Saturday, 22 October 2016

Analisis Frequency

Sebelum saya story dulu kegunaan analisis frequency ni, meh saya bagi gambaran dulu senario ni. Katakan anda ada satu data yang ada atribut yang dipecahkan dari kategori utama kepada beberapa sub kategori. Contohnya anda ada satu layer gunatanah yang ada atribut kategori utama gunatanah semasa dan dipecahkan pula kepada sub kategori aktiviti. Nak senang faham cuba lihat table pada gambar di bawah ni.



Dari gambar di atas, anda dapati kategori Pertanian terdapat beberapa pecahan sub kategori Kelapa Sawit, Getah, Tanaman-tanaman Lain etc. Kediaman pula ada sub kategori Kampung dan mungkin beberapa kategori lain. Industri ada sub kategori industri ringan, industri berat dll. Dan ada banyak lagi kategori atribut di dalam tu. Sekarang ni katakan anda nak tahu pula untuk setiap kategori, ada berapa kali kekerapan bilangan sub kategori (dalam kes ni berapa banyak jumlah polygon sebab data polygon) dan maybe berapa keluasan untuk setiap sub kategori tu. Contohnya anda nak tahu dalam kategori Pertanian, ada berapa banyak kekerapan tanaman getah dan keluasan, berapa banyak tanaman kelapa sawit dan keluasan, berapa banyak tanaman-tanaman lain dan juga keluasannya.



Di sinilah tool Frequency boleh membantu. Tool ni akan listkan unik atribut untuk field yang anda pilih bersama kekerapan bilangan untuk atribut tersebut. Penggunaan tool ni agak straight forward, yang penting anda kena faham dulu struktur table dan atribut yang anda nak analisis sebelum gunakan tool ni… maksudnya anda kena tahu dulu field mana yang merujuk pada kategori utama dan field mana pula yang merujuk kepada sub kategori.
OK, untuk buat analisis Frequency ni, follow step kat bawah ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Dalam ArcToolbox, klik Analysis Tools > Statistics > Frequency
  2. Pilih layer yang nak analisis atribut tu.
  3. Namakan output table. Nak senang save je dalam geodatabase.
  4. Pilih field kategori utama dan field sub kategori. Boleh pilih banyak field, tak semestinya dua field je.
  5. Pilih field yang nak digunakan untuk summarize. Field ni mestilah atribut nombor. Dalam kes ni saya nak summarizekan kepada keluasan, so saya pilih Shape_Area.
  6. Klik OK.

Hasilnya anda akan dapat table seperti di bawah ni :-



Satu field baru nama FREQUENCY akan diwujudkan dalam table tu. Seperti dalam contoh gambar di atas, anda akan dapati output table yang dihasilkan menunjukkan dalam kategori Pertanian, ada 377 kawasan penanaman getah, 472 kawasan penanaman kelapa sawit dan 110 kawasan tanaman-tanaman lain. Setiap kawasan penanaman tu pula anda dah boleh tahu jumlah keluasannya (field Shape_Area).


Harap u all dapat idea sikit2.. Oops... sebelum terlupa, tool ni boleh run kalau anda ada license ArcGIS for Desktop Advance je (ArcInfo)... so kalau license Desktop Basic ngan Standard tool ni tak support.


Wednesday, 19 October 2016

Memapar Atribut Menggunakan Kaedah HTML Popup

Semenjak 2 menjak ni ramai yang bagitau saya dah lama le blog SukaGIS tak update tutorial, asyik update gambo training ngan conference je hehe. Tu le, bz skit le skrg involve project ngan training. Idea pun takde nk buat topik apa. So sementara ada masa terluang skit ni, dapat pulak satu idea nak buat satu topik yg simple.

