Showing posts with label Spatial Analyst. Show all posts
Showing posts with label Spatial Analyst. Show all posts

Tuesday, 6 June 2017

Membetulkan Kesalahan Arah Line Menggunakan Flip Line : Kajian Kes Sungai

Haii sume. Topik kali ni agak panjang lebar sikit. Untuk sesiapa yang selalu buat keje-keje editing or data processing, sila take note. Kalau baca topik ni lepas buka posa, pi siap2 bancuh kopi dulu. Panjang ni nak bual. Kalau baca time posa, jangan cari pasal..haha. OK.. tahukah anda, bila kita digitize sesuatu line, line tu akan ada arah atau direction, bergantung pada arah mana kita digitize? Tu antara sebab kenapa data tu dipanggil data vektor, macam masa kat sekolah dulu kita belajar subjek math, cikgu kata vector diwakili segmen garisan yang ada arah. Haaa termenung je.. lupa la tu..haha.


Tapi tu tak penting. Yang saya nak story kat sini, direction line dalam data GIS ni kadangkala memberi maksud sesuatu, contohnya arah aliran sungai, electricity flow dan lain-lain. Dan kadangkala, sesetengah analisis yang gunakan layer line ni sebagai data input perlukan kita set direction line yang betul dulu pada  setiap line dalam layer tu. Dalam Arcmap macamana kita nak tgk direction setiap line ni? Caranya, kita boleh gunakan simbol Arrow untuk draw direction setiap line.

Senarai simbol arrow dalam dialog Symbol Selector ArcMap

OK, sekarang kita dah tahu macamana nak tengok direction line dalam ArcMap. Macamana pulak nak betulkan direction line tu kalau arahnya tersilap? Ada dua cara :-

i)               Buat proses Start Editing, kemudian double-click line yang salah direction, lepas tu right click dan pilih Flip. Tapi cara ni kena buat satu-satu manually.



ii)      Guna geoprocessing tools Flip Line. Cara ni boleh ubah direction banyak line serentak based on line yang kita select.



Katakan sekarang ni saya ada satu data layer sungai, dan saya nak check setiap line sungai tu betul tak directionnya. Nak tahu direction line sungai tu betul ke salah, kita kena faham dulu sifat sungai. Sungai akan mengalir dari hulu ke hilir, anak-anak sungai mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan rendah seterusnya memasuki sungai-sungai utama yang lebih lebar. Bila dah faham tu barulah kita boleh tentukan yang mana satu direction sungai betul dan yang mana salah based on arrow symbol yang dipaparkan. Lihat contoh gambar di bawah. Sungai dalam bulatan merah menunjukkan arah sungai yang salah, seolah-olah sungai mengalir ke atas.

Kesalahan arah sungai

Dalam kes data sungai ni, dengan melihat pada symbol arrow di atas garisan, kita boleh mengenalpasti yang mana satu sungai arah betul dan yang mana salah. Untuk membetulkan sungai yang salah arah tu, kita boleh guna arahan Flip semasa buat editing atau guna tool Flip Line seperti yang saya mentioned sebelum ni. Tapi kalau data kita ada banyak line, sanggup ke kita nak semak satu persatu arrow kat line tu? Macam dalam kes saya ni, ada 66,088 line sungai yang saya nak semak.

66,088 sungai perlu disemak. Banyak tu...

Fuhh… kerja giler woo kalau nak check satu-satu sampai berpuluh ribu line. Mau kalau lepas buat keje edit nak tido malam tengok siling nampak sungai je..hahahah. Takde ke cara yang paling mudah??

Ada satu cara. Macam saya terangkan tadi, sungai mengalir dari kawasan tinggi turun ke kawasan rendah. Jadi secara logiknya, kalau kita boleh tahu nilai ketinggian Z di setiap hujung garisan sungai, kita boleh buat perbandingan jika nilai Z ending sungai lebih tinggi dari nilai Z starting sungai, maknanya error la tu, mana boleh sungai mendaki bukit.



