Wednesday 31 January 2018

Jom Daftar Kursus : Pengenalan ArcGIS Desktop






Anda tiada asas GIS tapi berminat nak belajar GIS? Atau dah tahu sikit-sikit GIS tapi kurang jelas macamana nak apply menggunakan ArcGIS Desktop? Atau anda student GIS yang mencari-cari kelas yang menyediakan latihan hands on tutorial ArcGIS yang komprehensif? Atau anda ingin tahu macamana GIS boleh membantu organisasi anda?

Kalau jawapannya YA, andalah orang yang kami cari. Jom daftar kursus Pengenalan ArcGIS Desktop ni. Tak lama, 2 hari je berkursus. Kursus ni sesuai untuk level Beginner, untuk anda yang belum ada asas atau pengalaman menggunakan GIS. Atau untuk anda yang mungkin dulu pernah guna GIS tapi dah lama tinggal dan nak refresh balik. Kursus akan dikendalikan oleh saya sendiri, penulis blog ni.

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR DALAM KURSUS NI?
1) Pengenalan GIS / Fungsi2 asas GIS
2) Memahami struktur data GIS (layer, spatial, atribut dll)
3) Penggunaan symbology pada layer
4) Prinsip asas sistem koordinat (Cassini, RSO, GDM2000, WGS84) dan penggunaannya dalam ArcGIS
5) Integrasi maklumat (Hyperlink / Join table / relate)
6) Carian Maklumat (Attribute Query / Spatial Query)
7) Asas penyuntingan data
8) Kaedah melaksanakan georeferencing
9) Merekabentuk peta
Setiap topik ada hands on. Laptop akan disediakan.

LOKASI KURSUS
Arena Rozzaq Training Centre
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam

TARIKH
17 – 18 April 2018
14 - 15 Mei 2018

YURAN PENDAFTARAN
Sektor awam/swasta : RM500 / peserta. Tapi kalau anda daftar 3 orang, dapat harga diskaun RM450/peserta.
Student IPTA/IPTS : RM400 / peserta.
Sekiranya anda berminat, hubungi 019 351 3770 atau boleh email ke azlansr@gmail.com

Sunday 28 January 2018

Bina Buku Peta Menggunakan Data Driven Pages

Pernah tak anda hadapi senario seperti berikut ni :-
  • Anda ada layer indeks, lembar atau blok projek dalam bentuk polygon.
  • Anda ada juga layer-layer lain di dalam lokasi layer indeks, lembar atau blok projek tadi.
  • Anda nak paparkan setiap layer-layer anda tu mengikut setiap indeks, lembar atau blok projek.
  • Atau anda nak print layer-layer tu dalam map berasingan mengikut setiap indeks, lembar atau blok projek.

Cuba lihat beberapa contoh map di bawah ni.

Paparan layer GIS bersama layer lembar Indeks

Paparan jajaran jalanraya bersama blok projek



Map yang saya tunjukkan tu menunjukkan layer GIS yang ditindihkan bersama layer indeks atau grid. Cuba lihat pula map yang dipaparkan di bawah ni.

Paparan layer GIS mengikut setiap Indeks

Map ni pula menunjukkan layer-layer GIS yang dipaparkan dalam setiap layer indeks tadi, 1 map 1 indeks. Kadangkala anda perlukan map sebegini untuk memudahkan anda fokus pada data-data dalam setiap indeks tertentu, untuk memudahkan anda present layer GIS anda mengikut setiap indeks, atau mungkin juga anda nak hasilkan buku peta yang mengandungi setiap layer di dalam setiap indeks.

OK, macamana cara paling mudah nak hasilkan map macam ni?? Jawapannya gunakan Data Driven Pages dalam ArcGIS 10. Kemudahan ni ada dalam version 10 je ye, dalam version 9 takde. Untuk nak gunakan Data Driven Pages ni taklah sesusah mana, cuma perlu 4 steps saja :-
  1. Tentukan layer Indeks yang anda nak gunakan.
  2. Tentukan extent Indeks yang nak dipaparkan.
  3. Masukkan dynamic text.
  4. Kalau nak buat untuk tujuan cetakan buku peta, export map tadi ke PDF.

