Pro sedang buat proses import map anda tu masuk dalam paparan Map View ArcGIS Pro.


Di bawah ni contoh map dari fail MXD tadi yang dah selesai import masuk dalam ArcGIS Pro. Sepatutnya anda akan dapat map yang sama tanpa perlu ubahsuai.

Cuba lihat perbandingan fail asal MXD dalam paparan ArcMap dan juga yang telah diimport ke ArcGIS Pro dalam gambar di bawah ni.


Di dalam ArcMap, layer yang anda paparkan disusun di dalam Data Frame (A). Nama default untuk Data Frame di dalam ArcMap ialah Layers. Jika anda tak rename nama Data Frame ni, nama yang sama akan digunakan oleh ArcGIS Pro bila fail tu diimport masuk (B). Satu tab map yang baru juga akan dibina (C) menggunakan nama Data Frame untuk memaparkan layer-layer dari fail MXD tu.

Macamana pulak kalau fail MXD anda ada lebih dari satu Data Frame? Apa akan jadi kalau anda import masuk dalam ArcGIS Pro? Contoh macam gambar di bawah ini. Ada 3 Data Frame bila dipapar dalam ArcMap, masing-masing nama ESA1, ESA2 dan ESA3.



Ini contoh paparan dalam ArcGIS Pro bila saya import fail MXD ni masuk. Fail MXD ni ada layout map yang saya design menggunakan 3 Data Frame tadi. Anda dapat lihat layout pun dia akan import masuk sekali.


Macamana pulak kalau kita nak papar data atau map dalam setiap Data Frame tu. Mudah je, anda boleh check kat ruangan Maps kat Catalog pane ArcGIS Pro. Semua Data Frame yang diimport dari ArcMap tu akan diletak di dalam ni.


Double click je nama map yang anda nak paparkan dan paparan map bersama data akan dibuka.


Mudah je kan? Anda juga boleh visit youtube SukaGIS untuk melihat video tutorial cara nak buat import map ni. Klik saja link di sini.  Selamat mencuba.

Sunday, 16 January 2022

Kursus Asas GIS Menggunakan ArcGIS Pro (16 - 17 Feb 2022)

Kursus asas GIS menggunakan ArcGIS Pro akan diadakan 16 dan 17 Feb ini... Jom cepat daftar untuk kursus pertama SukaGIS tahun 2022 ni. Sesiapa yg berminat, boleh hubungi 0193513770 atau klik saja link ni :-

 

https://wasap.my/60193513770


Anda juga boleh mendaftar terus melalui link berikut :-


https://forms.gle/qzHmRuaF5Fxe8Hpk6


Yuran kursus RM650/pax. Seperti biasa kursus berlangsung selama 2 hari (9am - 4:30pm). 

 

𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗚 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗡𝗜❓

  • Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
  • Memahami komponen data GIS (spatial, atribut)
  • Migrasi pemetaan ArcMap kepada ArcGIS Pro
  • Pemetaan dan symbology
  • Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, WGS84)
  • Pemetaan koordinat dari fail Excel
  • Integrasi maklumat
  • Macamana nak buat Carian dan Pertanyaan Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
  • Serba sikit asas penyuntingan data (editing)
  • Macamana nak buat georef peta atau pelan yang anda scan
  • Cara nak design map untuk cetak atau nak buat map utk report submission etc.

 

𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐆 𝐏𝐀𝐓𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐃𝐋𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐍𝐈❓❓

  • Individu yang tiada pengalaman GIS / zero knowledge
  • Individu yang akan melaksanakan migrasi dari ArcMap kepada ArcGIS Pro 
  • Kakitangan yang ingin, akan atau sedang menggunakan teknologi GIS dalam kerja seharian.
  • Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan GIS untuk tugasan, projek akhir dan juga kajian.
  • Anda yang inginkan kursus GIS yang menggunakan contoh-contoh data hands-on Malaysia dan kajian kes khusus area di Malaysia

 

𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦

Arena Rozzaq Training Centre

313A – 213A Block 2

Laman Seri Business Park

Seksyen 13 Shah Alam

Untuk maklumat lanjut, contact/wasap 0193513770

atau email ke spatial.infotech@gmail.com




Friday, 28 May 2021

Integrasi Symbology Antara ArcMap dan ArcGIS Pro

Dalam post sebelum ni, saya ada cerita serba sedikit perkara2 basic tentang ArcGIS Pro yang pengguna2 ArcMap patut tau.  Kali ni saya nak sentuh sikit tentang symbology plak. Symbology mainkan peranan yang penting bila kita nak design map.  Boleh ke map dengan simbol yang kita dah buat dalam ArcMap tu dibuka dalam ArcGIS Pro? Kalau kita dah buat banyak map dalam ArcMap, tetiba kalau dalam ArcGIS Pro kita kena buat semula map tu ngan simbol2 tu sume, jenuh la gak kan? Mau emo acik nanti.  Hmmmm… jangan risau… penyelesaiannya ada.