Perhatikan line direction sungai dalam gambar atas ni. Sungai A didigit dalam arah yang betul, menurun bukit, jadi ketinggian titik mula digit (Z1) lebih tinggi dari titik akhir digit (Z2). Sungai B pulak digit arah salah, mendaki bukit,  jadi nilai Z dah jadi terbalik, Z1 lebih rendah dari Z2. Jadi kat sini kita boleh anggap, direction untuk sesuatu line sungai adalah salah jika Z1 < Z2. Betul tak? Maknanya kalau data sungai kita tu ada atribut Z1 dan Z2, kita boleh buat carian Z1 < Z2 untuk mencari sungai yang salah arah dan lepas tu run tool Flip Line utk betulkan semua line yang salah serentak. Tak perlu le kita cari satu-satu sungai yang salah tu manually.

Teorinya nampak macam senang kan? Hehehehe. Tapi persoalannya macamana nak dapatkan nilai Z kat setiap hujung line sungai tu? Dalam kes saya ni ada 66,088 line sungai ... maknanya kalau satu line sungai ada dua Z (Z1, Z2),  saya kena dapatkan 66,088 x 2 = 132,176 nilai Z. Huhuhu. Wait seminit…don’t panic. Tau tak, dalam ArcGIS Spatial Analyst kan, ada satu tool yang boleh pindahkan nilai Z dari raster DEM kepada layer point. Nama tool tu Extract Values to Points. Cara nak guna tool ni ada saya explain dalam post yang dulu2 kat link sini.  Maksudnya, kalau saya ada data raster DEM dan kalau saya boleh dapatkan point di starting dan ending setiap line sungai, saya dah boleh dapat dah nilai Z1 dan Z2.

Tapi sebelum saya story lebih lanjut lagi tentang point starting ending ni, kita ulangkaji sikit asas data vektor line. Lihat gambar berikut :-



Setiap satu line terbentuk dari beberapa siri point yang dipanggil vertex. Dikedua-dua hujung line tu pulak point tu dipanggil Node atau Start Point/First Vertex atau End Point/Last Vertex, bergantung pada arah line. Saya lebih suka guna istilah Node, sebab masa saya mula-mula belajar GIS dulu, itulah istilah yang cikgu saya guna. Setiap line dia akan ada From Node dan To Node merujuk pada arah line.

Kenapa saya terangkan mende ni? Sebabnya dalam ArcGIS ada satu tool yang dinamakan Feature Vertices to Points. Tool ni boleh convert data line kita kepada beberapa siri point bergantung pada jenis opsyen point macamana yang kita pilih dalam tool tu, samada nak semua vertex ke, first vertex ke, last vertex ke etc. Maksudnya, bila saya run tool ni, saya bolehlah dapat data point di setiap hujung line sungai, seterusnya nanti bolehlah saya gunakan point tu untuk ambil nilai Z dari data raster DEM.

Berbalik pada problem saya tadi, untuk saya kenalpasti arah line sungai yang salah secara serentak, macam ni lah step yang saya kena buat :-

  1. Run tool Feature Vertices to Points untuk dapatkan point di kedua-dua hujung line sungai
  2. Pindahkan nilai Z dari raster DEM kepada layer point tadi
  3. Joinkan table layer point kepada table layer sungai untuk dapatkan atribut Z dari layer point masuk ke dalam layer sungai.
  4. Buat carian pada layer sungai : Z1 < Z2
  5. Run Flip Line untuk betulkan arah 


Banyak kan step tu. Tapi biasa le, dalam GIS ni kadangkala nak dapatkan hasil akhir, kena melalui beberapa step dan prosedur. Sekarang saya akan terangkan satu persatu step tu.

