Monday, 15 October 2012

Kursus ArcGIS 3D & Spatial Analyst - Jab Alam Sekitar...

Kali ini saya dijemput oleh Institut Jabatan Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) untuk menjadi salah seorang penceramah bagi sesi kursus ArcGIS 3D & Spatial Analyst untuk Jabatan Alam Sekitar. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini dihadiri oleh 30 pegawai-pegawai Jab Alam Sekitar Negeri dan juga Ibu Pejabat. 



Objektif kursus ini adalah sebagai lanjutan  dari kursus asas pengenalan ArcGIS I dan II, bertujuan mendedahkan peserta kepada penggunaan analisis 3d dan analisis spatial di jabatan. Modul kursus yang diberikan telah dibangunkan dan diubahsuai khusus mengikut keperluan pengguna jabatan.

Modul2 kursus ArcGIS yang telah dibangunkan di jabatan


Dataset untuk tujuan latihan hands-on pula dirangka daripada data-data Jabatan Alam Sekitar dan beberapa senario kajian kes yang berkaitan dengan urusan jabatan telah diberikan untuk diselesaikan oleh peserta. Dengan idea ini, diharap peserta akan lebih memahami bagaimana untuk mengadaptasi penggunaan GIS di dalam kerja-kerja seharian jabatan.



Sesi hands-on dengan dibantu fasilitator


Penceramah misteri....



Mengkaji hasil output..

Group discussion



Case study - menguji pemahaman peserta

Talian hayat please.... :)





8 comments:

  1. Salam..
    Terima kasih kepada cikgu2 @ sifu yang byk tunjuk ajar..
    Sangat best kursus ni.. ngeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..tq... ada rezeki kita berkursus lagi...

      Delete
  2. seronok sesanggat..tq sifu..

    ReplyDelete
  3. Tak berpeluang nak p kali nie.. nama drop.. takpelah, cuba bulan 9 tahun dpn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. ada rezeki boleh join nxt time..

      Delete