Ni antara soalan paling feveret yang selalu orang tanya saya
bila saya conduct kursus gis.. "cikgu,... macamana nak tukar atau project data ke
sistem koordinat yang lain?"
Katakan anda memperolehi data dari pelbagai agensi yang menggunakan
sistem koordinat yang pelbagai, kemudian anda ingin seragamkan kesemua data tadi kepada satu sistem koordinat sahaja. Mudah saja.
Sebelum tu, ingin saya highlight di sini, ArcGIS menggunakan
kaedah 'on the fly projection', bermaksud, walaupun data-data anda menggunakan
sistem koordinat yang berbeza-beza, data
anda masih boleh di overlay pada satu paparan.. bermaksud, anda tak perlu buat
proses conversion pun. Tapi sekiranya anda ingin menukar ke sistem koordinat
tertentu, anda boleh lakukan melalui ArcMap ataupun melalui ArcToolbox.
Di sini saya akan tunjukkan cara-cara menukar sistem
koordinat tu menggunakan ArcMap. Contoh yang akan saya berikan ialah menukar
data dari RSO ke WGS84.
1. Pastikan sistem koordinat sumber data
Mula-mula anda perlu pastikan apakah sistem koordinat yang
digunakan oleh data yang ingin anda tukarkan sistem koordinat tu. Contohnya
katalah saya ingin menukar data mukim saya ke WGS84. Saya perlu pastikan apakah
sistem koordinat yg digunakan oleh mukim tu. Katakan saya tahu data mukim tu
adalah data RSO,.. saya perlu pastikan pada ruangan XY Coordinate data tu tertera
Kertau_RSO_Malaya_Meters dan bukannya Unknown.
Sekiranya nilai yang dipapar adalah Unknown, anda perlu
define dahulu sistem koordinat pada data tu sebelum proceed langkah seterusnya.
Contoh, kalau data mukim saya tu adalah data RSO, saya perlu define dahulu data
tu sebagai RSO. Proses ni anda perlu buat dalam ArcCatalog ataupun Catalog Window.
2. Set sistem koordinat untuk Data Frame.
Kemudian setkan sistem koordinat Data Frame mengikut sistem
koordinat apa yang anda hendak convert. Macam contoh saya ni, saya nak convert
mukim tu dari RSO ke WGS84, jadi sistem koordinat Data Frame tu saya perlu set
dahulu sebagai WGS84.
3. Pastikan adakah terdapat perbezaan datum antara sistem koordinat.
Step ni agak penting juga untuk pastikan ketepatan data yang
akan anda hasilkan nanti. Anda perlu tahu apakah datum yang digunakan antara
sistem koordinat yang terlibat. Contohnya data mukim saya adalah RSO. RSO untuk
Semenanjung menggunakan datum Kertau. WGS84 pula menggunakan datum WGS84....
bermaksud kedua-dua sistem koordinat menggunakan datum yang berbeza.
Sekiranya terdapat perbezaan datum, proses Datum
Transformation perlu dilakukan. Mudah saja, klik saja butang Transformation pada dialog Data Frame Properties dan
setkan transformation seperti gambar kat bawah ni.
4. Export data menjadi layer baru.
Kemudian export saja sumber data tu menjadi layer baru. Tapi
jangan lupa, pastikan anda pilih option Use
the same coordinate system as : the data frame. Kalau tak pilih option tu,
nanti data yang dihasilkan tetap tak berubah, masih lagi sistem koordinat yang
asal. Dalam contoh di bawah ni, data mukim tu saya convert menjadi shapefile
dan saya namakan sebagai MukimWGS.shp.
OK ...selesai sudah proses. Data mukim saya telahpun
diconvert daripada RSO menjadi WGS. Secara ringkasnya, anda bolehlah rujuk
gambarajah bawah ni untuk step-step yang telah saya huraikan tadi.
Untuk penerangan yang lebih terperinci beserta gambarajah flow proses transformasi koordinat, anda boleh dapatkan di dalam buku keluaran SukaGIS "Seronoknya belajar ArcGIS. Jilid 1". :):)...
Selamat mencuba.
p/s : Dapatkan buku SukaGIS Jilid1 untuk penerangan dan penghuraian lebih terperinci topik-topik berkaitan sistem koordinat.
wahhh..mekaseh bos.nnt refer sni arr sbb ni antara soklan peberet sy tanye kan...hahaaha
ReplyDeleteSila2....