Jana Layer Point
Mula-mula, kita kena dapatkan layer point dulu di kedua-dua hujung line sungai, merujuk kepada point start dan point end. Kita akan hasilkan dua layer point, satu untuk simpan semua point start dan satu layer lagi untuk simpan semua point end. Faham ye maksud start dan end tu? Kalau x sure, rujuk balik gambar yang ada penerangan start, end vertex sebelum ni. Nak hasilkan layer point ni, buat step seperti di bawah ni :-



Penerangan gambar :
  1. Melalui ArcToolbox, run tool Data Management Tools > Features > Feature Vertices to Points
  2. Untuk Input Features, pilih layer line sungai
  3. Namakan output layer. Dalam contoh ni, saya nak create start point dulu pada setiap line sungai. So saya namakan output saya River_L_Start. (Beri nama yang bersesuaian ni penting supaya nanti anda tak pening kepala bila dah banyak layer anda create)
  4. Oleh sebab saya nak create start point, saya pilih opsyen START.
  5. Klik OK.


Ulangi proses yang sama untuk generate point END pula. Bila dah complete step ni, saya akan ada 2 layer point, River_L_Start dan River_L_End.

Jana Nilai Z Pada Layer Point
Next, saya akan pindahkan nilai Z dari raster DEM masuk ke dalam setiap point yang saya jana tadi. Step ni akan hasilkan satu lagi output layer point, cuma bezanya kali ni layer point yang dihasilkan ni ada atribut nilai Z. Oleh sebab anda ada 2 layer point (start point, end point) yang dihasilkan sebelum tadi, anda kena buat step ni 2 kali, untuk setiap layer point. Stepnya seperti berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Melalui ArcToolbox, run tool Spatial Analyst Tools > Extraction > Extract Values to Points.
  2. Untuk Input point features, pilih layer point yang anda baru hasilkan dari step sebelum tadi.
  3. Pilih layer raster DEM
  4. Namakan output layer point yang akan dihasilkan. Dalam contoh ni, untuk input point River_L_Start, output saya namakan River_L_Start_Z.
  5. Klik OK.


Field tambahan RASTERVALU akan dibina dalam output layer point yang akan menyimpan nilai Z. Ingat ye, kena buat step ni dua kali, satu untuk layer start point, dan satu lagi untuk layer end point.

Join Table
Sekarang saya dah ada dua layer point yang masing2 ada nilai Z yang saya namakan River_L_Start_Z dan River_L_End_Z. Next, saya kena joinkan dulu table kedua-dua layer point ni ke table layer sungai. Sebab apa kena join? Sebabnya kita nak buat carian Z pada layer sungai, bukannya pada layer point. Kalau anda tak berapa faham konsep join table, boleh rujuk post saya sebelum ini di link sini.

Join table start point (Z1) dan end point (Z2) kepada table sungai


Untuk join table start point kepada layer sungai, buat step berikut :-




Penerangan gambar :-
  1. Right click layer sungai dalam TOC ArcMap dan pilih Join and Relates > Join…
  2. Pastikan anda pilih option Join attributes from a table
  3. Pilih field OBJECTID kalau anda guna data geodatabase. Kalau data point anda dalam shapefile, pilih field FID.
  4. Pilih nama layer start point yang ada nilai Z tadi.
  5. Pilih field ORIG_FID
  6. Klik OK.


Ulangi step yang sama untuk join table end point pula. Setelah selesai join kedua-dua table, buka table layer sungai tadi. Anda akan nampak hasilnya seperti di bawah ni. Terdapat dua field RASTERVALU, masing-masing merujuk kepada start point Z dan end point Z.



Carian Line Sungai Salah Arah
Next, buat carian sungai yang salah arah melalui kaedah Select by Attributes.



Oleh kerana field RASTERVALU tu kita join ke dalam table sungai, kita akan nampak “nama layer”.RASTERVALU pada senarai field dalam dialog Select by Attributes. Seperti dalam contoh gambar di atas, carian yang saya lakukan ialah "River_L_Start_Z.RASTERVALU" < River_L_End_Z.RASTERVALU
Hasilnya, terdapat 7,860 line sungai yang salah arah seperti dipapar dalam table di bawah ni.

