Thursday, 14 January 2016

Split Line Menggunakan ET GeoTools

Pernah tak dengar tool ni? ET GeoTools ni adalah koleksi beberapa tool yang anda boleh guna dalam ArcGIS Desktop untuk membantu kerja2 editing anda. Agak bagus juga tool-tool yang terdapat dalam ET GeoTools ni. Anda boleh download tool ni di website www.ian-ko.com

Lepas anda download tool ni, run je fail setup.exe untuk installation. Agak mudah cara installation je, straight forward tekan je button Next, Next. Lepas anda install tool ni, anda akan nampak 6 toolbar tambahan di dalam ArcMap, nama toolbar tu :-

  • ET GeoTools
  • ET Attributes
  • ET COGO
  • ET Miscellaneous
  • ET Graphics
  • ET Indentify



Daripada 6 toolbar tu, saya nak kongsikan 1 tool yang terdapat dalam ET GeoTools toolbar. Tool ni berfungsi untuk split polyline. Sebenarnya kalau nak diikutkan, dalam Editor toolbar ArcMap sendiri dah ada tool untuk split line, tapi yang bagusnya tool split dalam ET GeoTools ni ada macam-macam option split yang boleh kita pilih. Ada 5 option split yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian :-

  • Split Point : split pada lokasi yang kita klik di atas line
  • Split Vertex : split pada vertex terhampir
  • Split All Vertices : split line pada setiap vertex
  • Split Middle : split di tengah-tengah line
  • Split Distance : split mengikut jarak yang kita masukkan


Tool split di dalam toolbar ET GeoTools


Cara penggunaannya mudah saja. Aktifkan dulu toolbar ET GeoTools dalam ArcMap. Kemudian mulakan proses editing seperti step di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Pada toolbar Editor, klik Editor > Start Editing.
  2. Klik butang Create Features.
  3. Pada dialog Create Features, pilih layer polyline yang nak di split.


Lepas anda pilih layer dalam dialog Create Features tu, anda akan nampak tool-tool dalam toolbar ET GeoTools tu diaktifkan. Pilih saja option split mana yang anda nak guna dalam toolbar tu. Contohnya kalau nak split line mengikut jarak yang dikehendaki, buat step berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam toolbar ET GeoTools, klik tool Split Distance.
  2. Klik pada line yang anda nak split.
  3. Dialog Split At Distance akan dipaparkan. Masukkan jarak yang dikehendaki (Unit jarak merujuk pada sistem koordinat yang anda guna pada data). Lepas tu klik OK.


Anda akan dapati line yang anda klik tadi telah di split mengikut jarak yang anda masukkan.




Selamat mencuba .. :)

No comments:

Post a Comment