Showing posts with label Topology. Show all posts
Showing posts with label Topology. Show all posts

Thursday, 2 January 2020

Mendigit Shared Boundary (ArcGIS vs QGIS)


Kadangkala semasa kita melakukan proses pendigitan polygon, kemungkinan kita nak mendigit feature yang bersebelahan dan berkongsi sempadan antara satu sama lain. Contohnya, lihat gambar di bawah ini. Kita ada satu polygon A, kemudian kita nak digit polygon B yang bersebelahan dengan polygon A.



Disebabkan dua polygon ni duduk bersebelahan, kita perlu pastikan semasa mendigit tiada error overlap atau gap antara sempadan yang dikongsi oleh dua polygon tersebut. Dalam kata lain, kita nak pastikan topology dua polygon bersebelahan ni dikekalkan

Shared boundary

Macamana cara yang betul untuk mendigit polygon begini? OK saya akan tunjukkan kaedahnya menggunakan dua software yang berbeza… ArcGIS dan juga QGIS.

Kaedah ArcGIS
Jika anda gunakan ArcMap dalam ArcGIS Desktop, setelah mulakan proses Start Editing, gunakan tool Auto Complete Polygon dalam window Create Features. Kalau window Create Features ni tak muncul, anda cuma perlu klik butang Create Features dalam Editor Toolbar.


Penerangan gambar :-
  1. Klik butang Create Features pada Editor Toolbar
  2. Klik layer yang anda nak digit
  3. Klik Auto Complete Polygon

Kemudian mulakan proses pendigitan seperti contoh di bawah :-


Penerangan gambar :-
  1. Klik lokasi untuk mulakan pendigitan. Pastikan kedudukan yang anda klik snap pada sempadan sedia ada. Jika anda tak on snapping, pastikan sempadan yang akan didigit bersilang dengan sempadan sedia ada. Kemudian mulakan lakaran dengan klik lokasi A, B, dan C.
  2. Tamatkan pendigitan dengan cara ‘double click’ dilokasi yang ditunjukkan. Pastikan lokasi anda ‘double click’ tu snap pada sempadan sedia ada atau bersilang dengan sempadan sedia ada. Anda akan dapati sempadan dua polygon bersebelahan antara titik (1) dan titik (2) dibina secara auto dan tiada error overlap dan juga error gap pada sempadan tersebut.



Kaedah QGIS
Kaedah yang saya tunjukkan ni menggunakan QGIS version 3.1. Mula-mula pastikan anda aktifkan dulu Snapping Toolbar.


Kemudian, mulakan konfigurasi seperti gambar di bawah :-


Penerangan gambar :-
  1. Klik butang Enable Snapping yang gambar magnet tu.
  2. Klik Advanced Configuration dan pilih Open Snapping Options…
  3. Klik layer yang anda nak digit.
  4. Pilih jenis snapping vertex and segment
  5. Pastikan anda klik Avoid overlap.
  6. Klik butang Enable Topological Editing.

Kemudian, mulakan pendigitan seperti gambar di bawah.


Penerangan gambar :-
  1. Klik layer yang hendak didigit dan klik butang Toggle Editing
  2. Klik butang Add Polygon Feature.
  3. Klik titik permulaan untuk mulakan pendigitan. Kemudian lakar sempadan dengan klik lokasi A, B dan C seperti yang dipaparkan.
  4. Klik dan snap pada garis sempadan sedia ada. Kemudian ‘right click’ untuk menamatkan pendigitan.
  5. Dialog Feature Attributes akan dipaparkan secara automatik. Masukkan attribut dan klik OK.

Anda akan dapati polygon baru dibina dan sempadan bersebelahan bebas dari error overlap dan gap.


So, cara mana yang senang? ArcGIS atau QGIS? Masing-masing ada citarasa sendiri… yang penting objektif tercapai… hehe.

ps : Kursus GIS akan dijalankan bulan Februari ni... nak tahu info lebih lanjut, klik link sini.


Saturday, 15 March 2014

Menyelaraskan Sempadan - Align Edge Tool

Kadangkala bila anda overlay data-data dari pelbagai sumber, mungkin anda akan dapati terdapat beberapa feature yang kedudukannya tidak selari antara satu sama lain, seperti gambarajah di bawah ni :-



Garisan sempadan yang ditunjukkan oleh anak panah sepatutnya selari dengan jalan raya berwarna merah. Masalah seperti  ini wujud kebiasaannya disebabkan oleh kesalahan pendigitan atau cerapan data pada skala dan sumber data yang berbeza. Untuk membetulkan kesalahan data ini, proses suntingan data perlu dilakukan. Dalam topik sebelum ni, saya ada tunjukkan teknik menggunakan tool Reshape Edge untuk membetulkan data seperti ni. Terdapat satu lagi tool yang paling mudah untuk anda cuba iaitu Align Edge Tool.

Tool ni terletak dalam Topology toolbar di dalam ArcMap. Sebelum nak gunakan tool ni, anda kena create dulu Map Topology seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik butang Select Topology pada Topology Toolbar
  2. Pilih Map Topology
  3. Pilih layer yang terlibat. Dalam contoh data saya ni, sempadan tanaman (Vegetation Agriculture_A) yang terlibat adalah selari dengan garisan jalanraya (T_Road_L). Jadi, saya aktifkan kedua-dua layer ni dalam Map Topology.
  4. Klik OK.

Kemudian, klik pada butang Align Edge tool. Bila anda lalukan mouse cursor anda di atas layer yang anda telah aktifkan di dalam Map Topology, anda akan dapati symbol pada layer tu akan bertukar kepada symbol dash.



Cara penggunaan Align Edge tool ni mudah je. Hanya lakukan dua steps  seperti di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik pada lokasi data yang nak dibetulkan. Contohnya saya nak betulkan kedudukan sempadan tanaman, jadi saya klik   di atas sempadan tanaman.
  2. Klik pada lokasi sasaran. Contohnya sempadan tanaman tu saya nak selarikan dengan jalanraya. Jadi sasaran layer saya ialah jalanraya.

Hasilnya sempadan tanaman saya diselaraskan selari dengan kedudukan jalanraya. Anda juga boleh gunakan teknik ni untuk membetulkan kesalahan gap pada data.


Selamat mencuba.