Terdapat 7,860 dari 66,088 sungai salah arah

Perghhh banyak tu. Bayangkan kalau saya nak cari satu-satu manually. OK, persoalannya sekarang, boleh percaya ke result 7,860 tu? Tepatkah cara kaedah ni? Ketepatan result sebenarnya bergantung pada ketepatan data DEM anda dan juga ketepatan lokasi sungai bila anda overlay atas data DEM. Kalau overlay data lari, dah tentu resultnya pun lari.

Betulkan Arah Sungai
Now kita dah select sungai-sungai yang salah arah. Macamana nak betulkan menjadi arah yang betul? Caranya run tool Flip Line dalam ArcToolbox… tapi buat dulu proses Start Editing tau.



Penerangan gambar :-
  1. Melalui ArcToolbox, run tool Editing Tools > Flip Line
  2. Pilih layer sungai sebagai input features
  3. Klik OK.


Selesai sudah. Proses yang panjang ni sebenarnya anda boleh automate kan kalau anda familiar dengan ModelBuilder. Semua step tu anda boleh design dalam ModelBuilder. Fuuhhh…. 2 hari nak prepare tutorial ni. Harap-harap topik yang dikongsi bermanfaat untuk anda.

Selamat mencuba.



Thursday, 16 March 2017

Sumber Data DEM Percuma - SRTM

Di sini saya ingin kongsikan satu website yang anda boleh download data Digital Elevation Model (DEM) secara percuma. Kalau anda google free data DEM ni, ada beberapa website yang pakcik google listkan. Sebenarnya data-data DEM ni ada macam-macam format, contohnya IFSAR, LIDAR dan macam-macam lagi lah. Data LIDAR contohnya, resolutionnya memang tinggi, tapi kebiasaannya memang susah le nak dapat yang free kat area Malaysia ni. Ada satu format data DEM yang dipanggil SRTM yang anda boleh download secara percuma. SRTM ni singkatan dari Shuttle Radar Topography Mission, tapi resolutionnya 1 arc second, lebih kurang 30m. Kalau anda rasakan 30m ni sesuai untuk analisis anda, bolehlah cuba download.

Nak download, taip saja URL https://earthexplorer.usgs.gov  kat browser anda. Anda akan terus dapat page seperti di bawah ni.



Default page dia akan tunjuk peta area US. Sabar dulu, sebelum download, navigate dulu peta tu ke area Malaysia. Kemudian buat step berikut ni :-






Penerangan gambar-gambar di atas :-
  1. Klik tab Search Criteria
  2. Klik Use Map untuk set koordinat download pada area yang anda zoom.
  3. Anda akan dapati empat penjuru koordinat area yang anda zoom disenaraikan.
  4. Kalau anda nak ubahsuai bentuk penjuru tu, anda boleh klik pada penjuru dan drag pada posisi yang anda nak. Macam dalam contoh gambar tu, saya posisikan untuk cover state Perak.
  5. Kemudian klik tab Data Sets.
  6. Pada senarai data set, klik SRTM dan pilih SRTM 1-Arc Second Global
  7. Klik tab Results.
  8. Anda akan dapati senarai data SRTM mengikut area yang anda define untuk download tadi akan dipaparkan.

Seterusnya, untuk download, klik saja butang Download Options seperti ditunjukkan gambar di bawah ni. Anda akan diberikan beberapa option format raster. Dalam contoh ni, saya pilih format BIL 1 Arc-Second. Lagipun ArcGIS tiada masalah nak baca format BIL.



Data yang anda download tu dalam sistem koordinat WGS84. Kalau anda nak overlay pada data yang dalam sistem koordinat projected pun takde masalah, sebab ArcGIS kan support on-the-fly projection. Macam dalam contoh gambar di bawah ni, saya overlay data SRTM tu dengan boundary daerah koordinat RSO. 



So bila dah ada data DEM ni, boleh la anda buat macam-macam analisis, contohnya nak generate slope ke, nak view sebagai 3D ke dan macam-macam lagi lah. Contoh peta di bawah ni, dari data DEM tu saya generate layer hillshade dan juga slope.