Deletesalamm bos...saya ada image menggunakan projection gdm penisular Rso,,,,cmne nk cnvect to wgs 84.??
Deletewsalam... pastikan image tu dah didefine sebagai gdm mrso (lihat properties image).. kemudian boleh gunakan tool project kepada output wgs84 atau guna kaedah export dlm arcmap mengikut coord system data frame seperti contoh saya tunjuk kat atas
Deleteagak berbeza cara kita.. hehe
ReplyDeleteAku lebih suka guna cara ni dari guna toolbox sbb cara ni aku bule nmpak dulu result dia sblum convert dgn cara wat on the fly project... So aku bule tahu dulu source data tu tepat ke x... Cara lain2 xpe asal result sama hehe
Deletehehe betul tu bos... cara bos cpt cikit dr guna toolbox.. klu kursus leh tnjuk dua2 lama sikit.. haha
Deletehahaha... xpe... tunjuk dua2.. pastu depend pada user le nak guna cara mana yg dia suka... yg penting..sukagis...kekekeke
DeleteSy masih baru dgn GIS & masih menggunakan version 9.2..sy nk tny, yg 1st step tu sy x jmpe plak paparan yg sama spt yg tuan tunjukkan walaupun da klik kat properties. mohon beri tunjuk ajar. TQ
ReplyDeleteermmm..buka properties tu dlm arcmap ke dlm arccatalog. Cth paparan saya tu dlm arccatalog. Kalau properties dlm arcmap, kena refer kat tab Source lepas open window properties tu...
Deletepatutla xblh upload data kt TMSmartmap..silap format rupanya..thx bos..
ReplyDeletekonpius nk convert..blink blank!?
ReplyDeletesenang jer..hehe
DeleteBermanfaat blog ni, keep update yer, saya kerja JUPEM juga tapi sekarang cuti belajar kat UCL, merangkak nak guna GIS semula. tqvm byk info yg bagus kat sini, panduan :)
ReplyDeleteTQ... tak semua analisis dlm gis ni yg saya expert. saya hanya berkongsi ilmu yang saya tahu saja..harap memberi manfaat..hehe
Deletebuat satu teknik,timbul masalah lain plak..lepas sy set projection data frame, timbul plak masalah xboleh nk buat topology..adoii.. kena set data shapefile satu persatu ikut data frame tu ke?
ReplyDeleteermm maksud topology tu geodatabase topology ke? Kalau geodatabase topology mmg tak boleh guna shapefile. Data shapefile tu kena convert dulu ke geodatabase..
DeleteDlm Map Topology sy highlight data nk edit, tp bila klik ok..xda apa2 perubahan..Topology Edit Tool pun tak "on",,sebelum ni ok je..
ReplyDeletesepatutnya takde masalah. Data shapefile tu semua dah define spatial reference? Seeloknya setting coordinate system data frame biar sama dengan coord system shapefile tu utk mengelakkan masalah accuracy masa edit.
Deleteutk define spatial reference tu sy kena define projection kan? Apa hubungan / kaitan nya dgn Create spatial Refence dan Define Projection dlm (Projection and.Tr.>Features>Create Spatial Reference)(Projection and Tr..>Raster>Define Projection)?
ReplyDeleteya betul..kena define projection. Define Projection kita gunakan utk define spatial ref kat data kita yg Unknown spatial ref atau data kita yg tersilap define spatial ref. Create Spatial Ref tu kita gunakan utk create spatial ref object utk digunakan dlm ModelBuilder.
Deletek. terima kasih..
ReplyDeletesalam, saya bru try guna arcmap..saya dah ikut step diatas, tetapi bila saya nk convert dr wgs - rso output still dlm wgs.. untuk step yg ke-3 tuh kalo kita click ok mmg data frame dah direct save transformation dr wgs-rso ker? xpi knp bila sya click balik macam x save.. blurrr
ReplyDeletetq
salam... cuba double check balik dialog Export Data dlm gambar kat atas tu.. tgk kat no 2.. dah click tak use the same coordinate system as the data frame.
DeleteAssalam encik..saya ingin bertanya..ok koordinat bing map dlm wgs84 kan? bagaimana nak covert koordinat wgs84 td ke rso dlm arcmap? saya da masukan kan dlm excel koordinat wgs84 n export mengikut data frame (rso)tp still xboleh. boleh x encik terangkan step by step. saya da try tp still koordinat lari.
