Salam semua... berjumpa lagi. Rasanya ni post
saya yang last sebelum bercuti raya. Nampaknya semua orang dah mood raya
sekarang. OK, stop cerita pasal raya dulu. Kali ni saya nak kongsi tentang bab
kartografi iaitu design atau compose map. Kenapa nak design map ni? Selalunya
kita design map bila nak buat perkara-perkara di bawah ni :-
- kita nak cetak peta yang menunjukkan hasil
analisis yang kita dah buat
- maybe nak buat poster untuk seminar, pameran
etc
-Nak masukkan map tu dalam aplikasi GIS samada
desktop application atau Web application
Ok... yang saya nak kongsi di sini adalah lebih
fokus kepada design map untuk tujuan cetakan. Bila kita nak cetak map tu, for
sure mesti kita nak design cantik-cantik kan? Lebih-lebih lagi kalau kita nak tunjukkan
peta tu untuk pameran, seminar dan sebagainya. Tips yang mula-mula sekali yang
perlu kita ambil tahu masa nak design map ni ialah, ada beberapa faktor yang
mempengaruhi map design, antaranya seperti objektif peta yang nak dihasilkan,
siapakah audience, saiz peta yang nak dihasilkan dan penentuan skala.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merekabentuk peta |
Kemudian, anda perlu menggunakan kreativiti anda
untuk memilih simbol-simbol, warna-warna dan teks yang sesuai untuk diletakkan
di dalam peta tu. Dalam kata lain, nak design map ni perlukan sedikit sentuhan
seni ler..hehe. Selalunya kesilapan ketara yang saya lihat apabila membuat peta adalah pemilihan saiz teks yang tidak sesuai, contohnya map hanya bersaiz A4 atau A3, tetapi saiz teks diruangan Legend terlalu besar, so nampak janggal map tu. Pemilihan warna juga perlu sesuai supaya warna tidak nampak terlalu garang atau terlalu lembut. Keseimbangan visual juga penting supaya elemen-elemen di atas
peta tu seimbang, takde la nanti nampak ada bahagian-bahagian yang kosong atau
tertumpu pada sesuatu sudut. Contohnya perhatikan kedua-dua map di bawah, satu
di dalam orientasi Potrait dan satu lagi di dalam Landscape.
Map 1 : orientasi Potrait |
Map 2 : orientasi Landscape |
Kedua-dua map tu memaparkan maklumat yang sama,
tetapi pada pandangan mata anda yang mana satu lebih menarik? Sudah tentu yang
map potrait tu kan? Sebab map tu nampak balance, padat tapi yang map landscape
tu nampak ada banyak ruangan kosong di bahagian kanan peta terutama di sudut bawah.
Dalam ArcMap, nak design map ni anda kena buat di
dalam Layout View. Nak masuk ke Layout View simple je, klik je kat menu View > Layout View. Kemudian tentukan
elemen apa anda nak masukkan dalam peta tu, contohnya tajuk peta, bar skala, penunjuk
arah utara, legend dan lain-lain.
Contohnya kalau anda nak masukkan legend dalam
peta tu, klik kat menu Insert > Legend. Bila Legend dah dipaparkan di dalam
peta, drag saja dan letakkan di posisi yang sesuai.
Macamana pula kalau nak masukkan sistem grid koordinat di
sekeliling frame peta tu? Yang tu anda tak boleh cari dalam menu Insert. Anda
perlu buka Data Frame Properties
dulu, samada klik pada menu View >
Data Frame Properties atau right click di dalam map dan pilih Properties daripada popup menu.
Kemudian, klik kat tab Grids dan pilih samada nak paparkan
grid Graticule (Latitude, Longitude), Measured Grid (RSO, Cassini) atau Reference
Grid. Kemudian tekan saja butang Next untuk arahan seterusnya.
Hasilnya seperti gambar di bawah ni. Dalam contoh tu, saya
gunakan grid Graticule kerana unit yang dipaparkan di dalam Latitude Longitude.
OK, katakan anda nak buat poster saiz sebesar AO dan kat ofis
anda tiada plotter yang sesuai untuk print map tu, atau mungkin anda nak print
menggunakan high quality punya plotter yang terdapat di kedai-kedai printing. Tapi
kat kedai tu takda software ArcGIS, macamana anda nak print? Cara mudahnya,
export saja map anda tu ke format PDF supaya di kedai printing nanti anda boleh
print menggunakan software Adobe Acrobat.
Macam contoh hasil map di bawah ni adalah map yang saya print
dari format PDF. Kualitinya agak memuaskan kerana menyamai kualiti fail asal di
dalam ArcMap.
Disini saya ingin kongsikan contoh-contoh map yang telah saya
design untuk client saya menggunakan aplikasi ArcMap ni.
Kombinasi 3 data frame di dalam 1 layout view |
Kombinasi data imej satelit google dan maklumat bergambar |
Kombinasi peta dan penerangan aplikasi yang dibangunkan |
Kombinasi peta bersama data 3D |
Another way nak bagi maps nampak lagi smooth adalah dengan export Arc file as .ai, then edit kat Adobe Illustrator. But this is merely about design and aesthetics. :)
ReplyDeleteSuka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Now
Delete>>>>> Download Full
Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK OI
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteSaya nak tnye, utk map making, ada x cara utk sediakan map secara auto? Sebab sy perlu sediakan map jalan di negeri Pahang. Jumlah jln yg perlu dipetakan ialah sebnyak 1093 jalan.....
Terima kasih
wsalam...
Deletekita boleh bina mxd layout sebagai 1 template dimana dalam template tu kita dah predefine position utk map2 element spt north arrow, title, legend etc. Then kita cuma perlu masukkan area jln yg kita nak, sepatutnya secara auto legend akan efected. Kalau kita dah ada fix map index boundary, kita boleh set boundary tu utk auto search by map index menggunakan toolbar Data Driven Pages.
ok..
Deletetapi setiap jln ade info yg perlu dimasukkan (info drp attribute table; nama jln, lat long info, lebar jln)....so, mcm mne nk link kan trus jln and info setiap jln (dynamic map)?
kalau macam tu kena buat customize apps, programming java or .NET
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSuka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK I2