Analisis Hillshade

Analisis Slope


Monday, 11 March 2013

Extract Nilai Z Raster DEM Kepada Data Point


Dalam post saya sebelum ini, saya ada terangkan bagaimana nak jana koordinat XY dari data point. Bagaimana pula kalau saya ada data point dan saya nak extract nilai ketinggian Z daripada data DEM? Dalam kata lain, bila saya overlay point di atas data DEM tu, saya nak ambil nilai Z dari data DEM tu dan letakkan ke dalam table data point. Contohnya, cuba lihat gambar di bawah :-

Taburan point sampling di atas data DEM


Data point tu menunjukkan taburan sampling saya dan pada setiap point tu saya ada maklumat ID sampling. Pada masa yang sama, saya ada data raster DEM yang saya overlay bersama data point tu. Di dalam setiap cell raster DEM tu, saya boleh mengetahui nilai ketinggian Z dengan mengklik lokasi yang saya kehendaki menggunakan tool Identify. Nilai ketinggian Z akan ditunjukkan melalui maklumat Pixel value. 

Pixel value menunjukkan ketinggian Z dari data DEM


OK.. sekarang ni macamana saya nak ambil nilai dari Pixel value dari result Identify tu masuk ke dalam setiap data point saya. Kalau nak edit satu persatu point dan masukkan nilai Z, boleh juga.. tapi kalau data point tu sikit bolehlah buat cara tu. Cuba bayangkan kalau ada beratus-ratus point. Pergghh terseliuh gak jari nak key in satu-satu...huhu.

Ada satu cara mudah. Gunakan teknik geoprocessing dalam toolbox. Tool yang akan anda gunakan ialah Extract Values to Points. Tool ni terdapat dalam toolbox Spatial Analyst. Maknanya kalau nak buat analisis ni, kena ada extension Spatial Analyst dulu ler. OK.. macamana nak guna tool ni? Rujuk gambar bawah :-



Penerangan gambar :
  1. Buka ArcToolbox dan klik Spatial Analyst Tools > Extraction > Extract Values to Points
  2. Masukkan input data point anda. Dalam kes saya ni, data point sampling.
  3. Pilih raster yang mewakili data DEM.
  4. Taipkan nama output point layer.
  5. Klik butang OK.


Perhatikan hasilnya pada gambar di bawah (mcm biasa, klik kat gambar kalau tak clear) :

Nilai Z dihasilkan di dalam table point sampling


Cuba anda perhatikan output table tu. Ada field baru di tambah pada table tu (RASTERVALU). Field tu menunjukkan nilai ketinggian Z pada setiap point sampling. Nilai Z ni diambil dari data raster DEM tadi. Mudah je kan? Teknik ni bukan hanya limit kepada extract nilai ketinggian Z sahaja, tapi apa saja nilai yang ada pada data raster anda. Contohnya, kalau raster anda mewakili raster slope, nilai yang ada pada data point tu nanti adalah nilai slope lah. 

Selamat mencuba.


Wednesday, 19 December 2012

Kursus GIS UiTM - ArcGIS 3D/Spatial Analyst


Baru-baru ni saya mengendalikan satu lagi kursus ArcGIS 3D/Spatial Analyst. Peserta kali ni dari Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam. Kali ni kelas saya unik sikit sebab dijalankan hari Jumaat dan juga hari cuti Sabtu dan Ahad. Waahhh terlebih rajin diaorang ni.. tapi tu je masa yang diaorang ada.. tahniah. Peserta pun tak ramai, 3 orang je..2 student PhD dan sorang student Master. Student PhD sorang tu dari Iraq. Mulanya saya ngajar mengikut silibus, tapi kemudiannya saya decide better saya fokus pada apa research yang peserta sedang lakukan dan bagaimana untuk membantu mereka mendapatkan result research tersebut. So kadangkala topik-topik yang dibincang agak terkeluar dari silibus.. tapi tu semua tak penting, bak kata boss mereka.. "Banyak mana yang kita belajar itu tidak penting, tetapi banyak mana yg kita fahami dari apa di pelajari  itulah yg penting"..  :) :)



Lokasi kejadian






Dapat assignment..


