Friday, 4 January 2013

Analisis DISSOLVE


Topik kali ni agak ringkas. Saya akan menerangkan satu analisis yang agak kerap digunakan dalam GIS iaitu DISSOLVE.  Arahan DISSOLVE ni selalu digunakan untuk menghasilkan data baru dengan cara menggabungkan feature bersebelahan sekiranya mengandungi set attribut yang sama. Ermm faham tak apa yg saya cuba nak huraikan tu? Simple sahaja konsepnya. Cuba lihat pada gambar kat bawah ni.



Itulah konsep dissolve. Kalau kita lihat dalam gambar tu, asalnya ada 4 polygon : 2 polygon attribut kod A dan 2 lagi polygon attribut kod B. Selepas saya run arahan DISSOLVE, hasilnya saya dapat layer yang baru mengandungi 2 polygon, masing-masing atribut kod A dan B. Asal 2 polygon atribut kod A tu digabungkan menjadi 1 polygon kod A kerana ia polygon bersebelahan dan kodnya pula sama (A). Ermmm dalam kes macamana sesuai nak guna dissolve ni? OK cuba lihat pula gambar bawah ni. (kalau tak clear, klik pada gambar untuk enlarge).



Contoh dalam gambar tu menunjukkan data sempadan mukim Negeri Sembilan. Bila saya open table mukim tu, saya dapati ada field MUKIM dan field DISTRICT. Bila saya labelkan mukim tu menggunakan field MUKIM, peta yang dipaparkan adalah seperti gambar (A). Kalau saya labelkan mukim tu guna field DISTRICT pula, dapat peta macam gambar (B). OK cuba perhatikan betul-betul peta (B) tu. Sama tak gambarannya macam konsep dissolve yang saya terangkan dalam gambar sebelum ni.  Agak-agak kalau saya run command DISSOLVE menggunakan atribut DISTRICT, data apa yang saya akan dapat?



Tentulah saya akan dapat layer sempadan daerah, betul tak? Sebabnya? Sebab polygon atribut sama akan digabungkan. Dalam kes ni, mukim dalam daerah yang sama akan digabungkan menjadi satu polygon daerah. So macamana nak run DISSOLVE ni? Ada dua cara. Kalau guna ArcGIS 10.x, boleh klik menu Geoprocessing > Dissolve dalam ArcMap. Satu lagi boleh access melalui ArcToolbox melalui tool Data Management Tools > Generalization > Dissolve.


Kemudian dialog Dissolve akan dipaparkan seperti gambar bawah ni.



Penerangan nombor :
  1. Pilih layer yang nak dissolve tu. Dalam kes ni Mukim
  2. Letak nama output layer.
  3. Pilih Dissolve Field. Dalam kes ni field DISTRICT yang mewakili nama daerah.
  4. Klik OK.


Hasilnya adalah layer sempadan daerah. Sekiranya anda mempunyai atribut nama negeri, layer sempadan negeri juga boleh dihasilkan menggunakan konsep yang sama seperti di atas.



Selamat mencuba...

2 comments:

  1. boleh tuan post teknik 'clip'? mungkin ada cara yg berbeza.tq

    ReplyDelete