Ada dua cara yang anda boleh buat. Yang pertama, jika semua map2 tu anda ada save dalam fail MXD, gunakan aje kaedah Import Map di ruangan Ribbon ArcGIS Pro dalam Tab Insert. Ingat lagi apa dia Ribbon dalam ArcGIS Pro kan? Kalau tak ingat, rujuk post saya sebelum ni. Bila anda gunakan Import Map ni, setiap map dalam Data Frame MXD file anda tu akan dibina sebagai Map View di dalam ArcGIS Pro.  

Gunakan Import Map untuk import fail MXD ArcMap 
ke dalam ArcGIS Pro

Cuba lihat map di bawah ni. Map ni adalah map yang saya bina dalam ArcMap.

Contoh map asal di dalam ArcMap


Sekarang cuba lihat map di bawah ni pula. Map ni dari MXD file ArcMap yang saya import masuk ke dalam ArcGIS Pro. Sama tak? Sama kan?

Map dari MXD file ArcMap yang telah diimport ke dalam ArcGIS Pro


OK… itu kaedah Import Map. Sekarang macamana pulak kalau kes anda yang buat sendiri custom symbol dalam fail ArcMap .Style? Tau tak fail Style ni apa? Fail Style ni adalah satu fail yang kita bina untuk menyimpan simbol2 dan element peta seperti text, scale bar, north arrow dan lain-lain samada kita copy dari existing elemen2 tu dari existing library ArcMap ataupun yang kita custom sendiri. Untuk nak tau cerita lebih lanjut pasal file Style ni, boleh rujuk pada posting saya dulu2 di link sini.

Dalam topik ni saya taknak cerita panjang lebar tentang fail Style, tapi saya nak tunjukkan macamana kalau simbol2 yang anda telah bina dalam fail Style ArcMap tu anda nak bawak masuk ke dalam ArcGIS Pro. Jawapannya guna kaedah Import Style dalam ArcGIS Pro. Cuba lihat gambar berikut. Ia menunjukkan dialog Style Manager ArcMap dan dalam tu ada beberapa simbol custom yang telah saya bina di dalam ArcMap.

Senarai custom simbol dalam fail Style ArcMap


Untuk import kesemua simbol2 tu, saya boleh klik saja tool Import pada Ribbon Tab Insert dalam kategori Group tool Styles

Gunakan fungsi Import Style untuk import fail Style ArcMap
ke dalam ArcGIS Pro

Gambar di bawah ni adalah hasil simbol dari fail Style ArcMap tadi yang saya telah masukkan dalam ArcGIS Pro.

Simbol dari fail Style ArcMap yang telah
di import masuk ke dalam ArcGIS Pro

Selain dari import simbol2 dari ArcMap masuk ke dalam ArcGIS Pro, anda juga boleh tambah simbol2 dalam ArcGIS Pro ni dengan cara download fail Style dari website esri di link sini. Cuma bezanya fail Style ArcMap akan gunakan extension .STYLE manakala fail Style ArcGIS Pro menggunakan extension .STYLX.

Di bawah ni saya preview rupa website tu. Anda boleh pilih samada nak download kategori Industry Styles ataupun Creative Styles.


Pelbagai fail style ArcGIS Pro yang anda boleh download

Lepas anda download fail Style tu, klik tab Insert > Add > Add Style dan pilih fail Style yang anda download tadi, seperti contoh gambar di bawah ni.

Gunakan Add Style untuk masukkan fail Style yang anda telah download

Senarai simbol Creative Styles dalam website tu menarik gak, anda boleh bina kreativiti dengan bina macam2 map, contohnya buat map based on effect watercolor, map2 lama ala2 style peta lanun dan macam2 la. Cuba lihat contoh map yang saya buat kat bawah ni. Map pertama tu standard map guna simbol yang dah sedia wujud dalam ArcGIS Pro. Map kedua tu pulak macam efek peta2 lama yang usang, yang tu saya guna dari fail style yang saya download. Map terakhir tu pulak saya bagi efek watercolor dari fail style yang saya download jugak. 

Map menggunakan simbol standard ArcGIS Pro

Map menggunakan simbol dari style download
(efek peta usang)

Map menggunakan simbol dari style download
(efek watercolor)


Walaupun nampak macam merapu map tu, tapi cuba bayangkan kalau kita nak buat program GIS Day kat sekolah2 dan kita nak buat poster map untuk program tersebut. Map efek watercolor ni mungkin lebih menarik perhatian budak2 kan?

OK sekian dulu perkongsian kali ni. Bye.