Monday 27 August 2018

Customize Toolbox Anda

ArcToolbox adalah salah satu framework yang disediakan dalam environment ArcGIS untuk buat geoprocessing task. Kalau anda biasa gunakan ArcToolbox ni, mesti tau kan dalam tu ada macam-macam toolbox dan tools yang kita boleh guna untuk data processing, analisis dan macam-macam lagi. Walaupun ada macam-macam tool, tapi kebiasaannya bukan semua tool pun yang kita selalu pakai. Mungkin hanya beberapa tool saja yang kita kerap guna untuk buat kerja seharian. Kadang-kadang tu, disebabkan banyak sangat tool, kita tak ingat tool yang kita nak guna tu duduk dalam toolbox yang mana satu… almaklumlah guna tool pun sekali sekala je.

Cuba lihat contoh kedudukan tool macam gambar di bawah ni.


Dalam contoh di atas, katakan saya kerap gunakan tool Clip, Buffer, Append dan Slope dalam kerja harian saya. Untuk gunakan keempat-empat tool tu, saya perlu cari dalam toolbox Analysis Tools, Data Management Tools dan Spatial Analyst Tools. Walaupun kalau tak ingat kedudukan tool, kita boleh gunakan kaedah Search tool dalam Search Window, tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk groupkan kesemua tool yang kita kerap guna, secara tak langsung nak cari tool-tool tu pun lebih cepat.

Contoh Search Window yang anda boleh gunakan untuk search tool.


OK… sekarang saya akan tunjukkan macamana kita nak customize toolbox kita supaya semua tool yang kerap kita gunakan tu dikumpulkan dalam satu toolbox. Mula-mula, create dulu satu toolbox seperti step di bawah ni.


Penerangan gambar :-
  1. Right click folder di mana anda nak create toolbox dan pilih New > Toolbox.
  2. Namakan toolbox yang baru dibina tadi. Dalam contoh ni, saya namakan toolbox sebagai My_Toolbox.

Setelah anda create toolbox tadi, Copy saja tool-tool yang anda nak kumpulkan dan Paste ke dalam toolbox anda create tadi, seperti contoh step di bawah ni.



Penerangan gambar :-
  1. Right click tool yang anda nak kumpulkan dan pilih Copy,
  2. Right click toolbox yang anda baru bina dan pilih Paste.
  3. Anda akan dapati tool tadi dah wujud dalam toolbox yang anda baru create tadi.


Setelah saya copy keempat-empat tool tadi, toolbox saya akan kelihatan seperti di bawah ni :-


So lepas ni senang le, kalau saya nak guna tool Append, Buffer, Clip dan Slope, saya cari je tool tu dalam toolbox saya ni. Tak perlu saya tercari-cari dalam toolbox yang berlainan, so menjimatkan masa dan toolbox saya pun nampak lebih simple dan mudah, hanya fokus pada tool-tool yang saya selalu guna je dalam senarai toolbox.

Senang je kan? Selamat mencuba.

ps : Dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2, buku tutorial ArcGIS Desktop terhangat di pasaran. Jika anda ingin lihat macamana isi kandungan buku ni, klik link ni utk preview buku.

Thursday 23 August 2018

Cara Mudah Membina Sempadan Inset Map


Untuk topik kali ni, saya akan kongsikan cara mudah bagaimana kalau anda nak bina sempadan inset map. Sebelum tu, tau tak apa makna inset map ni. Mungkin anda dah pernah buat inset map ni, cuma tak perasan map tu dipanggil inset map. Cuba lihat contoh-contoh map di bawah ni…



Kalau dilihat dalam contoh map tu, ada satu map besar atau kita panggil main map dan kemudian ada satu map kecil yang menunjukkan samada :-
  • kandungan detail kawasan yang di zoom in dari main map pada paparan skala besar (peta A) atau
  • lokasi spesifik kawasan yang dipaparkan di main map pada paparan skala kecil (peta B).


Map kecil ni lah yang dipanggil sebagai inset map. Tak kiralah samada inset map ni menunjukkan samada maksud peta A atau peta B di atas, tapi kalau anda lihat dalam salah satu map, mesti ada paparan sempadan kotak yang menunjukkan kawasan yang ingin di highlight.

Dulu2 masa nak buat sempadan kotak ni, saya sketch manually guna Drawing Tools dalam ArcMap. Rupa-rupanya, laaaa… ada kaedah auto untuk generate kotak ni dalam ArcMap. Gunakan Extent Indicators dalam Data Frame Properties. Kalau anda tak tahu Data Frame tu apa, rujuk ebook percuma saya tajuk “Mengenali Antaramuka ArcMap” di link sini. Sempadan kotak yang dijana pun akan lebih tepat berbanding kalau kita sketch manually. Cuba lihat contoh peta di bawah. Map besar menunjukkan Lembangan Sungai Terengganu. Sekarang saya nak paparkan di manakah lokasi lembangan tu di ruangan inset map peta Semenanjung.

Tiada sempadan kotak dalam inset map

Untuk create sempadan kotak dalam inset map tu, saya gunakan cara berikut ni :-






Penerangan gambar :-
  1. Right click Data Frame inset map dan pilih Properties… Dalam contoh ni, nama Data Frame inset map saya ialah Semenanjung.
  2. Klik tab Extent Indicators
  3. Klik nama Data Frame untuk main map. Dalam contoh ni, nama Data Frame main map saya ialah Lembangan Terengganu.
  4. Klik butang >>
  5. Untuk bina sempadan bentuk kotak, klik Use simple extent
  6. Klik OK.


Hasilnya, sempadan kotak menunjukkan lokasi data yang saya paparkan di main map akan dipaparkan dalam inset map. Kan mudah tu… :)

Sempadan kotak dibina secara auto dalam inset map

Dan yang bagusnya, kalau anda ubah extent di main map, contoh anda zoom in, zoom out atau pan kiri kanan, sempadan kotak di inset map juga akan berubah secara auto dan dinamik megikut perubahan extent di main map.

Perhatikan kedudukan dan skala sempadan kotak berubah-ubah
mengikut perubahan extent pada main map

Selamat mencuba.

p/s : Untuk anda yang berminat mendapatkan buku Tutorial ArcGIS Desktop, dapatkan buku SukaGIS Jilid 1 dan Jilid 2. Klik link berikut untuk info lanjut :-
Info Jilid 1
Info Jilid 2

Thursday 9 August 2018

Kursus Lanjutan GIS 8-9 Ogos

Hari ni selesai sudah kursus lanjutan GIS saya kendalikan di Shah Alam. Kursus ni dalam kategori level Advanced. Ada beberapa topik dalam buku SukaGIS Jilid 2 yang disentuh dalam kursus ni. Tapi kali ni peserta tak ramai, ada dua orang saja mendaftar... ada yang cancel tak dapat hadir kerana kekangan tertentu. Yang hadir adalah seorang student PHD dari UTM dan seorang student yang baru grade degree dari UIA.

Semoga ilmu yang dikongsi dalan kursus ini dapat membantu anda yang hadir.






Kursus Asas GIS 6-7 Ogos

Baru-baru ni kursus asas GIS telah dijalankan di Laman Seri Business Park Shah Alam. Seramai 7 peserta telah mendaftar terdiri dari :-
  1. Bahagian Bekalan Air (3 peserta)
  2. UKM (1 peserta)
  3. JKR Geoteknik (1 peserta)
  4. MBSA (1 peserta)
  5. Syarikat Perunding (1 peserta)
Semua peserta diberikan buku SukaGIS Jilid 1 secara percuma. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk peserta semua.