Sunday, 26 February 2017

Modify Atribut Teks Menggunakan Kaedah Find/Replace

Apa khabar pembaca SukaGIS semua? Kali ni admin akan kongsikan satu lagi tips yang mungkin berguna untuk anda. Kalau anda biasa guna Microsot Office, mesti anda familiar dengan tool Find/Replace dalam Microsoft Word kan, fungsinya untuk cari perkataan yang anda nak gantikan dengan perkataan lain secara auto. Tapi pernah tak anda ada kes yang sama, cuma kali ni teks yang anda nak gantikan tu melibatkan atribut yang disimpan dalam table. Contoh mcm kes atribut seperti di bawah ni.



Dalam contoh tu, katakan anda nak gantikan format atribut ID dari 111-222-333 kepada 111/222/333, maksudnya anda nak gantikan character “-“ kepada “/”. Contoh satu lagi, anda nak gantikan word “Sungai” kepada “S.”. Kalau data yang nak betulkan tu sikit, takde masalah. Tapi bayangkan kalau ada berpuluh or beratus rekod nak tukar. Takkan kena taip satu-satu kot.. jenuh tu. Dalam ArcMap pulak takde menu Find Replace. So macamana nak buat?

Di sini saya kongsikan satu tips. Gunakan kaedah Field Calculator bersama function Replace. Format function Replace ni adalah :-

Replace ([nama field], “teks yang anda nak cari”, “teks yang anda nak ganti”)

Contohnya, kalau saya nak cari teks “-“ dan gantikan kepada teks “/” yang disimpan dalam field ID, formatnya adalah :-

Replace ([ID], “-“, “/”)

Contoh lain, kalau saya nak cari teks “Sungai” dan gantikan kepada teks “S.” yang disimpan dalam field NAMA, formatnya adalah :-

Replace ([NAMA], “Sungai”, “S.”)

OK, dah faham format function Replace tu? Sekarang dekat celah mana pulak nak taip function Replace tu? Mula-mula paparkan dulu table anda dalam ArcMap. Contoh macam table saya paparkan di bawah ni. Table ni menunjukkan maklumat point industri serta nombor ID untuk setiap point. Sekarang ni saya nak tukarkan format ID tu dari “-“ kepada “/”.



Lepas paparkan table, kalau nak selamat, mulakan Start Editing dulu.. manalah tau kot-kot tersilap nanti, boleh Undo. Lepas Start Editing, buat proses berikut :-




Penerangan gambar :-
  1. ‘Right-click’ field yang mengandungi atribut teks yang anda nak tukarkan. Dalam contoh ni saya ‘right-click’ field ID, kemudian pilih Field Calculator…
  2. Dalam dialog Field Calculator, taip Replace ([ID], “-“, “/”)
  3. Klik OK.


Hasilnya seperti di bawah. Cuba perhatikan atribut dalam field ID tu, dah bertukar kan?



Senang je kan. Selamat mencuba.


2 comments: