Wednesday, 19 October 2016

Memapar Atribut Menggunakan Kaedah HTML Popup

Semenjak 2 menjak ni ramai yang bagitau saya dah lama le blog SukaGIS tak update tutorial, asyik update gambo training ngan conference je hehe. Tu le, bz skit le skrg involve project ngan training. Idea pun takde nk buat topik apa. So sementara ada masa terluang skit ni, dapat pulak satu idea nak buat satu topik yg simple.

Kali ni saya akan kongsikan satu cara untuk memaparkan dialog atribut menggunakan stail yang dipanggil HTML Popup. Rasanya anda semua mesti tau guna tool Identify yang ada icon gambar ‘i’ tu.. setengah orang panggil nama tool ni tool Info. Kalau klik tool tu pastu klik atas map, nanti anda akan dapat info atribut pada feature yang ada klik tu kan? Contoh macam kat bawah ni :-



Kalau anda guna tool Identify ni, setiap kali anda klik feature di atas map, dialog atribut yang baru akan dipaparkan. Tapi kadangkala mungkin anda nak buat analisa perbandingan atribut untuk beberapa feature, contohnya anda nak klik 3 polygon, kemudian dialog atribut untuk ketiga-tiga polygon tu anda nak paparkan serentak untuk dianalisa. Cara tool Identify tak boleh nak buat mende camni sebab setiap kali anda klik, dialog atribut baru akan dipaparkan, maksudnya anda klik polygon 1, atribut 1 dipapar, kalau klik polygon 2, atribut polygon 1 tadi dah tak nampak sebab dia akan papar atribut polygon 2 pulak.. faham tak maksud saya? Tak caya cer test.

So kalau anda nak view dialog atribut serentak untuk lebih dari 1 feature yang anda klik, cara paling senang gunakan kaedah HTML Popup. Nak buat ni mula-mula buka dulu dialog Properties untuk layer yang anda nak tengok.



Kemudian kat dialog Layer Properties, buat step ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik tab Fields
  2. Aktifkan field atribut mana yang anda nak lihat dalam dialog atribut nanti.


Kemudian buat step ni pulak.



Penerangan gambar :-
  1. Klik tab HTML Popup
  2. Klik checkbox Show content bla bla bla tu
  3. Ada banyak option nak display HTML formatting ni, saya tunjuk cara yang paling simple je, pilih option As table of the visible fields
  4. Klik OK.


OK… setting-setting semua dah buat,.. lepas ni macamana cara nak papar atribut tu. Jangan guna tool Identify. Guna satu lagi tool, nama tool ni HTML Popup, dia sebaris gak ngan tool Identify.



Kemudian klik pada beberapa polygon yang anda nak lihat atribut. Susunkan dialog atribut tu supaya mudah dilihat dan tidak bertindih.



So itulah hasilnya, paparan atribut dia pun menarik sikit sebab ada color belang2 biru giteww... untuk buat presentation menarik le.


Selamat mencuba….

2 comments:

  1. A'kum....boleh saya tahu mcamana nak masukkan image dalam html popup ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. tn kena jadikan image tu sbgai geodatabase attachment dlu. Rujuk post sy seblum ni brkenaan bagaimana nak create geodb attachment..

      Delete