ReplyDeletekalau koord tu manually keyin dalam table, mmg output table pun tak akan berubah koord walaupun dah ubah coord system pada data. Yg diubah hanya koord system data spatial, bukannya value koordinat yg dah dimasukkan dalam table. Sekiranya nak dapatkan koordinate yg dah berubah tu ke dalam table, gunakan tool ADD XY Coordinate dalam Data Management Tools di arctoolbox.
Deletesalam admin..boleh bagitahu macamne nak convert GDM_2000_State_Cassini_Johor to WGS84..boleh bagi step x?harap dapat membantu
ReplyDeletewsalam... stepnya sama sahaja seperti di atas, cuma utk step 1 tu utk cth data rso, so setkan sahaja ke data cassini gdm, tapi utk step ke 3 tu utk datum transformation, awk perlukan 7 parameter conversion dari jupem dan keyin dalam arcgis. parameter tu tiada dlm arcgis.
Delete7 parameter ?? tapi kat arcgis cuma ada 3 parameter je masa transformation iaitu "X axis " , "Y axis" dan "Z axis"........
Deletekalau geocentric transformation mmg kluar 3 parameter je. Dalam ArcGIS datum transformation tu, perlu pilih method Coordinate Frame transformation, baru akan appear 7 parameter.
DeleteAssalam..saya ada data raster (tiff) dalam gdm 2000..saya perlu convert ke shapefile dengan WGS84..better setting projection sebelum ke selepas convert?
DeleteMana mana nak dapatkan 7 parameter untuk buat dalam arcgis?
salam....
ReplyDeletesy nk tnye...
klu sy da tersilap define coord system cemne nk buat ye???
septotnye data sy RSO, tp sy define ke WGS....
terima kasih
wsalam...
Deletesorry tak perasan mesej... kalau data tu belum project, cuma redefine balik je data tu dlm catalog sebagai wgs.. sepatutnya ok...
salam....
ReplyDeletesy nk tnye...
klu sy da tersilap define coord system cemne nk buat ye???
septotnye data sy RSO, tp sy define ke WGS....
terima kasih
salam. sy guna bing map as base map. bila sy nak create new point shapefile, keluar warning msg spatial reference doesnt match with data frame. tp sy dh reproject kepada wgs1984. mcm mane ye nk betulkan? atau sy salah pilih projection?
ReplyDeletewsalam... semasa create new shapefile tu define sebagai wgs ke? kalau kluar mesej warning tu takde masalah sebenarnya sekiranya kesemua layer dlm map dah define projection.. warning tu hnya makluman arcmap akan buat on the fly projection utk pastikan data tu boleh overlay.. dan sekiranya datum data berbeza dengan datum frame, pastikan klik button Transformation kat warning dialog tu utk buat proses datum transformation.
DeleteKetika di universiti, saya diajar untuk menggunakan geographic coordinate yang Timbalai tu..
ReplyDeletesekarang dah kerja, semua laporan yang saya jumpa menggunakan wgs84..
apa bezanya ye?
Timbalai adalah projected coordinate, bkn geographic. Sebenarnya ikut tujuan utk apa data tu nak digunakan. Kalau takat nak locate kedudukan, wgs84 pun boleh, tapi utk analisis gis melibatkan pengiraan jarak, keluasan, projected coordinate lebih sesuai.
Deletesalam encik.. saya nak tanya. sedang dalam process untk fyp saya. saya menggunakan google earth image yang mana saya dah convert/geocode data saya ke WGS. Tapi untuk analysis, saya memerlukan data cassini. so, cmne ek untuk image google earth yg saya gunakan ini nak ditukarkan kepda cassini (perlis)? thank you.
ReplyDeletewsalam... kena ada spatial ref utk cassini perlis dulu..sbb parameter cassini berbeza mengikut state. Cthnya dalam bentuk prj file. Bila dah ada file tu, setkan dalam arcmap data frame coord system dan export data wgs tu ke cassini macam cth saya buat kat atas.. atau boleh juga guna arctoolbox Project tool.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletethank you encik kerana sudi reply prtnyaan saya ini. encik, boleh tak nilai parameter cassini prlis saya amik disni .http://www.eye4software.com/resources/grid/3383/..
