Thursday, 11 June 2020

Papar Online Basemap Dalam QGIS (33 Online Basemap tuuuu...)


Online basemap adakalanya banyak membantu jika kita kekurangan data untuk dipapar atas map. Dengan menggunakan online basemap juga kita nak buat map pun jadi mudah dan cepat. Kalau kita dah ada GIS layer, kemudian kita combine pulak overlay di atas online basemap, dia boleh menambahbaik paparan map kita. Contoh kita ada vector layer lot tanah, kemudian kita overlay plak dengan online basemap Google Satelit, kita boleh la nampak objek rumah, bangunan dan sebagainya di dalam peta lot kita tu.

Kalau kita menggunakan QGIS, ada pelbagai free online basemap yang boleh kita paparkan di ruangan Map Canvas QGIS. Cara nak access online basemap ni pulak ada macam2 cara. Cara yang saya nak kongsikan ni saya dapat dari sorang awek blogger GIS, kalau nak jengah blog dia bolehlah klik katlink ni.

OK cara yg saya nak kongsikan ni melalui kaedah run python script. Relaks… bertenang… selalunya kalau dengar pasal script je ramai yang ngeri sebab melibatkan coding programming etc. Tapi cara ni sebenarnya mudah je… bukan kena buat coding pun… Cuma copy paste je coding python yg dah sedia ada, kemudian run dalam QGIS. Lepas anda run script tu, bukan anda hanya dapat access ke online basemap Google je, tapi anda akan dapat 33 link untuk access ke online basemap yang lain. Fuhhh…. 33 tu… banyaknyaaa..

Dalam contoh ni, saya menggunakan QGIS ver 3.1. So first step copy dulu content script Python. Script tu anda boleh access dari link script ni. Bila dah open link tu, copy je semua content  script tu macam gambar di bawah ni.

Copy dulu script Python
      

Kemudian klik butang Python Console kat QGIS interface.

Butang Python Console
     
Tetingkap Python Console akan dipaparkan seperti gambar di bawah ni. Next buat langkah berikut :-

       

Penerangan gambar :-
  1. Paste script yang anda copy tadi di ruangan bawah tetingkap Python Console
  2. Klik butang Run Command untuk run script

Hasilnya, lihat di ruangan XYZ Tiles dalam panel Browser QGIS. Anda akan dapati ada 33 senarai online basemap yang boleh anda gunakan, antaranya Bing VirtualEarth, ESRI Ocean, Google Maps, Google Satellite, OpenStreetMap, OpenTopoMap dan banyak lagi.

Senarai online basemap dijana automatik selepas run script Python
          
Untuk paparkan online basemap tu, just double click saja pada senarai online basemap yang anda nak masukkan. Gambar-gambar berikut adalah contoh beberapa online basemap yang saya overlay bersama vector layer Jalanraya.

Online basemap Google Maps Road

Online basemap Google Satellite

Online basemap Bing VirtualEarth

Online basemap OpenStreetMap
Online basemap OpenTopoMap
Online basemap ESRI Topo World





No comments:

Post a comment