Saturday, 21 July 2012

DMS ke DD... kenapa perlu convert???


Salam sejahtera dan selamat menyambut Ramadhan semua. Lama pulak rasanya SukaGIS tak bersiaran, almaklum tokey SukaGIS sekarang busy sikit..huhuhu. Topik kali ni agak ringkas, iaitu menukar nilai latitude longitude dari format Degree Minute Second (DMS) kepada Decimal Degree (DD). Kenapa perlu nak tukar ke format DD tu? Mesti ada diantara anda semua maklum ArcGIS Desktop boleh plot table yang mengandungi column XY coordinate kepada layer point, contoh macam table kat bawah ni :



Kalau anda tak tahu macamana cara nak plotkan koordinat XY ke layer point tu, saya ada tunjukkan contoh bersama step-step yang terlibat dalam post saya sebelum ini kat link ini. Cuma dalam post tu saya tak tunjukkan cara macamana nak convert koordinat tu dari format DMS kepada DD.

So secara ringkasnya nilai DMS perlu kita convert ke DD kalau kita nak plotkan table tu kepada bentuk layer point , sebabnya ArcGIS tak support conversion ke point kalau koordinat tu dalam format DMS.

Formula untuk conversion dari DMS ke DD mudah sahaja. Formulanya adalah :-
Degree + (Minute/60) + (Second/3600).


Contohnya katalah anda ada coodinate DMS 102° 30' 15",  jadi nilainya di dalam DD adalah :-
102 + (30/60) + (15/3600) = 102 + 0.5 + 0.004166667 = 102.5041667



So bila dah dapat nilai DD tu, barulah anda boleh gunakan method Display XY Data dalam ArcMap untuk plot koordinat tu menjadi point. Mudah je kan??

No comments:

Post a comment