Sunday 1 December 2019

Troubleshooting : Missing Attributes dalam Excel

Berjumpa lagi. Dalam post saya satu ketika dulu, saya ada tunjukkan macamana nak view data dari Excel masuk ke dalam ArcGIS. Anda boleh rujuk topik tu di link sini. Tapi pernah tak anda jumpa problem ni… dalam column Excel, ada senarai data.. tapi bila tarik fail Excel tu masuk dalam ArcGIS, column tu kosong, semua data jadi <Null>. Cuba lihat macam contoh fail Excel di bawah ni. Dalam column NAMA, ada atribut senarai nama tempat.

Dalam Excel, atribut wujud dalam column NAMA

Bila fail Excel ni saya view dalam ArcMap, ehh jadi kosong la pulak column NAMA tu. Semua jadi <Null>.

Ehhh... atribut hilang lepas masuk dalam ArcMap... konpius...
Macamana boleh jadi kosong? Haa selalunya problem ni jadi macam ni sebab nama column tu ada blank space di end character. Maksudnya dalam contoh ni, column NAMA tu ada blank space selepas end character “A”. Kalau tak caya, anda boleh check buka semula fail tu dalam Excel, dan klik pada end character nama column tu. Dalam contoh ni, saya click selepas character “A” pada colum “NAMA”.

Ada wujud blank space pada end nama column

So macamana nak solve problem ni?? Mudah je.. anda hanya perlu tekan backspace pada keyboard utk buang blank space tu. Kemudian save semula fail Excel tu.

Tekan je backspace untuk buang blank space

Next masukkan semula fail Excel tu dalam ArcGIS dan tadaaaaa…. problem selesai… mudah je kan..

Hoorayy... problem selesai..

Kursus GIS Okt - Nov 2019

Alhamdulillah, bulan Oktober dan November baru-baru ni, beberapa siri kursus GIS selesai dijalankan. Antara kursus-kursus yang telah selamat dijalankan ialah :-


  1. 30-31 Oktober 2019 : Kursus Asas GIS 
  2. 6-7 November 2019 : Kursus Advanced GIS
  3. 13-14 November 2019 : Sesi TOT bersama pegawai JAS
  4. 19-21 November 2019 : Kursus GIS bersama pasukan penghasilan peta Geowarisan JMG
  5. 26-28 November 2019 : Kursus GIS untuk pegawai2 JMG Negeri
Kesemua kursus dijalankan di Arena Rozzaq Training Centre Shah Alam kecuali sesi TOT JAS dijalankan di pejabat JAS Putrajaya dan Kursus GIS JMG Negeri dijalankan di JMG Ipoh. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat dan membantu tugasan harian peserta-peserta yang hadir.

Kursus Asas GIS 30-31 Okt 2019

Kursus Asas GIS 30-31 Okt 2019

Kursus Asas GIS 30-31 Okt 2019
Kursus Advanced GIS 6-7 Nov 2019

Kursus Advanced GIS 6-7 Nov 2019

Kursus Advanced GIS 6-7 Nov 2019
Sesi TOT JAS 13-14 Nov 2019

Sesi TOT JAS 13-14 Nov 2019

Sesi TOT JAS 13-14 Nov 2019
Kursus GIS JMG 19-21 Nov 2019

Kursus GIS JMG 19-21 Nov 2019

Kursus GIS JMG 19-21 Nov 2019

Kursus GIS JMG 19-21 Nov 2019
Kursus GIS JMG Negeri 26-28 Nov 2019

Kursus GIS JMG Negeri 26-28 Nov 2019
Kursus GIS JMG Negeri 26-28 Nov 2019


Tips Labeling : Kaedah Abbreviation


Haii semua… kali ni saya ingin kongsikan satu tips berkenaan text labeling. Kadangkala bila kita buat text labeling di atas map ni, timbul problem kalau text atribut tu terlalu panjang dan tak boleh fit dalam sesuatu area yang kita nak. Contohnya, cuba lihat gambar di bawah ni. Untuk JALAN SS 22/14 dan JALAN SS 22/16, terlebih pulak character “JA” terkeluar dari garisan jalan di atas map.



Mungkin word “JALAN” tu lebih sesuai disingkatkan kepada “JLN” supaya kesemua text nama jalan boleh fit disepanjang garis jalan tersebut, seperti gambar di bawah ni.



Tapi macamana pula nak buat setting ni secara auto? Bila nama jalan tak boleh fit, gunakan singkatan “JLN”, tapi bila nama jalan boleh fit disepanjang garisan, maintain je guna word “JALAN” ikut atribut yang asal. Haaa sebenarnya boleh je nak set benda ni secara auto, caranya gunakan teknik Abbreviation dalam Maplex Engine. Haaa? Maplex? Apa kebenda tu??

Sebenarnya bila kita buat labeling dalam ArcMap, ada dua style engine labeling yang kita boleh guna. Default setting adalah Standard Engine Labeling. Satu lagi yang lebih advance adalah Maplex Engine Labeling. Nak aktifkan Maplex Engine ni, masukkan toolbar Labeling  dulu dalam ArcMap.

Masukkan Labeling toolbar

Bila dah masukkan toolbar Labeling, aktifkan Maplex Engine dan set Abbreviation menggunakan kaedah seperti di bawah ni..



Penerangan gambar :-
  1. Check Use Maplex Label Engine
  2. Klik Abbreviation Dictionaries…
  3. Dialog Abbreviation Dictionaries akan dipaparkan. Klik butang New…
  4. Namakan dictionary abbreviation yang anda nak bina. Dalam contoh ni, saya namakan sebagai Street. Kemudian klik OK.
  5. Lepas tu, bina abbreviation dengan klik butang Add Row.
  6. Dalam contoh ni, saya nak bina singkatan JALAN sebagai JLN. Jadi kat ruangan Keyword, saya taip JALAN.
  7. Kat ruangan Abbreviation(s), saya taip JLN.
  8. Kat ruangan Type, saya pilih Keyword.
  9. Klik OK.

Selesai sudah bina abbreviation. Next step adalah, macamana nak apply abbreviation yang kita dah set ni ke dalam layer yang kita nak? Caranya, guna kaedah berikut ni..




Penerangan gambar :-
  1. Dalam Labeling Toolbar, klik butang Label Manager.
  2. Dialog Label Manager akan dipapar. Klik label class pada layer yang anda nak setkan.
  3. Klik butang Properties…
  4. Dialog Placement Properties akan dipaparkan. Klik tab Fitting Strategy.
  5. Uncheck Stack label sebab saya taknak paparkan text nama jalan ni berlapis double line. Saya nak paparkan sebaris saja.
  6. Check Abbreviate label.
  7. Klik butang Options… pada Abbreviate label.
  8. Dialog Abbreviation dipaparkan. Pilih nama abbreviation dictionary yang anda dah setkan dalam step sebelum tadi.
  9. Klik OK pada dialog Abbreviation.
  10. Klik OK pada dialog Placement Properties.

Cuba lihat hasilnya. ArcMap akan cuba fitkan semua teks atribut nama jalan pada setiap line jalan yang dipaparkan. Tapi untuk line yang tak boleh fit text tu, dia akan paparkan word “JALAN” kepada abbreviation “JLN”.

Hasil penggunaan Abbreviation. Kombinasi word "JALAN" dan "JLN"
bergantung kepada ruang teks di atas peta.

Selamat mencuba…