Salam semua... SukaGIS akan menawarkan kursus Pengenalan ArcGIS Pro pada 1 & 2 Disember ni. Meh le pakat ramai2 join sebelum tutup akaun hujung tahun ni hehe. Kursus seperti biasa dijalankan di Laman Seri Busines Park Seksyen 13 Shah Alam. Yuran kursus sebanyak RM650/pax. Info kursus seperti brochure di bawah ni.
Thursday 11 November 2021
Friday 28 May 2021
Integrasi Symbology Antara ArcMap dan ArcGIS Pro
Dalam post sebelum ni, saya ada cerita serba sedikit perkara2 basic tentang ArcGIS Pro yang pengguna2 ArcMap patut tau. Kali ni saya nak sentuh sikit tentang symbology plak. Symbology mainkan peranan yang penting bila kita nak design map. Boleh ke map dengan simbol yang kita dah buat dalam ArcMap tu dibuka dalam ArcGIS Pro? Kalau kita dah buat banyak map dalam ArcMap, tetiba kalau dalam ArcGIS Pro kita kena buat semula map tu ngan simbol2 tu sume, jenuh la gak kan? Mau emo acik nanti. Hmmmm… jangan risau… penyelesaiannya ada.
Ada dua cara yang anda boleh
buat. Yang pertama, jika semua map2 tu anda ada save dalam fail MXD, gunakan aje
kaedah Import Map di ruangan Ribbon ArcGIS Pro dalam Tab Insert. Ingat lagi apa
dia Ribbon dalam ArcGIS Pro kan? Kalau tak ingat, rujuk post saya sebelum ni.
Bila anda gunakan Import Map ni, setiap map dalam Data Frame MXD file anda tu
akan dibina sebagai Map View di dalam ArcGIS Pro.
Gunakan Import Map untuk import fail MXD ArcMap ke dalam ArcGIS Pro |
Cuba lihat map di bawah ni. Map ni adalah map yang saya bina dalam ArcMap.
Contoh map asal di dalam ArcMap |
Sekarang cuba lihat map di bawah
ni pula. Map ni dari MXD file ArcMap yang saya import masuk ke dalam ArcGIS
Pro. Sama tak? Sama kan?
Map dari MXD file ArcMap yang telah diimport ke dalam ArcGIS Pro |
OK… itu kaedah Import Map. Sekarang
macamana pulak kalau kes anda yang buat sendiri custom symbol dalam fail ArcMap
.Style? Tau tak fail Style ni apa? Fail Style ni adalah satu fail yang kita
bina untuk menyimpan simbol2 dan element peta seperti text, scale bar, north
arrow dan lain-lain samada kita copy dari existing elemen2 tu dari existing
library ArcMap ataupun yang kita custom sendiri. Untuk nak tau cerita lebih
lanjut pasal file Style ni, boleh rujuk pada posting saya dulu2 di link sini.
Dalam topik ni saya taknak cerita
panjang lebar tentang fail Style, tapi saya nak tunjukkan macamana kalau simbol2
yang anda telah bina dalam fail Style ArcMap tu anda nak bawak masuk ke dalam
ArcGIS Pro. Jawapannya guna kaedah Import Style dalam ArcGIS Pro. Cuba lihat
gambar berikut. Ia menunjukkan dialog Style Manager ArcMap dan dalam tu ada
beberapa simbol custom yang telah saya bina di dalam ArcMap.
Senarai custom simbol dalam fail Style ArcMap |
Untuk import kesemua simbol2 tu,
saya boleh klik saja tool Import pada Ribbon Tab Insert dalam kategori Group tool
Styles
Gunakan fungsi Import Style untuk import fail Style ArcMap ke dalam ArcGIS Pro |
Gambar di bawah ni adalah hasil simbol dari fail Style ArcMap tadi yang saya telah masukkan dalam ArcGIS Pro.
Simbol dari fail Style ArcMap yang telah di import masuk ke dalam ArcGIS Pro |
Selain dari import simbol2 dari
ArcMap masuk ke dalam ArcGIS Pro, anda juga boleh tambah simbol2 dalam ArcGIS
Pro ni dengan cara download fail Style dari website esri di link sini. Cuma
bezanya fail Style ArcMap akan gunakan extension .STYLE manakala fail Style
ArcGIS Pro menggunakan extension .STYLX.
Di bawah ni saya preview rupa
website tu. Anda boleh pilih samada nak download kategori Industry Styles
ataupun Creative Styles.
Pelbagai fail style ArcGIS Pro yang anda boleh download |
Lepas anda download fail Style tu, klik tab Insert > Add > Add Style dan pilih fail Style yang anda download tadi, seperti contoh gambar di bawah ni.
Gunakan Add Style untuk masukkan fail Style yang anda telah download |
Senarai simbol Creative Styles dalam website tu menarik gak, anda boleh bina kreativiti dengan bina macam2 map, contohnya buat map based on effect watercolor, map2 lama ala2 style peta lanun dan macam2 la. Cuba lihat contoh map yang saya buat kat bawah ni. Map pertama tu standard map guna simbol yang dah sedia wujud dalam ArcGIS Pro. Map kedua tu pulak macam efek peta2 lama yang usang, yang tu saya guna dari fail style yang saya download. Map terakhir tu pulak saya bagi efek watercolor dari fail style yang saya download jugak.
