Kali ni saya ingin berkongsi tips 3 kaedah pendigitan yang mungkin berguna
untuk anda, Right Angle, Trace Offset
dan Tangent Curve. OK, apa maksud istilah Right Angle, Trace Offset dan Tangent Curve ni? Biar saya terangkan dulu..
i) Right Angle
Katakan anda nak digit segmen yang bersudut tepat antara
satu segmen dengan segmen yang lain. Contoh anda nak digit atap rumah atau
bangunan di atas gambar foto udara. Setiap bucu rumah tu bersudut tepat kan?
Cara paling mudah mendigit untuk mendapatkan segment
bersudut tepat ialah menggunakan tool Right Angle. Tool ni terdapat di dalam Editor toolbar,
seperti gambar di bawah.
Tool Right Angle |
Klik pada tool Right Angle tersebut dan mulakan pendigitan
seperti biasa dan anda akan dapati setiap segmen akan dibina bersudut tepat
antara satu sama lain.
Hasil digit kaedah Right Angle, segment bersudut tepat |
ii) Trace Offset.
Kadangkala anda nak digit line yang selari dengan line sedia
ada pada jarak offset tertentu. Contohnya anda dah digit line bahu kiri jalan,
kemudian anda nak digit bahu kanan jalan yang selari dengan bahu kiri jalan tadi
dan pada jarak offset tertentu.
Cara paling mudah ialah gunakan trace bersama option offset.
Klik pada tool Trace di dalam Editor
toolbar, seperti di bawah.
Tool Trace |
Kemudian tekan 'O' di keyboard untuk mendapatkan window
Trace Options. Masukkan nilai offset. Dalam contoh ni, lebar jalan yang nak
saya digit ialah 6 meter. Jadi saya masukkan nilai 6 di ruangan Offset. (Anda
boleh ukur lebar jalan tu menggunakan tool Measure dalam Tool toolbar).
Masukkan jarak Offset sebelum trace |
Kemudian saya klik atas line jalan yang saya telah digit
sebelum ni dan terus trace di atas line tersebut. Hasilnya line baru dalam
jarak offset 6 meter dari line sedia ada akan dibina.
Trace di atas garis merah, hasil offset garis oren |
iii) Tangent Curve
Bagaimana pula untuk mendigit garis lengkung, contohnya
simpang jalan atau bahu jalan yang shape melengkung.
Selain dari mendigit
kaedah stream mode atau membina jarak vertex yang rapat untuk mendapatkan garis
lengkung, anda juga boleh gunakan satu kaedah yang dinamakan Tangent Curve.
Hanya 2 vertex dibina antara garis lengkung |
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Tangent Curve di dalam
Editor toolbar.
Kedudukan tool Tangent Curve |
Gunakan tool ni hanya jika anda ingin mendigit garis
lengkung sahaja. Contohnya, cuba lihat cara pendigitan saya seperti rajah di
bawah ni.
Pada segmen vertex 1 - 2, saya gunakan tool Straight Segment
kerana garisan tu bersifat lurus. Pada vertex 2 - 3, saya tukar pada mod tool
Tangent Curve kerana saya ingin digit garis melengkung, manakala pada vertex 3
- 4, saya kembali kepada mod Straight Segment. Melalui kaedah Tangent Curve, hanya
bilangan vertex yang minima diperlukan tetapi hasilnya adalah garisan lengkung
atau curve yang lebih kemas. Cuba bandingkan kaedah Tangent Curve ni dengan
pendigitan stream mode seperti rajah di bawah ni.
Lebih banyak vertex dibina pada garis lengkung sekiranya pendigitan di dalam stream mode |
Bilangan vertex yang banyak akan dibina di atas garis
lengkung di dalam pendigitan stream mode manakala pendigitan Tangent Curve,
hanya 2 vertex sahaja diperlukan di antara dua garis lengkung.
tips yang berguna. baru tau. hehe
ReplyDeletejemput tengok blog saya juga
LIDAR company list in Malaysia