Tentukan Layer Indeks
Ni step pertama yang anda perlu buat. Kalau takde layer Indeks, memang tak dapek la den nak nolong. Tapi sebelum tu, anda kena masukkan dulu toolbar Data Driven Pages dalam ArcMap.



Bila dah masukkan toolbar Data Driven Pages, barulah anda boleh setup layer Indeks menggunakan toolbar ni. Caranya seperti berikut :-


Penerangan gambar :-
  1. Kat toolbar Data Driven Pages tu, klik butang Data Driven Page Setup.
  2. Pada dialog Set Up Data Driven Pages, klik Enable Data Driven Pages
  3. Kalau dalam ArcMap anda ada lebih dari satu Data Frame, pilih Data Frame yang mengandungi layer Indeks.
  4. Pilih layer yang anda nak gunakan sebagai layer Indeks.
  5. Kebiasaannya layer Indeks mesti ada atribut ID yang menunjukkan ID indeks. Contoh kalau layer Indeks tu menunjukkan lembar peta, mesti ada atribut nombor lembar. So setkan field yang menyimpan atribut ID indeks ni di ruangan Name Field:.
  6. Pilih field yang anda nak gunakan untuk sort mukasurat peta anda. Kebiasaannya field ID indeks jugak.


Field-field yang lain tu optional, anda tak perlu isi pun takpe. OK lepas tu bolehlah anda pergi ke step berikut ni.

Tentukan Extent Indeks
Tadi anda dah set layer yang anda nak gunakan sebagai indeks. Bila anda nak paparkan layer-layer GIS dalam setiap indeks tu, mesti anda nak control juga kan skala atau jarak antara sempadan indeks dan margin frame yang dipaparkan. By default, ArcMap akan centerkan posisi grid anda tu dalam paparan Data View atau layout View, bergantung jenis View apa yang anda pilih.

Extent yang berbeza antara Layout View dan Data View
Jadi, seperti contoh gambar di atas ni, berbeza jenis View yang anda pilih, kemungkinan anda akan nampak extent yang berbeza, sebabnya Layout View akan ambil kira setting saiz Data Frame anda dalam Layout, Data View pulak ambil kira setting saiz window Data Frame anda dalam paparan ArcMap. Setting extent ni anda boleh kawal seperti step di bawah ni :-


Penerangan gambar :-
  1. Pada dialog Set Up Data Driven Pages, klik tab Extent.
  2. Terdapat tiga option untuk anda pilih. Dalam option Best Fit, anda boleh kawal jarak antara grid dan margin by percentage. Kalau anda nak kekalkan skala yang anda set pada Data Frame anda, guna option Center And Maintain Current Scale. Jika anda ada keperluan nak view grid Indeks tu mengikut skala berbeza-beza, anda kena masukkan dulu atribut skala dalam table layer Indeks dan gunakan field tu dalam option Data Driven Scale.
  3. Klik OK.

Masukkan Dynamic Text
Kebiasaannya bila anda nak cetak map yang ada layer Indeks ni, kat teks tajuk map tu mesti ada dinyatakan ID Indeks atau nombor Indeks. ID ni anda boleh jana secara automatik di atas peta yang anda nak hasilkan tu menggunakan Data Driven Pages. Terdapat beberapa pilihan teks yang anda boleh pilih dari menu Page Text dalam toolbar Data Driven Pages seperti contoh di bawah ni.



Contohnya, kalau anda pilih Data Driven Page Name sebagai Page Text, teks atribut dari Name Field yang anda set dalam ruangan Index Layer tadi akan dipaparkan dalam Layout anda.  Ingat ye, teks tu keluar kat dalam Layout View je. Kalau anda papar dalam Data View, jangan pulak tercari-cari teks tu, memang takde.

Dynamic Text barubah secara automatik mengikut page yang dipapar


Export Map ke PDF
Step ni anda buat kalau anda nak cetak map tadi. Kebiasaannya layer Indeks mengandungi banyak polygon ID Indeks, jadi akan ada banyak pages la map anda nanti sebab 1 ID Indeks akan jadi 1 page dalam buku peta anda. So kalau anda ada 100 polygon ID Indeks, maksudnya akan ada 100 page lah yang anda akan cetak. Untuk export, follow step berikut :-


Penerangan gambar :-
  1. Pada menu ArcMap, klik File > Export Map
  2. Pilih Save as type PDF.
  3. Klik tab Pages dan klik All untu cetak semua mukasurat.