Map menggunakan simbol standard ArcGIS Pro |
Map menggunakan simbol dari style download (efek peta usang) |
Map menggunakan simbol dari style download (efek watercolor) |
Walaupun nampak macam merapu map tu, tapi cuba bayangkan kalau kita nak buat program GIS Day kat sekolah2 dan kita nak buat poster map untuk program tersebut. Map efek watercolor ni mungkin lebih menarik perhatian budak2 kan?
OK sekian dulu perkongsian kali ni. Bye.Thursday 27 May 2021
ArcGIS Pro : Sedikit Asas Yang Perlu Anda Tahu
Salam sejahtera semua. Dah lama betul saya tak bersiaran. Mood untuk menulis tak datang2. Tetiba hari ni terasa pulak nak kongsi satu topik berkenaan ArcGIS Pro Desktop. Rasanya tentu kat luar sana ramai yang pengguna tegar ArcMap kan? Macam gak saya :) :) … Bagi saya ok je kalau nak teruskan guna ArcMap tu, asalkan keje jalan, keje siap. Tapi rasanya kena ada persediaan gak untuk tengok2 ArcGIS Pro ni… sebab dengar citenya tak lama lagi ESRI akan stop ArcMap dan user kena beralih ke ArcGIS Pro… entah bila entah version berapa ArcGIS nanti entah ler. Tapi isu ni untuk user yang perlukan versi terkini ArcGIS je la… Biasalah kan, bila kita dah selesa guna satu software tu, nak kena beralih ke lain plak adehhh malasnya nak explore..tambahan plak kerja2 hakiki yang ada ni pun belambak nak buat… I feel u.. hihi
Ok stop merapu intro… kita balik pada topik asal dalam post ni. Di sini saya nak share ngan anda semua beberapa perkara asas yang anda perlu tau ler berbenaan ArcGIS Pro ni
1) Interface
Pertama saya nak cite tang
interface. Interface dia memang jauh beza la banding ngan ArcMap. Bila sebut
interface dalam software GIS ni, maksudnya dari segi menu, button, ruangan
paparan map etc. Konsep interface ArcGIS Pro ni macam style Microsft Office,
ada button2 besar gedabak kat atas tu. Cuba lihat contoh interface ArcGIS Pro
di bawah ni.
Contoh interface ArcGIS Pro |
Ia terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu ribbon, views dan juga ruangan yang dipanggil pane. Kalau anda guna ArcMap, anda ada 2 View utama kan? Satu dipanggil Data View, satu lagi Layout View. Tapi dalam ArcGIS Pro ni, View ada macam2, anda boleh bina Map View, Scene View utk 3D Scene, Catalog View untuk catalog dan jugak Layout View. Semua view tu anda boleh bina dalam satu fail projek. Berbeza sebelum ni, contohnya kalau anda nak buat 3D Scene view, anda kena ada aplikasi ArcScene kan? So dalam Pro ni, semua tu tak perlu… pakai satu fail projek je. Contoh seperti gambar di bawah ni. Semua view anda boleh wujudkan dalam satu fail projek dan dibezakan oleh Tab. So klik je Tab yang anda nak untuk aktifkan.
Setiap View yang anda bina dalam ArcgIS Pro akan ada Tab tersendiri. Klik saja pada Tab untuk buka View tu |
Ok, Ribbon ni pula ada himpunan fungsi2 atau tool2 yang disusun mendatar atas paparan View. Dalam Ribbon tu sendiri ada beberapa Tab yang mana setiap satu Tab tu ada beberapa set tool sendiri yang disusun mengikut Group tertentu. Contoh cuba tengok macam dalam gambar di bawah ni. Untuk Tab Map dalam Ribbon tu, ada Group Clipboard, Navigate dan Layer. Dalam setiap Group tu plak ada tool masing2. Contoh dalam Group Navigate tu, ada tool Explore, Bookmarks, GoToXY.
Interface Ribbon ArcGIS Pro mengandungi Tab dan Group tools dalam setiap Tab |
Pane ni pulak adalah istilah yang diaorg guna ni sekarang untuk mewakili tetingkap (lebih kurang macam tu la yang saya faham). Contoh kalau dalam ArcMap dulu kita ada Catalog Windows, sekarang diaorg panggil Catalog pane, dulu ada Table of Contents, sekarang diaorg panggil Contents pane. Ulang suara... pane ye.. bukan pancake... hurmm lapar...
2) Fail Projek
OK, peminat tegar ArcMap mesti
biasa dengan fail MXD kan? Bila kita save keje2 kita dalam ArcMap, maka
terhasillah Map Document File yang dipanggil MXD File. Dalam ArcGIS Pro, dah
tak guna istilah Map Document File, tapi keje2 yang kita save akan dihasilkan
dalam fail yang dipanggil Project File dengan extension fail APRX. Kenapa dah
tak dipanggil Map Document? Mungkin sebab dalam ArcGIS Pro ni, kita bukan bina
Map View saja, tapi Scene 3D pun boleh buat dalam tu dan pelbagai lagi… so diaorg guna jelah
istilah Project File aprx. Agaknya laaaaa.
