Saturday, 18 May 2013

Analisis Buffer


Kali ini kita akan bincangkan analisis yang agak popular di dalam GIS iaitu analisis Buffer.  Apa fungsi analisis Buffer ni. OK... katakan saya ingin menjana zon kawasan seperti  kes-kes berikut :-

  1. Katakan di dalam garis panduan perancangan pembangunan kawasan bukit, telah disyaratkan projek pembangunan tidak boleh dilaksanakan di dalam zon sekitar 200m dari kaki cerun.
  2. Sebagai pegawai kesihatan, saya ingin mendapatkan senarai rumah di sekitar zon 100m dari lokasi kes wabak denggi.
  3. Di dalam projek penglebaran jalan, lot tanah manakah yang akan terlibat apabila pengambilan tanah sekitar 20m di kiri kanan bahu jalan dilaksanakan.




Jika dilihat dari contoh-contoh tadi, data utama yang ingin dihasilkan ialah polygon zon kawasan mengikut jarak tertentu. Disinilah analisis Buffer boleh digunakan. Buffer akan menghasilkan output data polygon mengikut jarak yang kita tentukan. Data input untuk Buffer pula boleh terdiri samada point, line atau polygon. Seperti contoh di atas, sekiranya lokasi kes denggi di dalam data saya dalam bentuk point, output yang akan dihasilkan ialah polygon sekitar 100m dari point kes tersebut. Untuk kes penglebaran jalan pula, sekiranya data jalan saya dalam polyline, output yang dihasilkan ialah polygon zon 20m di kiri kanan jalan.

Input Buffer boleh terdiri dari point, line atau polygon.
Output yang dihasilkan sentiasa polygon.


Pada kebiasaannya, output dari analisis Buffer ini akan digunakan sebagai input untuk analisis berikutnya. Sebagai contoh, output dari zon buffer 20m dikiri kanan jalan akan digunakan sebagai input untuk analisis Clip bagi mendapatkan lot tanah di dalam zon terlibat.

Output zon Buffer digunakan sebagai input untuk analisis berikutnya.


OK... sekarang macamana nak buat analisis Buffer ni? Dalam ArcGIS, anda boleh run analisis Buffer ni samada melalui menu Geoprocessing dalam ArcMap ataupun di dalam ArcToolbox.



Sekarang katakan saya nak bina zon 20m di kiri kanan jalan bersimbol warna merah seperti di bawah ni ..



Bila anda klik je Buffer, window di bawah akan dipaparkan. Follow step berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Untuk Input Features, masukkan input layer yang ingin anda buffer. Dalam contoh ni saya nak buffer jalan.
  2. Bina output featureclass. Anda boleh pilih samada nak bina zon sebagai layer geodatabase atau shapefile.
  3. Masukkan jarak zon yang anda kehendaki.
  4. Pastikan unit jarak bersesuaian dengan jarak yang telah anda masukkan.
  5. Klik OK.

Hasilnya adalah seperti di bawah :-



Seterusnya anda bolehlah gunakan tool CLIP untuk mendapatkan lot terlibat di dalam zon 20m tu. Sekiranya anda ingin mendapatkan keluasan yang terlibat untuk setiap lot di dalam zon, cara yang paling mudah ialah savekan hasil output analisis CLIP anda sebagai layer geodatabase. Hasilnya seperti di bawah :-

Senarai lot bersama keluasan terlibat di dalam zon.

Untuk Kak Bunga...Selamat mencuba ye... :)



5 comments:

  1. Heheheh...waaa TQ..akan dipraktikkan kat opis nanti..

    ReplyDelete
  2. Akhirnya posting terbaru telah muncul...setelah lama berehat...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk sikit skarang join projek GDAS..huhu

      Delete
  3. Replies
    1. CLIP tu hanya utk nak dapatkan part lot yang masuk dalam zon buffer

      Delete