Monday, 15 September 2025

eBook QGIS.... Unjuran Peta dan Sistem Koordinat

Dapatkan eBook QGIS format PDF topik Unjuran Peta dan Sistem Koordinat di Shopee melalui link ini. Harga RM5 sahaja.. Mengandungi 27 mukasurat berwarna merangkumi nota ringkas dan latihan alami. Terdapat 2 topik dalam eBook ini :-

  1. Pengenalan Penggunaan Perisian QGIS versi 3.44
  2. Unjuran Peta dan Sistem Koordinat

Dalam eBook ini, anda akan mempelajari senarai sistem koordinat yang lazim digunakan di Malaysia, prinsip On The Fly Projection, kaedah melaksanakan georeferencing pada imej raster dan juga bagaimana menetapkan sistem koordinat pada sesuatu data. QRCode untuk download dataset tutorial juga disediakan. 








Tuesday, 26 August 2025

Clip Layers di dalam Map Properties ArcGIS Pro

Clip adalah satu fungsi di dalam GIS yang akan memotong data anda mengikut bentuk polygon yang mewakili Clip Layer. Gambarannya seperti rajah di bawah ni :-


Contohnya, jika INPUT tu mewakili layer gunatanah, CLIP FEATURE tu mewakili sempadan Lembangan Sungai Klang, OUTPUT yang terhasil adalah gunatanah di dalam Lembangan Sungai Klang. Jika anda menggunakan tool Geoprocessing CLIP, satu layer yang baru akan terhasil sebagai output. Lazimnya penghasilan output layer yang baru menjadi keperluan jika kita ingin menggunakan output tersebut untuk proses analisis seterusnya atau output layer tersebut perlu diserahkan kepada pengguna lain.

Kadangkala mungkin timbul keperluan untuk anda clip keseluruhan layer di dalam paparan map secara visual sahaja tanpa perlu menjana sebagai output layer yang baru. Contohnya anda ingin membina satu map yang hanya highlight keseluruhan layer di dalam sesuatu kawasan sempadan sahaja. Contohnya seperti gambar di bawah ni :-


Ada ke cara nak buat map mcm ni tanpa perlu hasilkan output data yang baru? Jawapannya ada… guna je kaedah Clip Layers dalam Map Properties.  Sebelum tu lihat contoh map kat bawah ni. Map ni ada Sempadan KL dan juga Online Imagery Basemap.


Katakan saya nak paparkan Online Imagery Basemap di dalam Sempadan KL saja. Caranya mudah je. Follow je step berikut :-




Penerangan gambar :-

  1. Right click nama Map anda dan pilih Properties (atau double click nama Map)
  2. Pilih tab Clip Layers
  3. Pilih Clip to an outline
  4. Oleh kerana saya nak papar semua layer yang di dalam sempadan mukim KL sahaja, saya pilih layer Mukim
  5. Klik Apply

Apabila anda klik je Apply, paparan seperti berikut muncul.


  1. Anda ada pilihan untuk kecualikan layer yang anda tak mahu clip
  2. Anda boleh set simbol sempadan, warna dan juga ketebalan garis sempadan
  3. Klik OK

Perhatikan perubahan paparan peta saya seperti di bawah. Bandingkan dengan paparan peta sebelum ini. Layer Online Imagery Basemap dan lain-lain layer hanya dipaparkan di dalam kawasan sempadan mukim KL sahaja. Paparan layer ini dihasilkan tanpa perlu menjana output data yang baru.


Anda juga boleh hasilkan paparan clip pada polygon mukim yang anda kehendaki sahaja. Contohnya, jika saya nak clip semua layer dalam polygon mukim Setapak saja, saya akan buat step berikut :-



Penerangan gambar :-

  1. Klik butang Select
  2. Klik polygon mukim Setapak
  3. Pada ruangan layer mukim, klik butang Selected features
  4. Klik Apply
  5. Klik OK.