3) Navigasi Peta
Kalau anda guna scroll button
pada mouse, kaedah zoom in zoom out ArcGIS Pro sama je macam dalam ArcMap. Cuma
bezanya kalau anda nak buat zoom in style drag box atau anda nak pan peta ke
kiri kanan atas bawah. Kalau dalam ArcMap dulu, nak zoom in drag box, anda klik
tool Zoom In yang ada gambar kanta tu kan? Sama gak kalau anda nak pan map
dalam ArcMap, anda klik tool Pan yang gambar tapak tangan macam nak penampar
muka orang tu.. haha.
Contoh tool navigasi peta dalam ArcMap |
Dalam ArcGIS Pro ni anda takkan
jumpa dah tool yang ada gambar kanta dan tapak tangan tu. Semua tu dah
integrate dalam satu tool dipanggil Explore Tool. Maksudnya kalau tool tu
aktif, anda klik kat map dan drag map tu, fungsi dia sama macam tool Pan dalam
ArcMap. Kalau anda klik sambil tekan button Shift serentak pulak, fungsi dia
sama macam zoom in drag box dalam ArcMap.
Navigasi peta dalam ArcGIS Pro semuanya boleh anda lakukan menggunakan tool Explore |
Satu lagi tentang tool Identify.. mesti anda selalu guna kan kat ArcMap. Bila guna tool tu, klik je kat feature atas map, akan keluar popup atribute. Dalam Pro ni, cari lah ikut celah mana pun, anda takkan jumpa tool tu. Kalau nak cari gak, sampai ke sudah habis tempoh PKP pun takkan jumpa haha. Sebabnya fungsi tool tu pun dah digabung sekali dalam Explore Tool.
Jadi kesimpulannya Explore Tool ni boleh guna untuk navigasi map dan juga untuk identify feature.
4) Penyuntingan (Editing)
Dalam ArcGIS Pro ni, mod
penyuntingan sentiasa aktif.. maksudnya at any time bila anda buat keje dalam
ArcGIS Pro ni, anda boleh terus buat kerja2 penyuntingan mcm digitizing ke,
editing feature ke.. tanpa perlu kena klik dulu Start Editing macam style
ArcMap.
Dalam ArcMap nak mulakan proses penyuntingan kena klik Start Editing dulu |
Dalam ArcGIS Pro, semua tool editing akan aktif seara default tanpa perlu klik Start Editing |
Begitu juga kalau anda buka table dalam ArcGIS Pro, anda boleh terus modify atribut dalam rekod table tu tanpa perlu mulakan edit session. Butang Save dan Discard dalam tab Edit akan automatik aktif sekiranya terdapat sebarang kerja-kerja edit yang anda lakukan.
Klik Save untuk simpan proses penyuntingan. Kalau nak cancel klik je Discard |
Tapi kalau anda tak suka mod editing macam ni, contohnya nak control gak edit session macam style ArcMap, boleh jugak. Sebabnya dalam ArcGIS Pro ni pun ada option untuk control editing session. Kalau anda offkan setting auto edit dalam editing option ni, kesemua tool berkaitan editing tidak akan aktif sehinggalah anda menekan butang Edit untuk memulakan editing.
Kalau anda offkan setting auto editing, semua tool berkaitan editing tak akan aktif selagi anda tak klik butang Edit |
5) Geoprocessing
Dalam ArcMap ada ArcToolbox,
dalam ArcGIS Pro pun still ada… don’t worry. Untuk access ArcToolbox ni dalam
ArcGIS Pro, klik je button Tools dalam Tab Analysis kat ruangan Ribbon tu. Senarai
tool dalam ArcToolbox akan dipaparkan dalam Geoprocessing pane.
ArcToolbox dalam ArcGIS Pro |
Dalam Tab Analysis ni juga ada
ruangan galeri yang dipanggil Analysis Gallery. Dalam galeri ni akan terdapat
senarai tool2 analisis yang common ataupun yang lazim digunakan untuk tujuan
analisis. Anda boleh customize senarai tool dalam galeri ni, contohnya nak tambah
tool baru atau nak buang tool dalam galeri yang mungkin anda rasa anda tak perlu,
so takdelah semak kepala anda tengok banyak sangat tool, cuma letakkan tool
analisis yang anda rasa perlu sahaja.
Analysis Gallery. Boleh customize list ni. |
OK…. So harap2 penerangan ringkas
ni dapat bantu anda sikit2 sebagai persediaan kalau nak gunakan ArcGIS Pro
nanti.
Sekian.. ok bye.
Wednesday 6 January 2021
Kursus Asas GIS 16 - 17 Februari 2021
Selamat sejahtera semua...
Jika tiada aral melintang dan angin lintang, SukaGIS bercadang nak jalankan Kursus Asas GIS pada 16 - 17 Feb ni. Untuk info lanjut, play video ni.... :)