Kali ni saya akan kongsikan satu cara untuk memaparkan dialog atribut menggunakan stail yang dipanggil HTML Popup. Rasanya anda semua mesti tau guna tool Identify yang ada icon gambar ‘i’ tu.. setengah orang panggil nama tool ni tool Info. Kalau klik tool tu pastu klik atas map, nanti anda akan dapat info atribut pada feature yang ada klik tu kan? Contoh macam kat bawah ni :-



Kalau anda guna tool Identify ni, setiap kali anda klik feature di atas map, dialog atribut yang baru akan dipaparkan. Tapi kadangkala mungkin anda nak buat analisa perbandingan atribut untuk beberapa feature, contohnya anda nak klik 3 polygon, kemudian dialog atribut untuk ketiga-tiga polygon tu anda nak paparkan serentak untuk dianalisa. Cara tool Identify tak boleh nak buat mende camni sebab setiap kali anda klik, dialog atribut baru akan dipaparkan, maksudnya anda klik polygon 1, atribut 1 dipapar, kalau klik polygon 2, atribut polygon 1 tadi dah tak nampak sebab dia akan papar atribut polygon 2 pulak.. faham tak maksud saya? Tak caya cer test.

So kalau anda nak view dialog atribut serentak untuk lebih dari 1 feature yang anda klik, cara paling senang gunakan kaedah HTML Popup. Nak buat ni mula-mula buka dulu dialog Properties untuk layer yang anda nak tengok.



Kemudian kat dialog Layer Properties, buat step ni :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik tab Fields
  2. Aktifkan field atribut mana yang anda nak lihat dalam dialog atribut nanti.


Kemudian buat step ni pulak.



Penerangan gambar :-
  1. Klik tab HTML Popup
  2. Klik checkbox Show content bla bla bla tu
  3. Ada banyak option nak display HTML formatting ni, saya tunjuk cara yang paling simple je, pilih option As table of the visible fields
  4. Klik OK.


OK… setting-setting semua dah buat,.. lepas ni macamana cara nak papar atribut tu. Jangan guna tool Identify. Guna satu lagi tool, nama tool ni HTML Popup, dia sebaris gak ngan tool Identify.



Kemudian klik pada beberapa polygon yang anda nak lihat atribut. Susunkan dialog atribut tu supaya mudah dilihat dan tidak bertindih.



So itulah hasilnya, paparan atribut dia pun menarik sikit sebab ada color belang2 biru giteww... untuk buat presentation menarik le.


Selamat mencuba….

ESRI Malaysia User Conference 2016

Seperti biasa, ESRI Conference kali ni berlangsung di PICC juga pada 18 - 19 Oktober.. bertembung dengan tarikh GeoSmart Asia Conference di Berjaya Times Square KL. So cover sekejap2 je la dua2 conference ni. Abg payung sikit gambar.. gambar2 lain boleh intai kat FB SukaGIS di link sini.












Geosmart Asia 2016 Conference

Conference ni berlangsung pada 17-19 Oct baru-baru ni. Geosmart Asia ni adalah conference dan exhibition utk region Asia Pasific.. kali ni diaorg buat di Berjaya Times Square KL. Tema kali ni "Geospatial PPP for Business and Society". Agak menarik jugak la.. Kongsi sikit gambar2 semasa conference dan exhibition. Gambar2 lain anda boleh lihat di page FB SukaGIS di link sini.





Booth MaCGDI



View dari hotel ..

Thursday, 29 September 2016

Bengkel Kajian Spesifikasi Data Geospatial Negeri Pahang

Bengkel ni telah dikendalikan oleh saya dan partner2 di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota Pahang. Kajian ini merupakan susulan dari program yang telah dirangka dalam Pelan Induk Geospatial Negeri Pahang  (2016 - 2020) untuk tujuan pembangunan data geospatial negeri yang komprehensif dan terkini. Pelbagai agensi telah hadir di dalam bengkel ini untuk memberi input berkenaan data-data di agensi masing-masing.

Belanja sikit gambar2 bengkel. Gambar-gambar lain boleh di lihat di FB SukaGIS di link sini.










Wednesday, 10 August 2016

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan ke 7 (NGIS7)

Baru2 ni saya meluangkan masa ke Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau NGIS yang di adakan kali ke 7 di PICC Putrajaya. NGIS ni adalah aktiviti yang dianjurkan 2 tahun sekali oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang melibatkan komuniti geospatial dikalangan agensi2 kerajaan dan juga swasta di Malaysia ni. Tema kali ni ialah "Merakyatkan Geospatial Ke Arah Kesejahteraan".

Ni serba sikit gambar-gambar yang saya ambil semasa simposium. Gambar-gambar lain boleh le menjenguh ke FB SukaGIS di link sini.