Sunday, 15 September 2013

Zoom Menggunakan Teknik Spatial Bookmark

Kali ni kita belajar tentang topik Spatial Bookmark. Saya rasa kalau anda memang kaki browse internet, tentu anda familiar dengan konsep bookmark kan? Contohnya anda buka satu website, kemudian anda rasa website tu menarik dan anda nak rujuk semula website tu pada masa akan datang. Selalunya apa yang anda buat, anda tak taip semula URL alamat website tu kan..  apa yang anda buat selalunya anda klik butang Save Bookmark kat browser anda. Jadi next time kalau anda nak buka balik website tu, anda rujuk je kat ruangan senarai bookmark kat website anda.

Contoh save bookmark Suka GIS menggunakan
browser Google Chrome


So.. apa pula beza dengan spatial bookmark? Konsepnya sama, cuma bezanya spatial bookmark akan save extent data yang anda paparkan di ArcMap. Jadi anda boleh rujuk semula lokasi extent tu dengan mudah tanpa perlu buat proses pan, zoom in, zoom out etc. Teknik bookmark ni juga boleh menjimatkan masa anda sebab anda tak perlu tercari-cari zoom pada kawasan yang anda nak paparkan terutamanya kalau data anda tu banyak dan padat. Contohnya katakan data anda merangkumi satu KL tetapi kajian kes anda tertumpu pada dua lokasi seperti di bawah.



Untuk memudahkan anda rujuk pada lokasi kedua2 kajian kes tu, savekan saja extent lokasi tu ke dalam bookmark. Caranya mudah je, katakan sekarang anda nak save extent lokasi kajian kes1. Mula-mula zoom in pada lokasi tersebut.



Steps seterusnya lakukan seperti gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik menu Bookmarks > Create Bookmark...
  2. Taipkan nama bookmark yang anda nak bina
  3. Klik butang OK.


Sekarang anda dah bina satu bookmark untuk lokasi kajian kes1. Untuk lokasi kajian kes2, ulang seperti step di atas tu. Setelah selesai, bila saya klik semula menu Bookmarks, saya akan dapati kedua-dua bookmark tu disenaraikan seperti kat bawah ni.



Kedua-dua bookmark tu adalah short cut kepada lokasi extent yang saya setkan tadi. Maksudnya, bila saya klik je kat menu bookmark Kajian Kes1, paparan map saya akan terus zoom kepada lokasi kajian kes1, begitu juga untuk bookmark Kajian Kes2. 



So anda dah nampak kan macamana fungsi bookmark ni memudahkan kerja kita. Cuba bayangkan kalau anda buat kerja editing, anda jumpa masalah data di satu lokasi, kemudian anda bercuti seminggu dan bila anda sambung semula kerja lepas bercuti, anda nak rujuk semula ke lokasi data bermasalah tu. Kalau takde bookmark, mungkin anda lupa kat mana lokasi yang anda nak rujuk tu.. betul tak. So bookmark dapat mengatasi masalah ni, syaratnya save dulu lokasi yang anda nak rujuk ke dalam bookmark dan namakan bookmark anda mengikut kesesuaian seperti senarai bookmark di bawah ni.

Namakan bookmark anda mengikut kesesuaian

Kalau anda nak buang bookmark yang tak perlu, klik saja menu Bookmarks > Manage Bookmarks dan pilih saja bookmark yang berkaitan. Anda juga boleh save kesemua bookmark tu untuk dimasukkan ke dalam dokumen MXD yang lain.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a comment