Saturday 22 October 2016

Analisis Frequency

Sebelum saya story dulu kegunaan analisis frequency ni, meh saya bagi gambaran dulu senario ni. Katakan anda ada satu data yang ada atribut yang dipecahkan dari kategori utama kepada beberapa sub kategori. Contohnya anda ada satu layer gunatanah yang ada atribut kategori utama gunatanah semasa dan dipecahkan pula kepada sub kategori aktiviti. Nak senang faham cuba lihat table pada gambar di bawah ni.



Dari gambar di atas, anda dapati kategori Pertanian terdapat beberapa pecahan sub kategori Kelapa Sawit, Getah, Tanaman-tanaman Lain etc. Kediaman pula ada sub kategori Kampung dan mungkin beberapa kategori lain. Industri ada sub kategori industri ringan, industri berat dll. Dan ada banyak lagi kategori atribut di dalam tu. Sekarang ni katakan anda nak tahu pula untuk setiap kategori, ada berapa kali kekerapan bilangan sub kategori (dalam kes ni berapa banyak jumlah polygon sebab data polygon) dan maybe berapa keluasan untuk setiap sub kategori tu. Contohnya anda nak tahu dalam kategori Pertanian, ada berapa banyak kekerapan tanaman getah dan keluasan, berapa banyak tanaman kelapa sawit dan keluasan, berapa banyak tanaman-tanaman lain dan juga keluasannya.



Di sinilah tool Frequency boleh membantu. Tool ni akan listkan unik atribut untuk field yang anda pilih bersama kekerapan bilangan untuk atribut tersebut. Penggunaan tool ni agak straight forward, yang penting anda kena faham dulu struktur table dan atribut yang anda nak analisis sebelum gunakan tool ni… maksudnya anda kena tahu dulu field mana yang merujuk pada kategori utama dan field mana pula yang merujuk kepada sub kategori.
OK, untuk buat analisis Frequency ni, follow step kat bawah ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, klik Analysis Tools > Statistics > Frequency
  2. Pilih layer yang nak analisis atribut tu.
  3. Namakan output table. Nak senang save je dalam geodatabase.
  4. Pilih field kategori utama dan field sub kategori. Boleh pilih banyak field, tak semestinya dua field je.
  5. Pilih field yang nak digunakan untuk summarize. Field ni mestilah atribut nombor. Dalam kes ni saya nak summarizekan kepada keluasan, so saya pilih Shape_Area.
  6. Klik OK.

Hasilnya anda akan dapat table seperti di bawah ni :-



Satu field baru nama FREQUENCY akan diwujudkan dalam table tu. Seperti dalam contoh gambar di atas, anda akan dapati output table yang dihasilkan menunjukkan dalam kategori Pertanian, ada 377 kawasan penanaman getah, 472 kawasan penanaman kelapa sawit dan 110 kawasan tanaman-tanaman lain. Setiap kawasan penanaman tu pula anda dah boleh tahu jumlah keluasannya (field Shape_Area).


Harap u all dapat idea sikit2.. Oops... sebelum terlupa, tool ni boleh run kalau anda ada license ArcGIS for Desktop Advance je (ArcInfo)... so kalau license Desktop Basic ngan Standard tool ni tak support.


No comments:

Post a Comment