Navigasi Peta Menggunakan Toolbar Data Driven Pages
OK, semua step tadi dah selesai anda buat. Selain dari nak buat peta buku, anda boleh juga gunakan toolbar Data Driven Pages ni untuk navigate peta anda dengan lebih mudah. Contohnya, anda boleh lompat dari satu page ke satu page dengan mudah untuk view data anda, semudah ABC. Contoh, kalau saya nak lompat ke ID Indeks 3758, saya taip saya 3758 dalam ruangan yang disediakan dalam toolbar Data Driven Pages seperti ditunjukkan dalam gambar bawah ni. Lepas tu tekan Enter dan map anda akan terus di zoom ke indeks yang anda taip tadi. Anda juga boleh guna button < dan > untuk lompat ke page sebelum dan page selepas. Kan senang tu.

Papar peta mengikut page dikehendaki menggunakan toolbar
Data Driven Pages
Harap topik yang dikongsi ni berguna untuk anda. Selamat mencuba.


p/s : Dapatkan buku SukaGIS Jilid1 dan Jilid2 untuk kupasan topik-topik menarik dan lebih terperinci.


Friday 26 January 2018

Bengkel GIS : Fungsi Asas GIS dan Penganalisaan Data

Alhamdulillah... selesai sudah 2 hari bengkel GIS yang telah saya kendalikan baru-baru ni di Shah Alam. Bengkel ni mengupas beberapa topik yang saya sentuh dalam buku SukaGIS Jilid1 dan Jilid 2. Hari pertama cover topik-topik asas dalam buku Jilid 1. Hari kedua pulak berkenaan data analysis yang terdapat dalam buku Jilid 2. 

Peserta yang hadir adalah :-


  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (3 peserta)
  • Kumpulan Ikram Sdn Bhd (3 peserta)
  • UPM (2 peserta)
  • UM (1 peserta)
  • UTHM (1 peserta)
  • UMP (1 peserta)
  • Private company (3 peserta)
Terima kasih pada semua yang telah hadir.







Tuesday 9 January 2018

Multipart dan Singlepart Feature

Pernah tak anda dapat situasi macam ni.. bila anda select satu feature dalam sesuatu layer, anda dapati ArcMap bukan hanya highlight satu feature yang anda select tu saja, tapi lebih dari satu feature. Lepas tu bila anda buka pulak table layer tu, anda dapati hanya satu record saja selected, padahal dalam map nampak lebih dari satu feature ArcMap highlight. Contoh macam gambar saya tunjukkan di bawah ni.


Dalam contoh tu, saya select polygon A, tapi polygon B, C, D, E dan F pun ArcMap highlight selected sekali. Bila saya buka pulak table polygon tu, satu record saja selected. Padahal kalau ikut logik, polygon A, B, C, D, E dan F semuanya 6 polygon. Jadi sepatutnya 6 record selected la kan? Memandai pulak ArcMap ni select 1 record je. Kenapa jadi macam tu? Haaa… tipah tertipu… feature macam ni dipanggil multipart feature. Seolah-olah beberapa feature digroupkan jadi satu, dalam contoh ni seolah-olah 6 polygon digroupkan jadi 1 polygon. Kadangkala multipart feature ni berguna juga, contohnya untuk kurangkan jumlah record dalam table sekiranya data anda tu besar sangat saiz. Boleh jadi juga multipart ni untuk anda gabungkan beberapa feature sekiranya mempunyai atribut yang sama, contohnya Pulau Langkawi yang mempunyai pulau-pulau kecil disekeliling, tapi kesemuanya mempunyai atribut DAERAH = Langkawi.