ReplyDeleteNilai parameter kat website tu utk CassiniGDM dan bukannya Cassini sebab menggunakan datum GDM2000. Sekiranya old Cassini menggunakan Datum Kertau
Deletesalam.. tmpg tnye.. kalo dalm map topo sy beli tu dy bg koordinate dlm lat long...then sy dah setkan koordinat sme la.. GDM2000 MRSO.. pastu npe dy kuar nilai dlm nilai xy? maaf sy belum mahir guna arcgis
ReplyDeletewsalam.. boleh citekan steps macamana set koordinate ke GDM2000 MRSO?
Deletesalam..nak tanye sikit.. apa beze antara kertau dgn wgs 1984...dan juge kertau dan timbalai?
ReplyDeletewsalam.. kertau adalah datum yg digunakan utk rso projection semenanjung, timbalai adalah datum utk rso projection sabah sarawak
Deletewsalam... saya kurang pasti non-earth tu dalam projection apa?
ReplyDeletesalam..nk cari spatial reference properties, nk kena klik ape ye? sbb source shapefile saya sepatutnya Kertau RSO, tapi tulis unkwon.
ReplyDeleteAssalam, sy x jumpa pn mana nak klik data frame properties, ada properties je. sy nk convert dr wgs84 ke gdm2000
ReplyDeletewsalam. depend pada apa yg awk right click... kalau right click di dalam data view akan dpt Data Frame Properties, kalau right click di dalam layout view, akan dpt Properties.. kedua2nya sama.. atau klik saja pada menu ArcMap View > Data Frame Properties
Deletebos, nak tanye.. nape saye nk rename dat out tu, popup output name is not not valid
ReplyDeletedepend output dlm format apa.. sekiranya format geodatabase..nama output tidak boleh blank space dan mesti wujudkan geodatabase dahulu.
Deletesalam,tuan bagaimana saya nk tukar cassini ke RSO/WGS84 sebab saya sudah cuba tapi tak de perubahan.mintak tolong tuan
ReplyDeletewsalam... caranya sama saja seperti tutorial yg saya tunjuk dalam topik ni.. cuma bezanya tutorial ni utk rso ke wgs84. Tuan cuma perlu follow saja step di atas, cuma gantikan saja rso kpd cassini dan output wgs84 sebagai rso sekiranya tuan mahu convert dari cassini kpd rso. Pastikan juga tuan sudah betul2 setkan coordinate system dataframe sebagai rso (utk convertion ke rso) dan guna option use the same coord system as data frame semasa export, jika tidak mmg tiada apa2 perubahan pada data.
DeleteSalam Saya Suka GIS..saya pengguna baru ArcGIS untuk kegunaan kerja saya.
Deletemaklumat peta lot tanah yang saya ada menggunakan sistem koordinat RSO. baru-baru ini, saya menerima permohonan daripada jabatan lain untuk lot tanah tetapi dalam sistem koordinat Cassini.
saya rujuk tutorial di atas untuk menukar sistem Cassini kepada RSO, tetapi saya tak jumpa option 'Cassini' untuk dijadikan sebagai input untuk menukar sistem koordinat.. mohon pandangan tuan.
harap tuan dapat bg tutorial..terima kasih
ReplyDeleteKenapa apabila selepas dibuat projection data dari wgs rso dan kemudian data rso tu di tukar ke kmz utk tujuan dilihat di google earth, point data lari hampir 60 meter jarak dengan point data asal.
ReplyDeletekenapa data wgs tu tuan project ke rso. rasanya lebih mudah kalau nak view dalam google earth guna data yang dalam wgs terus
Deletekami memang guna dalam rso meter untuk tujuan perlaporan supaya senang utk mengira keluasan.
DeleteGoogle earth tu cuma utk mendapatkan imej terkini dan di poligonkan. Jadi bila di plotting guna imej yang dipoligonkan dari google earth. Tuan ada idea ke supaya bila di projection dari wgs ke rso meter point tak lari.
sepatutnya mmg data tu tak lari selepas dipoligonkan dari google earth dan diconvert semula ke rso di arcgis... cuma kena pastikan semasa convert tu mesti ada set datum transformation kertau_to_wgs tu...
Deletedata yang lari tu bila download dari gps. so penyelesaiannya saya retype koordinate kedalam excel then input sebagai x,y data. cuma jika banyak point guna cara ni nampak leceh. then x,y data tu saya export sebagai shape file format rso meter. then guna tools utk convert layer to kml then bukak guna google earth. so far point tak lari dan masuk dalam google earth. So saya test buat projection dari rso meter ke wgs84 then dari wgs84 ke rso meter, point takde yang lari. so kira resolve lah masalah saya.
