Friday 19 July 2013

Hyperlink

Pernahkan anda terfikir nak link data GIS anda dengan dokumen, gambar foto dan lain-lain? Contohnya bila klik je kat point kilang, kita nak gambar kilang tu keluar kat map. Atau bila klik kat kawasan pelancongan, run promo video file tentang kawasan pelancongan tu. Ataupun mungkin bila klik kat lokasi projek, anda nak paparkan report berkenaan projek dalam Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya.



Kalau nak buat macam tu, senang je.. gunakan kaedah Hyperlink. Hyperlink ni membolehkan kita access dokumen atau URL website yang berkaitan dengan sesuatu feature. Ada tiga jenis hyperlink :

  1. Dokumen - bila kita klik kat feature, dokumen akan dipapar.. contohnya dokumen excel, PDF, foto, fail video dan lain-lain.
  2. URL - bila kita klik kat feature, website akan dipapar pada default Browser.
  3. Sript - bila kita klik feature, data feature tu akan di pass pada script. So kaedah ni anda kena pandai tulis programming script ler. Ada dua script yang hyperlink support iaitu JScript atau VBScript.


Saya akan tunjukkan kaedah 1, linkkan gambar foto kepada feature. Mula-mula, gunakan tool Identify dan klik pada feature yang anda nak setkan gambar foto tu. Dalam contoh ni, saya akan linkkan foto kilang kepada feature point kilang.



Penerangan gambar :-
  1. Klik tool Identify
  2. Klik pada feature yang nak di linkkan.
  3. Identify result akan dipapar

Seterusya dengan menggunakan window identify result tu, anda bolehlah link kepada dokumen yang anda kehendaki dengan cara right click di dalam ruangan result seperti gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik pada lokasi anak panah yang dipaparkan dalam gambar.
  2. Pilih Add Hyperlink...
  3. Klik butang ...
  4. Pilih gambar yang anda kehendaki.

OK.. sekarang anda dah set gambar kat point kilang yang anda klik tadi. Sekarang, macamana pula nak keluarkan gambar tu. Untuk keluarkan gambar tu, anda perlu klik point kilang tu menggunakan tool Hyperlink. Kedudukan tool Hyperlink adalah bersebelahan dengan tool Identify seperti gambar di bawah ni.



Setelah klik tool Hyperlink, klik pada point kilang tadi. Tadaaaa... hasilnya seperti gambar di bawah.


Selain guna teknik tool Identify, terdapat satu lagi kaedah Hyperlink yang dipanggil Hyperlink Field. Kaedah ni menggunakan field yang anda define dalam table. Cara nak buat guna teknik Hyperlink Field ni ada saya terangkan dalam buku "SukaGIS - Seronoknya Belajar ArcGIS Jilid 1".

Selamat mencuba :)


1 comment: