Friday 6 January 2017

Membina Group Layer

Hari ni saya akan kongsikan satu topik yang agak santai.. berkenaan Group Layer. Ni untuk level basic.. sesiapa yang dah level advance or level otai maybe dah tau mende ni. Sesiapa yang dah biasa guna ArcMap mesti familiar dengan Table Of Contents (TOC) di dalam ArcMap kan? Bila kita masukkan layer ke dalam paparan ArcMap, layer-layer tu akan disusun di dalam TOC ni. Secara defaultnya, ArcMap akan susun layer point di atas, kemudian layer line dan last sekali layer polygon mengikut turutan. Kemudian kita susun-susun layer tu nak letak mana atas dan mana bawah mengikut kesesuaian.



Kadangkala kalau terlalu banyak layer kat dalam TOC tu boleh menyemakkan pandangan gak betul tak? Dari segi presentation pun tak bagus kalau terlalu banyak susunan layer, terpaksa kita scroll atas sampai ke bawah. Nak-nak kalau layer tu ada pulak klasifikasi symbology yang berjela-jela panjang, lagi lah bertambah panjang kita kena scroll.
Satu teknik yang boleh kita gunakan untuk mudahkan paparan dalam TOC ni ialah kumpulkan layer-layer yang berkaitan dalam 1 kategori atau 1 kumpulan. Dalam contoh gambar di atas, saya ada 8 layer di dalam senarai TOC :-
  1. Pili Bomba
  2. Parit
  3. Sungai
  4. Institusi
  5. Komersil
  6. Kediaman
  7. Mukim
  8. Daerah


Daripada 8 layer ni, saya boleh letakkan layer Parit dan Sungai di dalam kumpulan Hidrografi, Institusi, Komersil dan Kediaman di dalam kumpulan Bangunan dan Mukim serta Daerah di dalam kumpulan Sempadan Pentadbiran.



Macamana saya nak represent kumpulan ni di dalam TOC ArcMap? Caranya, kita bina Group Layer. Cara nak bina Group Layer senang je, kita cuma klik layer-layer yang kita nak kumpulkan sebagai 1 kumpulan, kemudian right-click dan pilih Group… macam step di bawah ni.




Penerangan gambar :-
  1. Klik layer-layer yang nak dikumpulkan (Tekan SHIFT untuk klik lebih dari 1 layer)
  2. Right click dan pilih Group
  3. Group Layer akan dibina dengan nama default New Group Layer
  4. Rename nama tu kepada nama yang sesuai mengikut kumpulan data

Gambar di bawah menunjukkan kesemua Group Layer yang telah dibina.



Anda boleh tutup semua layer di dalam satu kumpulan Group Layer dengan klik simbol  “-“ pada Group Layer tu.



Kalau nak lihat balik senarai layer dalam Group Layer, klik je simbol “+” pada Group Layer.



Jika anda offkan (uncheck) Group Layer, kesemua layer di dalam Group Layer tu tak akan dipaparkan dalam map walaupun anda check P layer tersebut. Seperti gambar di bawah, bila saya uncheck Group Layer Bangunan, kesemua layer bangunan (Institusi, Komersil, Kediaman) tidak dipaparkan dalam map.



OK macamana nak buang semula setting Group Layer? Kacang je, right click kat Group Layer yang anda nak buang dan pilih Ungroup.




Selamat mencuba..

Sunday 1 January 2017

Mengira Jarak Terhampir - Point Distance

Selamat tahun baru 2017 kepada semua warga SukaGIS. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah usia SukaGIS ni rupanya. Setakat ni blog dah mencapai 148,155 pageview dan page FB SukaGIS dah mencapai 1,390 like. Kira OK le tu. Sempena hari pertama bulan pertama tahun 2017 ni, saya akan kongsikan satu topik baru. Topik ni berkenaan Proximity Analysis pengiraan jarak. Saya bagi satu senario dulu. 

Katakan anda nak pergi ke sesuatu event, contohnya seminar ke, conference ke, kursus ke… dan anda nak cari lokasi hotel-hotel yang berdekatan dengan event tu untuk menginap. Selalunya kalau cerita pasal lokasi berdekatan ni, mesti kita nak tahu anggaran jarak kan??



So dalam ArcGIS, ada satu analisis yang dipanggil Point Distance. Analisis ni akan mengira jarak dari input point feature yang kita tentukan kepada setiap point feature yang berhampiran di sekeliling input point tu. Jarak yang dikira pula adalah jarak lurus radius disekeliling input point (lihat arrow gambarajah di atas tu). Syarat penggunaan tool ni seperti berikut :-

  1. Kena ada 2 layer point, ingat ye, layer point sahaja. Line ngan polygon tak jalan.
  2. Untuk kedua2 layer point tu,  1 layer mewakili input (dalam contoh ni, lokasi event) dan 1 lagi mewakili point2 terhampir (dalam contoh ni, hotel).
  3. Seelok-eloknya kedua2 layer point menggunakan sistem koordinat yang sama.
  4. Part ni leceh sikit.. anda kena guna lesen ArcGIS Desktop Advanced kalau nak execute tool ni. Desktop Basic/ArcView ngan Desktop Standard/ArcEditor tak support.


OK..next cara nak guna tool. Follow cara berikut :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, pilih Analysis Tools > Proximity > Point Distance
  2. Setkan Layer Input Point Feature.
  3. Setkan Layer Point Feature yang anda nak cari anggaran jarak tu.
  4. Namakan output table. Hasil pengiraan jarak akan diletakkan dalam table ni.
  5. Textbox Search Radius ni optional. Kalau anda isi, ArcGIS akan cari jarak disekitar radius yang anda masukkan saja. Kalau anda tak isi, dia akan kira jarak untuk kesemua point.
  6. Klik OK.

Macamana nak tengok hasilnya. Anda kena buka output table yang digenerate tu. Cuba lihat contoh output table yang dihasilkan di bawah ni.

Hasil analisis Point Distance


Anda akan dapati 3 field diwujudkan dalam table tu… INPUT_FID, NEAR_FID dan DISTANCE. OK… penerangan setiap field seperti berikut :-
  1. INPUT_FID : id unik untuk layer input point yang anda setkan tadi. Kalau input point anda tu shapefile, field ID ni = FID. Kalau anda gunakan layer geodatabase sebagai input point, field ID dia adalah OBJECTID.
  2. NEAR_FID : id setiap point yang berdekatan, dalam kes ni id hotel.
  3. DISTANCE : jarak dari setiap id point berdekatan kepada id input point (jarak setiap hotel ke lokasi event)


Tapi kalau tengok pada result dalam table tu, susah untuk anda tentukan hotel-hotel terhampir sebab result semua dalam bentuk nombor id, betul tak? Macamana nak tahu id 125 ni hotel mana, id 124 ni hotel mana.. kecuali anda kena check satu2 dengan buka table layer hotel plak… kan. Satu kerja la plak. So cara mudah nak buat camne?? Haaa kena la gunakan skill skit… guna kaedah join table. Anda joinkan field FID / OBJECTID dari table hotel kepada field NEAR_ID dari output table result tu.

Joinkan table untuk memudahkan mengenalpasti point terhampir

Result Join Table


Kalau tak faham macamana nak buat join table tu, boleh refer pada post saya sebelum ni di link sini.

Sekian… selamat mencuba.