Sunday 26 February 2017

Find/Replace Atribut Teks Menggunakan Field Calculator

Apa khabar pembaca SukaGIS semua? Kali ni admin akan kongsikan satu lagi tips yang mungkin berguna untuk anda. Kalau anda biasa guna Microsot Office, mesti anda familiar dengan tool Find/Replace dalam Microsoft Word kan, fungsinya untuk cari perkataan yang anda nak gantikan dengan perkataan lain secara auto. Tapi pernah tak anda ada kes yang sama, cuma kali ni teks yang anda nak gantikan tu melibatkan atribut yang disimpan dalam table. Contoh mcm kes atribut seperti di bawah ni.



Dalam contoh tu, katakan anda nak gantikan format atribut ID dari 111-222-333 kepada 111/222/333, maksudnya anda nak gantikan character “-“ kepada “/”. Contoh satu lagi, anda nak gantikan word “Sungai” kepada “S.”. Kalau data yang nak betulkan tu sikit, takde masalah. Tapi bayangkan kalau ada berpuluh or beratus rekod nak tukar. Takkan kena taip satu-satu kot.. jenuh tu. So macamana nak buat?

Di sini saya kongsikan satu tips. Gunakan kaedah Field Calculator bersama function Replace. Format function Replace ni adalah :-

Replace ([nama field], “teks yang anda nak cari”, “teks yang anda nak ganti”)

Contohnya, kalau saya nak cari teks “-“ dan gantikan kepada teks “/” yang disimpan dalam field ID, formatnya adalah :-

Replace ([ID], “-“, “/”)

Contoh lain, kalau saya nak cari teks “Sungai” dan gantikan kepada teks “S.” yang disimpan dalam field NAMA, formatnya adalah :-

Replace ([NAMA], “Sungai”, “S.”)

OK, dah faham format function Replace tu? Sekarang dekat celah mana pulak nak taip function Replace tu? Mula-mula paparkan dulu table anda dalam ArcMap. Contoh macam table saya paparkan di bawah ni. Table ni menunjukkan maklumat point industri serta nombor ID untuk setiap point. Sekarang ni saya nak tukarkan format ID tu dari “-“ kepada “/”.



Lepas paparkan table, kalau nak selamat, mulakan Start Editing dulu.. manalah tau kot-kot tersilap nanti, boleh Undo. Lepas Start Editing, buat proses berikut :-




Penerangan gambar :-
  1. ‘Right-click’ field yang mengandungi atribut teks yang anda nak tukarkan. Dalam contoh ni saya ‘right-click’ field ID, kemudian pilih Field Calculator…
  2. Dalam dialog Field Calculator, taip Replace ([ID], “-“, “/”)
  3. Klik OK.


Hasilnya seperti di bawah. Cuba perhatikan atribut dalam field ID tu, dah bertukar kan?



Senang je kan. Selamat mencuba.


Sunday 19 February 2017

Batch Geoprocessing

Bertemu kembali. Kali ni saya akan kongsikan topik berkenaan Batch Geoprocessing. Dalam ArcGIS, jika kita nak buat geoprocessing task, selalunya kita gunakan tool-tool dalam ArcToolBox. Contohnya, nak convert sistem koordinat kita guna tool Project, nak buat analisis zon penampan, kita guna tool Buffer, nak potong data ikut project area, kita guna tool Clip. Tapi anda perasan tak, kebanyakan tool geoprocessing ni, dia hanya accept 1 parameter input data saja. Kalau kita nak run gunakan lebih dari 1 input data, kita kena run berulang-ulang tool ni. Contohnya, cuba lihat dialog tool Clip di bawah ni.


Kalau anda perhatikan dalam dialog Clip tu, anda hanya boleh masukkan 1 layer saja kat ruangan Input Features. Kalau saya nak clip 4 layer contohnya, saya kena run tool Clip ni berulang-ulang sebanyak 4 kali. Contohnya kalau saya ada kes macam data di bawah ni.


Perhatikan saya ada 4 layer, Penempatan, Jalan, Sungai dan Mukim. Sekarang ni saya nak potong keempat-empat layer tu mengikut sempadan Project Area (sempadan kotak merah). Kalau saya nak run guna kaedah clip yang biasa, saya kena run tool Clip tu 4 kali, barulah saya akan dapat hasil seperti di bawah. Run Clip yg pertama, saya specify Input Features sebagai Penempatan, run Clip yg kedua saya specify Input Features sebagai Jalan dan begitulah seterusnya sampai complete keempat-empat layer.



Tapi di sini saya akan kongsikan 1 tips macamana nak dapatkan hasil tu dengan sekali run Clip sahaja. Caranya, gunakan kaedah batch. Follow steps berikut :-




Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, klik Analysis Tools > Extract dan right click Clip, pilih Batch… (Anda boleh pilih Batch ni utk semua tool dalam ArcToolbox, tak semestinya tool Clip sahaja)
  2. Dalam dialog Clip, masukkan layer yang pertama nak clip kat Input Features
  3. Setkan clip layer di ruangan Clip Features. Dalam contoh saya ni layer Project Area.
  4. Setkan nama output layer yang nak dihasilkan dalam ruangan Output Feature Class.
  5. Nak masukkan layer kedua, klik butang +
  6. Ulang semula proses dengan masukkan layer seterusnya.
  7. Klik OK.

Mungkin anda akan cakap… “aaah… sama je, takde beza pun… kena gak buat satu-satu, masuk ulang-ulang.. “. Tapi cuba anda bayangkan kalau setiap satu layer yang anda nak clip tu datanya besar, untuk satu proses clip setiap layer mungkin ambil masa lama. Bayangkan kalau dekat 10 layer nak buat clip. Kalau nak buat kaedah Clip biasa, anda kena tunggu dulu sampai selesai 1 proses, baru boleh proceed nak clip layer yang kedua. Tapi kalau cara batch ni, anda tak payah tunggu pun. Klik je OK, lepas tu boleh terus tinggal komputer, pergi la bancuh kopi ke, pi ngeteh ke. Balik dari ngeteh tengok-tengok proses pun dah selesai untuk semua layer. Kan lagi senang kalau macamtu, menjimatkan masa anda.

Selamat mencuba.

Thursday 9 February 2017

Buku SukaGIS

SukaGIS akan berada dalam buku tidak lama lagi.. mungkin dalam 2 bulan lagi. Boleh pre-order sesape yang berminat.. hehe

Banyak tips-tips tambahan yang tiada dalam blog yang boleh didapati dalam buku ni..