Perhatikan peta yang dihasilkan seperti di bawah..


Mudah saja kan? Anda boleh menghasilkan peta dengan pantas tanpa perlu membuat processing untuk menghasilkan data baru.

Tuesday, 12 August 2025

Kursus GIS Sept & Okt 2025

Mencari-cari kursus GIS? Jom daftar kursus GIS yang akan dijalankan pada Sept dan Okt ni. 

Kursus : Pengenalan Analisis Spatial

  • Tarikh : 9 - 10 Sept 2025
  • Yuran : RM900/pax

Kursus : Kursus Asas GIS - Pengenalan ArcGIS Pro

  • Tarikh : 1 - 2 Okt 2025
  • Yuran : RM750/pax

Lokasi kedua-dua kursus di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Silibus kursus seperti dinyatakan dalam gambar di bawah.

Moh kita pakat-pakat pi daftar kursus 😊







Download Tutorial Percuma Bersama Sample Dataset

Ingin mencuba nota modul Kursus GIS dari SukaGIS? Jom download contoh satu topik dari modul kursus kami ni. Jika anda download link ni anda akan dapat 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗼𝘁𝗮 𝘁𝘂𝘁𝗼𝗿𝗶𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗗𝗙 + 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗹𝗲 𝗱𝗮𝘁𝗮 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 untuk anda cuba. Tutorial yang penuh dengan informasi bergambar dan step2 arahan yang mudah difahami, menggunakan perisian ArcGIS Pro.

Jika anda berminat mencuba tutorial seterusnya, bolehlah join Kursus GIS - Pengenalan Analisis Spatial yang akan dijalankan pada 9-10 Sept ni. Info lanjut kursus boleh didapati di page FB SukaGIS. OK klik link sini utk download ....






Sunday, 22 September 2024

Kursus Asas GIS : 23 - 24 Oktober 2024

 Salam sejahtera... 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗚𝗜𝗦 akan repeat lagi 𝟮𝟯-𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 ni. Jika anda :-

  • Baru nak kenal2 GIS
  • Zero knowledge GIS
  • Nak explore guna ArcGIS Pro Desktop
  • Nak kena produce map utk reporting etc

Anda mmg sesuai attend kursus ni. Jom cepat daftar sebelum terlambat. Tarikh tutup pendaftaran 16 Okt 2024. Silibus dan yuran kursus seperti di brochure yang dilampirkan ni.

Berminat... hubungi 019-351 3770 untuk info lanjut. Jom kursus



Kursus Advanced GIS - Analisis dan Pengurusan Data

Salam sejahtera semua. 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗔𝗱𝘃𝗮𝗻𝗰𝗲𝗱 𝗚𝗜𝗦 - 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗮 dan diadakan semula pada 𝟲 - 𝟳 𝗡𝗼𝘃 𝟮𝟬𝟮𝟰 ni. Jika anda ingin mempelajari kaedah :-

  • Membina slope map
  • Mencari keluasan slope class
  • Membina water flow direction map
  • Membina interpolation map
  • Mengintegrasi jadual data
  • Melaksanakan suitability analysis
  • Melaksanakan QAQC data spatial/atribut
  • dan macam2 lagi.....

Inilah kursus yang anda cari. Jom daftar kursus ni. 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗿𝗼𝗰𝗵𝘂𝗿𝗲. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 019-351 3770.

#sukagis #jomkursus










Tuesday, 20 August 2024

Kursus GIS Sept 2024

Jom join Kursus GIS bersama SukaGIS September ni. 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐆𝐈𝐒 (𝟏𝟏-𝟏𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭) dan 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐀𝐝𝐯𝐚𝐧𝐜𝐞𝐝 𝐆𝐈𝐒 (𝟏𝟖-𝟏𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭). Jangan tunggu lama2, nanti lama2 seat diambil orang 🎵🎵🙂. Untuk info lanjut boleh contact/wasap 019-351 3770.

#jomkursus #sukagis #KongsiIlmu