Tuesday 3 July 2012

Mendigit Kaedah Bearing dan Jarak


Lama tak update blog ni sebab saya busy sikit dengan projek. OK..nak share sikit. Mungkin ada di antara anda yang buat kerja-kerja editing data melibatkan proses pendigitan contohnya screen digitizing atau mendigit dengan memasukkan nilai bearing dan jarak. Selalunya proses memasukkan bearing dan jarak ni melibatkan data-data lot tanah atau apa-apa sempadan yang telah disurvey. Contoh macam pelan kat bawah ni :



So macamana kita nak generate bearing dan jarak tu dalam ArcGIS Desktop? OK, macam biasalah kan, bila sentuh bab editing, pertama sekali mesti buat dalam ArcMap. Lepas tu macam biasa buat proses Start Editing. Lepas tu bolehlah anda mulakan pendigitan. Tools yang anda gunakan untuk mendigit ni bergantung pada versi ArcGIS yang anda gunakan, ada perbezaan sikit. Kalau anda gunakan versi 9.x, biasanya anda akan menggunakan Sketch tool untuk melukis. Kalau dalam versi 10 pula, pilih geometry yang nak dilakarkan dalam dialog Construction tool, kemudian pilih tool Straight Segment.

Perbezaan tool untuk mendigit antara ArcGIS9 dan ArcGIS10

Selepas pilih tool tu, nak masukkan bearing dan jarak simple je. Mulakan dengan left click pada titik permulaan di atas peta, kemudian gerakkan mouse anda dan terus tekan right click. Bila keluar je pop-up menu tu, pilih Direction/Length. Kalau tak clear, rujuk gambar kat bawah ni.

Contoh kaedah membina segment menggunakan bearing/jarak

No (1) adalah lokasi permulaan point vertex saya, kemudian pada kedudukan (2) saya right click dan terus pilih Direction/Length. Bila keluar dialog Direction/Length tu, masukkan berapa bearing dan jarak yang anda nak. Hasilnya segment pertama akan dijana mengikut bearing dan jarak yang anda masukkan tadi. So kaedah ini anda kena ulang satu persatu, maksudnya, kalau nak bina segment berikutnya, anda kena right click semula, pilih Direction/Length (atau guna shortcut key Ctrl-G) dan masukkan nilai, begitulah seterusnya sampai lengkap polygon anda tu.

OK sekarang lihat pula gambar pelan di bawah ni. Kalau anda nampak, kat belah kiri tu adalah senarai bearing dan jarak untuk membentuk polygon warna tu.




Banyak juga list tu. Bayangkan kalau nak key-in satu-satu bearing jarak tu guna kaedah tadi. Jenuh juga, kejap nak left click, kejap nak right click, kejap nak Ctrl-G, lepas tu nak key-in lagi. Berpeluh gak ler jari. So kalau kes macam ni, ada satu lagi alternatif yang anda boleh cuba, iaitu gunakan COGO toolbar.

COGO toolbar

Pada COGO toolbar tu, klik kat tool Traverse. Dialog Traverse akan dipaparkan seperti kat bawah ni.



Key-in bearing/jarak kaedah COGO lebih mudah dan cepat

Dalam dialog Traverse tu, taipkan sahaja bearing dan jarak dan tekan ENTER untuk memasukkan bearing/jarak berikutnya. Simple sahaja, anda hanya perlu taipkan senarai bearing/jarak tu sampai habis, tanpa perlu busykan mouse anda tu untuk left click dan right click. Just key in, ENTER, key in, ENTER. So lebih cepat kaedah ini, lagipun anda boleh semak semula nilai-nilai yang anda telah masukkan tadi, kalau tersalah taip, anda boleh edit semula dalam list tu dan alter balik nilai bearing dan jarak yang tersilap tu. Bila semua tu dah ditaip, klik saja butang Finish. Terus anda dapat satu polygon.

Selamat mencuba.. :)



5 comments:

  1. Salam..

    nilai bearing and jarak yg kita masukan tu boleh keluarkan dalam attribut table ke x ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... nilai yg kita key in tu tak akan disimpan dalam attribut table, sama juga mcm bila kita digitize point, nilai XY tidak disimpan dalam table. Tapi ada third party tools yg boleh calculate bearing distance ni dan store dalam table. Contoh tools EasyCalculate dari website http://www.ian-ko.com/

      Delete
  2. topik ni ada dalam buku suka gis ke

    ReplyDelete
  3. Jarak di antara batu sempadan ke batu sempadan dalam kiraan kaki,atau meter?

    ReplyDelete
  4. Macaman cara mendapatkan perkiraan bearing dan jarak jika menggunakan bacaan antara koordinat ke koordinat.

    ReplyDelete