Pernah tak anda berhadapan
situasi di mana anda ada data line kiri kanan tapi anda nak generate centerline
dari line kiri kanan tu? Contohnya anda dapat data yang menunjukkan tebing
sungai (river casing) dan anda nak generate sungai centerline dari data tebing
sungai tu. Ataupun mungkin anda ada data bahu jalan (road casing) dan anda nak
generate centerline jalan dari data road casing tu. Cuba lihat contoh data
river casing dan road casing seperti di bawah.
Sekiranya anda nak digit
centerline tu secara manual, anda boleh gunakan sketch tool Midpoint dalam
ArcMap Editor toolbar. Satu cara mudah yang boleh anda lakukan secara automated
adalah dengan menggunakan geoprocessing tool Collapse Dual Lines to Centerline
di dalam ArcToolbox. Cara ni tak memerlukan anda digit secara manual, jadi
kaedah ni lebih cepat dan mudah. OK untuk tutorial kali ni saya akan tunjukkan
macamana nak generate road centerline dari data road casing saya seperti gambar
di bawah :-
Mudah saja caranya, lakukan step
seperti di bawah ni :-
Penerangan gambar :-
- Buka ArcToolbox dan klik Cartography Tools > Generalization > Collapse Dual Lines to Centerline
- Masukkan input features, dalam contoh ni layer road casing saya.
- Namakan output layer yang akan menyimpan data centerline tu.
- Setkan Maximum Width iaitu lebar maksimum jalan yang anda benarkan untuk generate centerline tu.
- Klik OK.
Cuba lihat hasilnya seperti
gambar di bawah. Road centerline terhasil dari data road casing tadi.
Road centerline terhasil dari data road casing |
Tapi tool
ni ada juga kelemahannya sebab kalau shape road casing kita terlalu
complicated, kemungkinan centerline yang dihasilkan tak berapa tepat, contohnya
kalau road casing yang ada roundabout atau curve line di persimpangan yang
terlalu rapat. Contohnya cuba lihat centerline yang dihasilkan dari data road
casing saya seperti di bawah ni..
Perhatikan line merah zig zag zig
zag tu. Anda perlu betulkan problem line tu melalui proses manual editing.
Tapi still kira ok ler compare kalau
anda nak buat manual digitizing keseluruhan centerline. Jadi kesimpulannya tool
ni bergantung pada how complicated data line anda. Kalau shape casing tu simple,
tool ni boleh generate fully automated centerline,.. tapi kalau shape yang agak
complicated macam contoh data atas ni, tool ni jadi semi automated ler, maksudnya
anda kena combine dengan proses manual editing juga.
Mcm lebar sungai pun boleh buat juga ke..?
ReplyDeleteboleh...
Deletekalau sy ade edge line shaja, cm mne nk move ke center line ek???
ReplyDeletetapi contoh yang saya tunjuk kat atas tu mmg menggunakan data edge line
DeleteSy cuba buat centerline sungai, kenapa tak jadi centerline yer?? dia jadi copy paste tempat yg sama.
ReplyDeletemungkin nilai max width ngan min width tu tak sesuai dengan data...
Delete