Tuesday, 26 August 2025

Clip Layers di dalam Map Properties ArcGIS Pro

Clip adalah satu fungsi di dalam GIS yang akan memotong data anda mengikut bentuk polygon yang mewakili Clip Layer. Gambarannya seperti rajah di bawah ni :-


Contohnya, jika INPUT tu mewakili layer gunatanah, CLIP FEATURE tu mewakili sempadan Lembangan Sungai Klang, OUTPUT yang terhasil adalah gunatanah di dalam Lembangan Sungai Klang. Jika anda menggunakan tool Geoprocessing CLIP, satu layer yang baru akan terhasil sebagai output. Lazimnya penghasilan output layer yang baru menjadi keperluan jika kita ingin menggunakan output tersebut untuk proses analisis seterusnya atau output layer tersebut perlu diserahkan kepada pengguna lain.

Kadangkala mungkin timbul keperluan untuk anda clip keseluruhan layer di dalam paparan map secara visual sahaja tanpa perlu menjana sebagai output layer yang baru. Contohnya anda ingin membina satu map yang hanya highlight keseluruhan layer di dalam sesuatu kawasan sempadan sahaja. Contohnya seperti gambar di bawah ni :-


Ada ke cara nak buat map mcm ni tanpa perlu hasilkan output data yang baru? Jawapannya ada… guna je kaedah Clip Layers dalam Map Properties.  Sebelum tu lihat contoh map kat bawah ni. Map ni ada Sempadan KL dan juga Online Imagery Basemap.


Katakan saya nak paparkan Online Imagery Basemap di dalam Sempadan KL saja. Caranya mudah je. Follow je step berikut :-




Penerangan gambar :-

  1. Right click nama Map anda dan pilih Properties (atau double click nama Map)
  2. Pilih tab Clip Layers
  3. Pilih Clip to an outline
  4. Oleh kerana saya nak papar semua layer yang di dalam sempadan mukim KL sahaja, saya pilih layer Mukim
  5. Klik Apply

Apabila anda klik je Apply, paparan seperti berikut muncul.


  1. Anda ada pilihan untuk kecualikan layer yang anda tak mahu clip
  2. Anda boleh set simbol sempadan, warna dan juga ketebalan garis sempadan
  3. Klik OK

Perhatikan perubahan paparan peta saya seperti di bawah. Bandingkan dengan paparan peta sebelum ini. Layer Online Imagery Basemap dan lain-lain layer hanya dipaparkan di dalam kawasan sempadan mukim KL sahaja. Paparan layer ini dihasilkan tanpa perlu menjana output data yang baru.


Anda juga boleh hasilkan paparan clip pada polygon mukim yang anda kehendaki sahaja. Contohnya, jika saya nak clip semua layer dalam polygon mukim Setapak saja, saya akan buat step berikut :-



Penerangan gambar :-

  1. Klik butang Select
  2. Klik polygon mukim Setapak
  3. Pada ruangan layer mukim, klik butang Selected features
  4. Klik Apply
  5. Klik OK.

Perhatikan peta yang dihasilkan seperti di bawah..


Mudah saja kan? Anda boleh menghasilkan peta dengan pantas tanpa perlu membuat processing untuk menghasilkan data baru.

No comments:

Post a Comment