Thursday 12 July 2012

Set Selectable Layer & Snapping ..ArcGIS9?? ArcGIS10??


Upgrade? Waduh kena upgrade knowledge lagi

Selalunya bila saya beritahu user saya tak lama lagi ArcGIS akan keluar version baru, sure statement favourite yang saya dengar dari mereka ialah "version sekarang ni pun tak habis khatam belajar lagi, dah nak keluar version baru." hehehe..  OK.. Topik kali ni lebih difokuskan kepada sesiapa yang dah biasa guna ArcGIS9.x dan baru nak try-try guna ArcGIS10 Desktop. 



Antara perkara yang user selalu tanya saya bila nak berjinak-jinak guna version 10 ni ialah :-
- kat version 10 ni macamana nak buat set selectable layer?
- kat version 10 ni boleh ke nak dapatkan window snapping option macam version 9 dulu?

Set Selectable Layer 

Kalau yang dah biasa guna ArcGIS9 tu, mesti u all semua tahu kan, kat TOC ArcMap tu kita boleh set layer apa yang kita nak allow selection dengan cara klik kat tab Selection seperti gambar di bawah ni. Selalunya kita buat benda ni bila kita gunakan interactive selection pada feature di atas map.

Selectable layer TOC ArcMap dalam ArcGIS9


Kalau version 10 camne pula nak buat tu? Version 10 lain sikit sebab anda tak akan nampak tab Selection kat TOC tu. Dalam version 10, anda kena klik kat button List By Selection dalam TOC ArcMap tu. Rujuk no (1) kat gambar bawah ni untuk kedudukan button List By Selection. 

Perbezaan TOC ArcMap dalam ArcGIS10


Bila anda klik saja button tu, paparan TOC tu akan berubah seperti di bawah. 



Paparan terbahagi kepada dua : (A) Selectable dan (B) Not Selectable. Layer di bawah ruangan Selectable tu bermaksud layer yang anda boleh buat proses Selection. Macamana pula nak jadikan layer dalam Not Selectable tu menjadi Selectable? Mudah sahaja. Perhatikan contoh seperti gambar di bawah ni. Seperti anda perhatikan, layer Sungai pada mulanya terletak dalam ruangan Not Selectable.



Untuk menjadikan layer Sungai tu sebagai Selectable, klik sahaja pada button Select seperti dipaparkan dalam gambar tu. Hasilnya layer Sungai akan terus diletakkan ke dalam ruangan Selectable. Sama juga jika anda nak jadikan layer di dalam Selectable tu sebagai Not Selectable, anda hanya perlu klik sahaja kat button yang sama tu.

Snapping

Ok, tu untuk part Set Selectable Layer. Sekarang kita tengok pula part snapping. Kalau anda biasa guna version 9 dulu, bila nak buat editing kadangkala anda nak setkan snapping ke vertex, edge atau end untuk memudahkan kerja-kerja editing kan? Dialog snapping dalam version 9 macam kat bawah ni.



Tapi kalau anda gunakan version 10, tool snapping dia lain sikit, seperti di bawah ni.

Snapping tool ArcGIS10


Kelebihan snapping toolbar dalam version 10 ni ialah anda bukan sahaja boleh gunakan mode snapping di dalam editing, tapi anda boleh juga aktifkan snapping ni bila nak buat georeferencing, measuring dan lain-lain. Tapi kadangkala bila nak buat kerja-kerja editing, mungkin anda lebih selesa nak gunakan dialog snapping cara version 9 dulu sebab senang anda nak switch mode snapping ke vertex, edge dan end mengikut   layer-layer yang anda kehendaki. Don't worry, anda masih boleh panggil dialog snapping style version 9 dulu tu. Caranya mudah sahaja.

Kat Editor toolbar, klik saja kat menu Editor > Options. Kemudian kat tab General di dalam dialog Editing Options tu, pastikan anda klik option Use classic snapping




Kemudian, klik semula kat menu Editor > Snapping > Snapping Window. Tadaaaa... sekarang anda dah pun dapat setting snapping seperti version 9 dulu.



OK.. harap tips kali ni dapat menambahkan pengetahuan anda.

2 comments:

  1. Salam,
    blog ni mmg best. sbb enhance technical part in GIS. :D

    saya nk cadangkan supaya blog ni ada kotak shoutmix. senag sikit utk pengunjung bertanyakan soalan. kira tinggalkan jejak kat box tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...

      sebenarnya mmg dh lama plan nak buat tapi tak reti...hahaha.. tapi saya ada try include shoutbox tu.. cer try... ok tak...

      Delete