Tuesday 14 August 2012

Layout View - Jom Design Map


Salam semua... berjumpa lagi. Rasanya ni post saya yang last sebelum bercuti raya. Nampaknya semua orang dah mood raya sekarang. OK, stop cerita pasal raya dulu. Kali ni saya nak kongsi tentang bab kartografi iaitu design atau compose map. Kenapa nak design map ni? Selalunya kita design map bila nak buat perkara-perkara di bawah ni :-

- kita nak cetak peta yang menunjukkan hasil analisis yang kita dah buat
- maybe nak buat poster untuk seminar, pameran etc
-Nak masukkan map tu dalam aplikasi GIS samada desktop application atau Web application

Ok... yang saya nak kongsi di sini adalah lebih fokus kepada design map untuk tujuan cetakan. Bila kita nak cetak map tu, for sure mesti kita nak design cantik-cantik kan? Lebih-lebih lagi kalau kita nak tunjukkan peta tu untuk pameran, seminar dan sebagainya. Tips yang mula-mula sekali yang perlu kita ambil tahu masa nak design map ni ialah, ada beberapa faktor yang mempengaruhi map design, antaranya seperti objektif peta yang nak dihasilkan, siapakah audience, saiz peta yang nak dihasilkan dan penentuan skala.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merekabentuk peta


Kemudian, anda perlu menggunakan kreativiti anda untuk memilih simbol-simbol, warna-warna dan teks yang sesuai untuk diletakkan di dalam peta tu. Dalam kata lain, nak design map ni perlukan sedikit sentuhan seni ler..hehe. Selalunya kesilapan ketara yang saya lihat apabila membuat peta adalah pemilihan saiz teks yang tidak sesuai, contohnya map hanya bersaiz A4 atau A3, tetapi saiz teks diruangan Legend terlalu besar, so nampak janggal map tu. Pemilihan warna juga perlu sesuai supaya warna tidak nampak terlalu garang atau terlalu lembut. Keseimbangan visual juga penting supaya elemen-elemen di atas peta tu seimbang, takde la nanti nampak ada bahagian-bahagian yang kosong atau tertumpu pada sesuatu sudut. Contohnya perhatikan kedua-dua map di bawah, satu di dalam orientasi Potrait dan satu lagi di dalam Landscape.

Map 1 : orientasi Potrait

Map 2 : orientasi Landscape



Kedua-dua map tu memaparkan maklumat yang sama, tetapi pada pandangan mata anda yang mana satu lebih menarik? Sudah tentu yang map potrait tu kan? Sebab map tu nampak balance, padat tapi yang map landscape tu nampak ada banyak ruangan kosong di bahagian kanan peta terutama di sudut bawah.

Dalam ArcMap, nak design map ni anda kena buat di dalam Layout View. Nak masuk ke Layout View simple je, klik je kat menu View > Layout View. Kemudian tentukan elemen apa anda nak masukkan dalam peta tu, contohnya tajuk peta, bar skala, penunjuk arah utara, legend dan lain-lain.




Contohnya kalau anda nak masukkan legend dalam peta tu, klik kat menu Insert > Legend. Bila Legend dah dipaparkan di dalam peta, drag saja dan letakkan di posisi yang sesuai.



Macamana pula kalau nak masukkan sistem grid koordinat di sekeliling frame peta tu? Yang tu anda tak boleh cari dalam menu Insert. Anda perlu buka Data Frame Properties dulu, samada klik pada menu View > Data Frame Properties atau right click di dalam map dan pilih Properties daripada popup menu.




Kemudian, klik kat tab Grids dan pilih samada nak paparkan grid Graticule (Latitude, Longitude), Measured Grid (RSO, Cassini) atau Reference Grid. Kemudian tekan saja butang Next untuk arahan seterusnya.




Hasilnya seperti gambar di bawah ni. Dalam contoh tu, saya gunakan grid Graticule kerana unit yang dipaparkan di dalam Latitude Longitude.




OK, katakan anda nak buat poster saiz sebesar AO dan kat ofis anda tiada plotter yang sesuai untuk print map tu, atau mungkin anda nak print menggunakan high quality punya plotter yang terdapat di kedai-kedai printing. Tapi kat kedai tu takda software ArcGIS, macamana anda nak print? Cara mudahnya, export saja map anda tu ke format PDF supaya di kedai printing nanti anda boleh print menggunakan software Adobe Acrobat.




Macam contoh hasil map di bawah ni adalah map yang saya print dari format PDF. Kualitinya agak memuaskan kerana menyamai kualiti fail asal di dalam ArcMap.




Disini saya ingin kongsikan contoh-contoh map yang telah saya design untuk client saya menggunakan aplikasi ArcMap ni.

Kombinasi 3 data frame di dalam 1 layout view

Kombinasi data imej satelit google dan maklumat bergambar


Kombinasi peta dan penerangan aplikasi yang dibangunkan

Kombinasi peta bersama data 3D







8 comments:

  1. Another way nak bagi maps nampak lagi smooth adalah dengan export Arc file as .ai, then edit kat Adobe Illustrator. But this is merely about design and aesthetics. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK OI

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt

    Saya nak tnye, utk map making, ada x cara utk sediakan map secara auto? Sebab sy perlu sediakan map jalan di negeri Pahang. Jumlah jln yg perlu dipetakan ialah sebnyak 1093 jalan.....

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      kita boleh bina mxd layout sebagai 1 template dimana dalam template tu kita dah predefine position utk map2 element spt north arrow, title, legend etc. Then kita cuma perlu masukkan area jln yg kita nak, sepatutnya secara auto legend akan efected. Kalau kita dah ada fix map index boundary, kita boleh set boundary tu utk auto search by map index menggunakan toolbar Data Driven Pages.

      Delete
    2. ok..

      tapi setiap jln ade info yg perlu dimasukkan (info drp attribute table; nama jln, lat long info, lebar jln)....so, mcm mne nk link kan trus jln and info setiap jln (dynamic map)?

      Delete
    3. kalau macam tu kena buat customize apps, programming java or .NET

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Suka Gis: Layout View - Jom Design Map >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK I2

    ReplyDelete