Deleteooo... tuan ada double check tak gps setting tu guna projection apa datum apa....
DeleteOk dah settle, geographic transformation letak kertau_to_wgs_1984, so baru projectionnya ok tak lari walaupun wgs atau rso meter.
DeleteTerima Kasih Sifuuuu.
tahniah.. berehhh...
DeleteTuan sya konfius kalau kita nk digitize map image yg nk kita masuk tu kna define spatial reference, contoh sya letak kertau rso meter, then shape file pon sya letak reference yg sama , untuk kira area kita kena set point. tp bila sya cuba nk set point , tak boleh, mcm tool tu disable . harap tuan dpat tolong sya
ReplyDeletesaya kurang jelas apa maksud tuan set point tu utk pengiraan area. Kalau data shapefile, kita boleh kira area dari table polygon, guna calculate geometry pada field yg kita bina dalam table tu. Kalau geodatabase, polygon yg kita digitize automatik akan ada area dalam field Shape_Area.
DeleteSalam...tuan nak tanya saya ada imej pakai drone bila masuk kat arcmap 10.1 nak convert projection dr wgs84 ke rso guna arctoolboox x boleh...say guna data management tool- projection and transfomation -raster - project raster ..tapi x boleh...
ReplyDeletewsalam.. boleh saya tau x boleh tu ada apa2 error message? imej drone dlm format apa? bila buka properties ada tulis x imej tu dlm wgs84 di ruangan spatial reference?
DeleteOk terima kasih tuan...dah selesai memang betul sebab kat ruangan spatial reference x aa wgs84 tu...apapun tq
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih Tuan.. Terbaik info. Saya baru berjinak2 guna gis. Dpt shp dari client, dalam datum kertau. tp xtau nak tukar kepada datum wsg84 sbb ggis, on the fly projection lari jauh bila dlm qgis. terima kasih banyak2.keep it up writing benda ini. :)
ReplyDeleteterima kasih tuan... semoga ilmu yg dikongsi memberi manfaat...
DeleteAssalam Tuan,
ReplyDeleteSaya ada data raster dalam format tiff dengan koordinate GDM 2000. Saya perlu convert ke shapefile dalam koordinate WGS 84. Mana yang lebih baik, set projection sebelum ke selepas melakukan conversion?
Boleh berikan juga step2 untuk convert raster ke shapefile.
Terima kasih.
wsalam...
Deletetidak ada mana yg lebih baik dari segi setting projection, sebelum atau selepas.. mana2 step pun sama saja asalkan buat step yang betul. Proses conversion ke shapefile pun boleh buat serentak terus convert projection sebenarnya. Tapi kalau nak mengelakkan kekeliruan, better buat satu2 dlu, convert raster gdm2000 ke shapefile gdm2000, kemudian project shapefile gdm2000 ke shapefile wgs84.
Nak convert raster ke shapefile, boleh guna toolbox Conversion Tools > From Raster
Thanks bro..
Deletewelcome...
DeletePenerangan yang paling atas membantu jika guna ArcGIS. Tuan tahu bagaimana nak buat perkara yang sama dengan QGIS, bukan ArcGIS, khususnya bahagian datum transformation?
ReplyDeleteSalam, image dlm brso tp terconvert ke rso. Ada x cara lain nak buat? Kalu nak,convert balik makan masa lama.. tq
ReplyDeleteSalam tuan dan selamat tahun baharu 2020
ReplyDeletesy dari Sabah mohon tunjuk ajar cara yg betul menukar sistem koordinat
WGS 1984 Web Mercator (Auxiliary Sphere) ke Timbalai 1948/R.S.O. Borneo(m).
Sy agak bingung kerana dlm sistem koordinat AutoCAD Civil 3D, tdk ada
WGS 1984 Web Mercator (Auxiliary Sphere) ni. Yg ada cuma WGS84.PseudoMercator...keterangannya WGS84 based Mercator(spherical formulation).
Apakah perlu tukar dahulu sistem koordinat dari WGS 1984 Web Mercator (Auxiliary Sphere) ke dlm
WGS84.PseudoMercator..........ataupun ke dlm senarai sistem koordinat yg tertera pilihan kategori(world) WGS84 dlm arcgis, ...... dan kemudian barulah boleh tukar ke Timbalai 1948/R.S.O. Borneo(m)??
terima kasih
susah betul nak hadam bab projection ni huhuhu selalu x menjadi
ReplyDelete