Tuesday 9 May 2017

Pelbagai Kaedah Selection

Cuba anda perhatikan kat menu ArcMap Selection > Interactive Selection Method. Ada empat pilihat kaedah selection :-

  1. Create New Selection
  2. Add to Current Celection
  3. Remove From Current Selection
  4. Select From Current Selection




Klik pulak kat menu ArcMap Selection > Select by Attributes. Dalam dialog Select by Attributes pun ada empat pilihat kaedah selection yang sama.



Tau tak apa maksud 4 pilihan selection tu? Bila masa-masa yang sesuai nak guna keempat-empat kaedah tu? OK… saya story sikit apa maksud keempat-empat kaedah selection ni. Mula-mula yang anda perlu tahu, kalau anda setkan 4 kaedah ni melalui Interactive Selection Method, setting ni hanya effect kalau anda buat selection cara interactive. Tau tak cara interactive tu macamana? Style selection interactive ni maksudnya anda klik tool Select Features kemudian anda klik-klik atau drag box di atas map untuk buat selection.



Kalau anda setkan 4 kaedah selection ni melalui Select by Attributes pulak, setting ni hanya effect untuk hasil selection yang anda buat melalui dialog Select by Attributes.
OK, sekarang kita tengok contoh-contoh untuk 4 kaedah selection ni.

Create New Selection

Ni adalah default setting untuk selection method dalam ArcMap. Bila anda set kepada kaedah ni, setiap selection pada data yang anda buat dalam Arcmap dikira sebagai selection yang baru. Maksudnya, setiap kali anda buat selection, selection sedia ada akan dihapuskan dan selection baru akan dihasilkan. Perhatikan gambar di bawah. Polygon outline biru adalah hasil selection secara interactive yang saya buat secara interactive melalui kaedah drag box mengikut lakaran kotak garisan merah.



Setiap kali selection yang saya buat melalui kaedah drag box ni, selection lama akan dihapuskan dan selection polygon baru akan dihasilkan.

Add to Current Selection

OK, sekarang katakan selection polygon saya seperti dipaparkan di bawah ni (polygon outline biru).



Kemudian baru saya perasan, alamak… polygon A, B, C tu tertinggal pulak dari selection, patutnya saya nak include sekali. So macamana cara yang senang nak buat? Kalau guna kaedah Create New Selection, kalau saya klik polygon A, B, C tu, nanti selection sedia ada akan hilang, sebab Create New Selection akan sentiasa menghasilkan result selection yang baru. Dalam kes saya ni, saya taknak hilangkan selection sedia ada tu, saya cuma nak tambah 3 lagi polygon masuk ke dalam hasil selection.
Jadi, cara yang senang, kita setkan kaedah selection kepada Add to Current Selection. Oleh sebab saya nak select polygon A, B, C tu dengan cara klik di atas map, jadi saya kena setkan dalam menu Interactive Selection Method,.. seperti di bawah ni.



Kemudian bolehlah saya klik ketiga-tiga polygon A, B, C tu, resultnya jadilah seperti di bawah.



Remove From Current Selection

OK, dalam contoh data saya ni, disebabkan data ni dalam format geodatabase, setiap polygon ada info keluasan yang disimpan dalam field Shape_Area. Next, katakan dari hasil selection sebelum tadi, saya taknak ambil kira polygon yang berkeluasan kurang dari 2000 meter square. Semua polygon yang berkeluasan kurang dari 2000 meter square mesti dibuang dari result selection sedia ada. Cara mudah, setkan kepada kaedah Remove From Current Selection. Cara senang nak cari polygon keluasan kurang dari 2000 meter square ialah gunakan kaedah Select by Attributes kan?? Sebab info keluasan tu dah ada dalam attribute table melalui field Shape_Area. So, setting Remove From Current Selection ni kena buat dalam dialog Select by Attributes le, jangan buat kat Interactive Selection Method pulak.



Seterusnya, selepas saya buat query Shape_Area < 2000, dapatlah result selection seperti di bawah. Kalau anda nak belajar macamana nak buat query guna dialog Select By Attributes ni, boleh rujuk post saya tahun 2012  sebelum ni di link sini.

Polygon berkeluasan kurang dari 2000 m square dibuang
dari result selection sedia ada (bulatan merah)


Select From Current Selection

Data yang saya gunakan dalam contoh ni adalah data gunatanah, so warna-warna polygon yang anda nampak tu ada info status gunatanah, Kediaman, Pertanian, Industri etc. Next, katakan dari senarai selection tadi, saya hanya berminat nak tahu info polygon yang berstatus atribut Kediaman sahaja. Sebelum tu, terlupa plak nak cerita.. macamana anda nak tahu ada berapa jumlah rekod hasil dari selection yang anda buat? Atau dalam kata lain, ada berapa jumlah polygon yang anda dah select tu? Cara senang, buka je atribut table, kat bawah table tu ada dinyatakan berapa jumlah selected. Macam dalam gambar di bawah ni, dinyatakan ada 68 rekod/polygon result selection daripada jumlah keseluruhan 1424 rekod/polygon.



Berbalik pada cerita tadi, kalau saya nak tahu ada berapa banyak polygon status Kediaman dari selection sedia ada, cara mudah saya setkan dulu method Select From Current Selection dari dialog Select by Attributes.



Kemudian saya buat query LUTYPE = ‘Kediaman’ (sebab dalam data saya ni, atribut ‘Kediaman’ disimpan dalam field LUTYPE). Dapatlah result seperti di bawah. Bila saya buka table, ada 17 record selected berbanding 68 record sebelum ini.



OK dah faham dah maksud keempat-empat kaedah selection tu? Jadi, gunakan ikut situasi yang sesuai kerana ia mungkin boleh menjimatkan masa anda.


Selamat mencuba.

p/s : dapatkan segera buku SukaGIS sementara stok masih ada. Untuk info lanjut, klik link ini.