Untuk topik kali ni, kita akan melihat satu toolbar di dalam
ArcMap yang dinamakan toolbar Spatial Adjustment. OK... sebelum cerita lebih
lanjut, pernah tak anda menghadapi situasi data bila overlay ngan data yang
lain, data tu tak ngam masuk, or bila anda overlay ngan imagery, nampak macam
data anda offset skit, or scale lari sikit or rotate sikit... macam gambar di
bawah ni...
Kedudukan polygon tak allign dengan imej |
Kalau anda ada masalah macam tu, dont worry.. ada satu
teknik yang anda boleh gunakan untuk betulkan masalah-masalah data macam ni.
Teknik ni dinamakan Spatial Adjustment.
Nak gunakan teknik ni, anda kena load dulu toolbar Spatial Adjustment
dalam ArcMap.
Kemudian, nak guna tool ni, mesti dalam Start Editing
environment dulu. Once dah klik Start Editing, buat step seperti kat bawah ni
:-
Penerangan gambar :-
- Dekat toolbar Spatial Adjustment, klik Set Adjust Data...
- Pilih method anda nak adjust, samada based pada selected feature atau anda nak adjust keseluruhan feature dalam data tu.
- Klik OK.
Kemudian anda kena tentukan pula kaedah adjustment yang anda
nak buat pada data tu. Caranya, klik
pada Adjustment Methods.
Pilih kaedah adjustment |
Ada beberapa pilihan kaedah adjustment iaitu :-
- Transformation - Affine : teknik ni sesuai anda guna kalau masalah data anda melibatkan perubahan scale, serong (skew / senget), rotate dan juga kedudukan teranjak.
- Transformation - Projective : Teknik ni sesuai guna untuk transform data yang capture direct dari aerial photography.
- Transformation - Similarity : Teknik ni sama macam Transformation - Affine, cuma ia tidak menyelesaikan masalah sekiranya ada serongan pada geometri data. Teknik ni sesuai sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk asal geometri (aspect ratio).
- Rubbersheet : Teknik ni sesuai untuk selaraskan geometri satu layer kepada layer yang lain melibatkan jarak penyelarasan yang kecil.
- Edge Snap : Teknik ni menyelaraskan butiran feature di sepanjang sisi geometri... macam lebih kurang rubbersheet.
Dalam contoh ni, dapat dilihat tiada kesalahan pada geometri
aspect ratio polygon tu, tetapi kedudukannya sedikit teranjak dari imej dan ada
sedikit rotation. Oleh kerana saya nak kekalkan geometri aspect ratio, maka Adjustment
Method yang paling sesuai adalah Transformation - Similarity. Setelah pilih
Adjustment Method, select pada feature yang anda hendak betulkan seperti di
bawah :-
Kemudian, lakukan step seperti di bawah :-
Bina link antara source dan target |
Penerangan gambar :
- Pada toolbar Spatial Adjustment, klik tool New Displacement Link
- Klik pada posisi data yang anda nak betulkan.
- Klik pada posisi target. Untuk method Transformation - Similarity, minimum 2 link diperlukan.
Setelah selesai membina link, klik saja menu Adjust.
Hasilnya seperti di bawah.
Hasil adjustment |
Selamat mencuba ......
Salam. Can you show the step how to use data from ArcMap to use in ArcScene?
ReplyDelete