Tapi kadangkala kan, ada sesetengah kes tak sesuai pulak kalau kita gabungkan beberapa feature menjadi satu feature. Contoh katakan anda nak klik setiap polygon tadi dan nak tahu pulak berapa keluasan polygon tu. Kalau anda rujuk balik gambar polygon A, B, C, D, E dan F yang saya tunjukkan kat atas tadi, anda dapati dalam table tu ada maklumat keluasan disimpan dalam field Shape_Area. Tapi keluasan yang ditunjukkan tu mewakili jumlah luas kesemua polygon, sebab semua dah digroupkan jadi satu polygon. Macamana pulak kalau saya nak tahu polygon A luas berapa, polygon B luas berapa?? Dalam kes macam ni, anda kena ungroupkan semula polygon tu menjadi polygon-polygon berasingan. Bila anda dah ungroup, feature polygon ni dipanggil singlepart feature. Itulah maksud multipart dan singlepart.

OK.. macamana nak convert multipart feature jadi singlepart feature. Ada dua cara, bergantung pada keadaan bersesuaian. 

1) Explode Multipart Feature Tool

Cara pertama, guna tool Explode Multipart Feature. Bila masa sesuai guna tool ni? OK sendiri tanya sendiri jawab..kehkeh. Tool ni sesuai anda guna kalau feature yang anda nak ungroup tu tak banyak atau anda dah kenalpasti yang mana satu feature multipart yang anda nak convertkan ke singlepart. Tool ni anda kena guna dalam editing mode, maknanya kena buat proses Start Editing dulu le. Satu lagi, tool ni letak dalam toolbar Advanced Editing. So kena masukkan dulu toolbar tu.

Bila dah start edit, follow step kat bawah ni.

Penerangan gambar :-
  1. Untuk select feature, klik tool Edit Tool pada Editor Toolbar, kemudian klik kat feature yang anda nak tukar ke singlepart.
  2. Setelah feature tu ArcMap highlight, klik tool Explode Multipart Feature.


Anda akan dapati setiap polygon tadi akan menjadi polygon berasingan (tak semestinya polygon je, boleh juga untuk line dan point). Dalam contoh ni, setelah saya klik tool Explode Multipart Feature, saya dapati dalam table polygon tadi dah jadi 6 record bermaksud 6 polygon berasingan dan setiap record tu pulak menunjukkan maklumat keluasan setiap polygon dalam field Shape_Area.



2) Geoprocessing Tool : Multipart To Singlepart

Kalau anda rasa dalam layer anda tu ada banyak multipart feature dan anda sendiri tak pasti di mana lokasi multipat feature tu, cara yang paling mudah, run je tool Multipart To Singlepart dalam ArcToolbox. Cuma bezanya, cari ni akan hasilkan output layer yang baru yang akan mengandungi semua single part feature. Caranya seperti berikut ni.




Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, klik Data Management Tools > Features > Multipart To Singlepart
  2. Kat ruangan Input Features, pilih layer yang anda nak convert ke singlepart.
  3. Namakan output layer.
  4. Klik OK.


Itulah dua kaedah nak tukar multipart ke singlepart feature yang saya nak kongsikan. Amacam, dah faham sekarang? Harap topik ni dapat membantu anda. Untuk anda yang berminat nak beli buku tutorial ArcGIS, dapatkan buku SukaGIS Jilid1 dan Jilid2 sementara stok masih ada.. :) 

Jumpa lagi….

Sunday 7 January 2018

Buku SukaGIS Jilid 2 .. Macam-macam Ada......

Rasa-rasa masa dalam kelas teori ArcGIS dulu macam dah faham apa yang trainer ajar, tapi bila time nak hands-on nak buat kerja, nak buat projek ni.. mcm stuck plak. Blur pun ada, tak sure nak start kat mana dulu. Nak cari bahan rujukan pun tak banyak yang ada berkonsep tutorial. Kalau ada pun banyak rujukan oversea. Sample2 data pun banyak yang oversea punya. Hmm mesti anda pernah hadapi situasi ni kan?

Haa..jangan risau.. buku SukaGIS boleh membantu. Buku ni berkonsep tutorial, mudah faham, buku dalam BM penuh dengan gambarajah2 dan step2 untuk anda follow. Dalam buku Jilid2 ni ada pelbagai topik menarik. 

Keliru tentang overlay nak guna intersect atau union? Dalam buku ni ada jawapannya. Nak belajar create data 3D TIN? Nak belajar berkenaan hydrology modeling? Nak faham konsep suitability modeling? Dalam buku ni ada jawapannya. Anda ada data LIDAR dan tak pasti macamana nk simpan data tu dalam ArcGIS? Ada gak jawapannya dalam buku ni. Anda selalu buat kerja2 dalam AutoCAD tapi ada keperluan nak convert ke format GIS? Pun ada cerita dalam buku ni. Ehh macam2 laa ada dalam buku ni. Rugi kalau tak dapatkan sekarang.

Harga murah je, RM50 Semenanjung, RM52 Sabah/Sarawak (termasuk postage). Kami juga terima bayaran dalam LO. Untuk maklumat lanjut, hubungi 0193513770 atau email azlansr@gmail.com. Utk area putrajaya, cyberjaya boleh hubungi agen kami 0142954468.

p/s : Anda juga boleh dapatkan buku SukaGIS Jilid1 merangkumi topik2 asas GIS.








Kursus ArcGIS : Penganalisaan Data

Ingin attend kursus ArcGIS tapi jadual anda terlalu ketat? Jom daftar Kursus Pantas GIS ni.. hanya satu hari saja. Kursus ni berkaitan dengan gis analysis dan topik-topik dikupas dari buku SukaGIS Jilid 2. Antara topik yang akan dibincangkan ialah :-

- Geoprocessing Overlay
- Permodelan Hidrologi (Hydrological Modeling)
- Analisis Model Kesesuaian (Suitability Analysis)
- Pemetaan Dataran Banjir (Floodplain Mapping)
- Analisis Kecerunan (Slope Analysis)

Butiran terperinci kursus seperti berikut :-
Tarikh : 24 Januari 2018
Lokasi : Arena Rozzaq Training Centre
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam
9am – 5pm
Yuran penyertaan : RM250 seorang. (Dah diskaun ni.. harga biasa RM300 seorang :) )

Apa yang anda akan dapat dari kursus ni?
1) Pemahaman lebih jelas tentang topik-topik yang dibincangkan dalam buku SukaGIS Jilid2.
2) Dataset tutorial yang digunakan dalam buku SukaGIS Jilid2.
3) Buku SukaGIS Jilid2 setiap seorang… wow…
4) Anda juga akan dapat support wasap dan email dari penulis buku SukaGIS sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan ArcGIS Desktop selepas ini. Wah… best tu.
So apa lagi.. klik link di bawah ni untuk pendaftaran. Cepat sebelum melepas. :)


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193513770 atau email azlansr@gmail.com




Kursus ArcGIS : Fungsi Asas GIS

Ingin attend kursus asas GIS tapi jadual anda terlalu ketat? Jom daftar Kursus Pantas GIS ni.. hanya satu hari je. Kursus ni berkaitan dengan fungsi-fungsi asas GIS dan topik-topik dikupas dari buku SukaGIS Jilid 1. Antara topik yang dipilih ialah :-
- Asas Sistem Koordinat
- Georeferencing
- Integrasi Maklumat (Join / Relate)
- Carian Maklumat (Query)
- Hyperlink

Butiran terperinci kursus seperti berikut :-
Tarikh : 23 Januari 2018
Lokasi : Arena Rozzaq Training Centre
Laman Seri Business Park
Seksyen 13 Shah Alam
9am – 5pm
Yuran penyertaan : RM250 seorang. (Dah diskaun ni.. harga biasa RM300 seorang  :) )

Apa yang anda akan dapat dari kursus ni?
1) Pemahaman lebih jelas tentang topik-topik yang dibincangkan dalam buku SukaGIS Jilid1, lebih-lebih lagi bab sistem koordinat tu, ramai betul yang konpius macamana nak tukar sistem koordinat bagai.
2) Dataset tutorial yang digunakan dalam buku SukaGIS Jilid1.
3) Buku SukaGIS Jilid1 setiap seorang… wow…
4) Anda juga akan dapat support wasap dan email dari penulis buku SukaGIS sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan ArcGIS Desktop selepas ini. Wah… best tu.
So apa lagi.. klik link di bawah ni untuk pendaftaran. Cepat sebelum melepas.   :)


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193513770 atau email azlansr@gmail.com