Sunday 12 May 2019

Tips : Carian Attribute Text Menggunakan Button LIKE


Salam Ramadhan semua,

Dalam post saya 7 tahun lepas topik Attribute Query vs Spatial Query, saya ada ceritakan kaedah nak buat carian maklumat dalam table menggunakan dialog Select by Attributes dalam ArcMap. Kalau yang dah beli buku SukaGIS Jilid 1 tu, anda boleh juga rujuk topik ni di mukasurat 113. Dalam topik kali ni, saya nak kongsikan satu tips buat carian atribut menggunakan salah satu button dalam dialog Select by Attributes tu. Sebelum tu, cuba perhatikan dulu gambar dialog Select by Attributes di bawah ni..



Perasan tak dalam dialog tu ada satu button nama dia button Like. Tahu tak macamana nk guna button Like ni untuk buat carian? Kalau button Like Facebook tu expert le ek macamana nak guna…kehkeh. OK.. fungsi button Like ni sebenarnya untuk buat searching sebahagian text dalam attribute anda. Maknanya nak guna button Like ni, attribute mesti dalam text, kalau attribute format number tak boleh guna button ni.

Sekarang saya bagi contoh senarai atribut seperti dalam table di bawah :-



Dalam contoh table tu, katakan anda nak senaraikan semua atribut Nama yang bermula dari perkataan ‘Pekan’. Macamana nak buat carian camni? Haaa… masa ni lah bergunanya button Like tu. Dengan menggunakan button Like dalam dialog Select by Attributes, anda boleh buat carian macam ni :-

Nama LIKE ‘Pekan%’

Result carian yang anda akan dapat adalah Pekan Kapar, Pekan Meru dan Pekan Batu Lapan Belas. Tanda percent % selepas perkataan Pekan tu bermaksud “cari semua nama yang bermula dengan perkataan Pekan dan tak kisah berakhir dengan apa2 perkataan”. Jadi tanda % ni anda boleh taipkan samada di akhir perkataan atau di awalan perkataan atribut, bergantung pada keperluan anda. Contohnya, lihat pulak atribut dalam table di bawah ni :-


Jika carian anda :-

Nama LIKE ‘%Batu%’

Result yang anda dapat ialah :-

Batu Tiga, Pekan Batu Sembilan, Puchong Batu Dua Belas

Tapi jika carian anda :-

Nama LIKE ‘Batu%’

Result yang anda dapat ialah Batu Tiga saja.

OK, satu lagi tanda % ni bergantung juga pada jenis data anda. %  ni valid untuk data File Geodatabase, Shapefile dan ArcSDE Geodatabase saja. Jika data anda tu Personal Geodatabase, gantikan % tu dengan *, contohnya Nama Like ‘Batu*’… senang je.

Di bawah ni contoh dialog Select by Attributes yang telah saya buat carian LIKE ‘%Batu%’ dan result yang diperolehi dalam table attribute. 



Kalau anda kurang jelas macamana nak gunakan  dialog ni, rujuk post saya Attribute Query vsSpatial Query sebelum ni or buka buku SukaGIS Jilid 1 page 113.

Okayyy… selamat mencuba..





No comments:

Post a Comment