Menung sat fikir camne nak solve..




Posing bersama bos - Dr Akram dan peserta2..


Thursday, 21 June 2012

Interpolation


Kita sambung cerita lagi. Kali ni saya nak cerita tentang interpolation .. ermm translate dalam BM apa ek? Interpolasi? Betul ke? Tak pe lah... saya maintain guna term interpolation je.. taknak nanti konpius. Apakah maksud interpolation ni... 

Ok nak mudah faham saya beri senario ni. Katakan kita ada dirikan  stesen cerapan bacaan taburan hujan di beberapa lokasi yang telah kita tentukan. Daripada setiap stesen hujan tu kita boleh tahu berapa purata taburan hujan mengikut bulanan, tahunan dan sebagainya. Contoh macam gambar kat bawah ni ler. Point-point tu mewakili stesen hujan dan label teks tu adalah purata hujan kat setiap point stesen tu.




Maknanya kalau saya berada di lokasi dimana saya dirikan stesen hujan tu, saya boleh tahu lah berapa bacaan purata hujan kat situ. Tapi, macamana pula kalau saya nak tahu berapa bacaan purata hujan kat lokasi-lokasi yang lain. Contohnya kat lokasi-lokasi bertanda soal (?) seperti kat bawah ni.

Berapa purata hujan kat lokasi (?) tu???


Kalau saya tambah stesen di setiap lokasi (?) tersebut tentulah akan melibatkan pertambahan kos dan masa. Jadi disitulah gunanya interpolation ni. Proses interpolation akan membuat andaian berapakah nilai data di lokasi yang tidak terdapat point sampel; seperti dalam kes tadi, ia akan mengandaikan berapakah nilai purata hujan di lokasi yang tidak ditempatkan stesen cerapan.



Andaian yang digunakan berasaskan kepada prinsip Spatial Autocorrelation di mana penentuan nilai data pada sesuatu lokasi adalah berdasarkan hubungkaitan dan jarak antara lokasi dan sample point. Output yang akan dihasilkan adalah data raster GRID seperti di bawah ni.

Hasil output interpolation : raster purata hujan


Di dalam ArcGIS, proses interpolation ni kita boleh buat samada menggunakan extension 3D Analyst ataupun Spatial Analyst. Kaedah interpolation  yang disediakan pula ada pelbagai, antaranya Spline, IDW dan Kriging. Setiap kaedah ini menggunakan pendekatan dan metodologi yang berbeza dalam mengandaikan nilai data pada sesuatu lokasi, maknanya dengan menggunakan input sampel data yang sama, kita akan mendapat output raster yang berbeza-beza jika guna teknik Spline, IDW, Kriging dan lain-lain.

Pelbagai teknik interpolation


Soalan favourite yang orang selalu tanya saya ialah, "kalau camtu nak guna teknik yang mana satu??" Sebenarnya pemilihan teknik ialah berdasarkan bagaimana taburan sampel point kita tu, rawak ke, sekata ke, padat ke.. dan juga bergantung pada apakah fenomena yang kita kaji.

OK tu semua general concept tentang interpolation. So sekarang macamana nak buat proses interpolation tu dalam ArcGIS.. mudah sahaja. Masukkan point sampel anda tu dalam ArcMap. Kemudian dengan menggunakan toolbox, klik pada 3D Analyst Tools > Raster Interpolation atau Spatial Analyst Tools > Interpolation

Interpolation dalam 3D dan Spatial Analyst


Dalam contoh ni saya akan menggunakan teknik Spline. Kemudian saya akan dapat dialog seperti kat bawah ni. Benda wajib yang anda perlu masukkan adalah :-
  1. Layer input sampel
  2. Z field, yang ni anda kena tahu kat dalam table tu apa nama field yang menyimpan Z-value untuk layer input sampel tu
  3. Nama output raster
  4. Berapa saiz cell yang nak digunakan untuk create output raster tu

Contoh dialog interpolation teknik Spline


Dah habis isi semua tu, klik OK, hasilnya adalah data output raster. So bila dah raster tu maknanya bila anda klik kat mana-mana pun atas data raster tu, anda akan dapat bacaan purata hujan dia sebab struktur data raster terdiri dari cell kan? Jadi dalam setiap cell tu akan ada bacaan purata hujan ler.

Pixel value tu adalah nilai purata hujan

OK... boleh la try lepas ni.. :D


Thursday, 31 May 2012

Tips : Hillshading - Memberi Effect 3D Pada Peta

Cuba kita perhatikan kedua-dua peta gunatanah di bawah. Rasa-rasanya peta manakah yang lebih menarik? Peta A ke Peta B?


Sudah tentu peta B lebih menarik kan? Sebab nampak macam 3D pulak, nampak kawasan berbukit-bukit. Peta A tu nampak flat je...  Bila ada effect 3D tu secara tidak langsung kita boleh nampak gunatanah mana yang terletak di kawasan berbukit dan gunatanah mana pula yang terletak di kawasan rata. Di dalam GIS, teknik membina data ini dinamakan hillshading atau shaded relief.

Macamana nak buat hillshading tu? Kalau dalam ArcGIS ada dua cara nak buat ni.
  1. Gunakan function HILLSHADE di dalam extension 3D atau Spatial Analyst
  2. Jika anda guna ArcGIS versi 10, anda boleh jana data ni free sahaja menggunakan Image Analysis Window.
Faktor utama dalam membina data hillshade adalah kedudukan matahari di sesuatu kawasan yang ditentukan oleh faktor azimuth (sudut arah pancaran matahari) dan juga altitude (sudut ketinggian matahari di atas horizon). Untuk memudahkan pemahaman anda, rujuk rajah di bawah.

Default azimuth adalah 315 darjah
Default altitude adalah 45 darjah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan data surface DEM dahulu.  Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk membina data DEM ini, anda boleh jana melalui data TIN, interpolation, menggunakan data LIDAR dan pelbagai lagi. Anda boleh rujuk salah satu kaedah penyediaan data surface DEM ini di dalam post saya terdahulu di sini. Kemudian anda bolehlah menggunakan data DEM ini sebagai input untuk menjana data hillshade. Rajah di bawah menunjukkan contoh tetingkap untuk menyediakan data hillshade di dalam 3D dan Spatial Analyst. Tetingkap ini anda boleh capai melalui ArcToolbox.


Jika anda tiada extension 3D atau Spatial Analyst, macamana nak buat tu. Tiada masalah, syaratnya gunakan ArcGIS versi 10. Dalam versi 10 terdapat  Image Analysis Window yang boleh anda gunakan untuk membina data shaded relief. Klik sahaja pada menu Windows > Image Analysis. Kemudian klik butang shaded relief untuk menjana data hillshade. Mudah sahaja.


Bila dah ready data hillshade tu, susunkan agar ia dipaparkan di atas data anda (dalam kes saya, paparkan di atas data gunatanah). Oopps, nampak macam data hillshade saya tu dah tutup pula data gunatanah. Macamana nak buat tu??

Trick dia macam ni, saya jadikan pula data hillshade di atas tu sebagai transparent supaya data gunatanah saya yang di bawah tu boleh kelihatan. Caranya, buka Layer Properties untuk layer hillshade, klik tab Display dan taipkan peratus transparent yang dikehendaki.

Dalam contoh ini, saya menggunakan tahap transparent 60%.
Hasilnya adalah kombinasi data hillshade data gunatanah seperti peta di bawah. Menarik kan?

Hasil kombinasi data hillshade dan polygon gunatanah.
Selamat mencuba ...