Dua tiga hari ni heboh orang dok
cerita tentang ribut Sonamu. Kalau ikut ramalan, ribut ni bergerak ke arah
barat menuju Kelantan, Terengganu dan Pahang, tapi tetiba alih arah plak ke
Johor dan Sarawak. Apa kaitan ribut ni dengan topik Suka GIS kali ni? OK, katakan
saya ada data arah laluan ribut ni dalam point dan saya nak tunjukkan arah tu
dalam peta GIS saya. Contoh data saya seperti di bawah ni. Kalau sape yg dah gosok2 mata tu, klik kat gambar tu untuk enlarge.. :):)
Teks label tu menunjukkan bearing
arah ribut tu di setiap point. Kalau saya papar data tu menggunakan simbol
point dot nampak macam tak menarik plak kan? Rasanya kalau saya tukarkan simbol
dot tu ke simbol anak panah tentu lebih menarik dan lebih mudah user nak baca
map tu. Sebelum tu, cuba lihat kandungan data saya dalam table di bawah ni.
Dalam table tu ada field DIR
mewakili direction iaitu arah ribut di setiap point. Dalam ArcMap, saya boleh papar
simbol anak panah mengikut maklumat arah sudut dari field DIR tu. Macamana
caranya? Follow step berikut.
Buka dulu Layer Properties untuk
data point tadi. Anda akan dapat window Layer Properties macam gambar bawah ni.
Penerangan nombor :
- Klik tab Symbology
- Klik button simbol point
- Pilih simbol 'Cutting Plane Arrow' (Simbol ni dalam galeri Style Reference Dimension..so kalau tak jumpa simbol ni dalam list, load dulu style Dimension)
- Klik OK.
- Paparan data akan jadi seperti bawah ni.
Hmmmmm macam ada sesuatu tak kena
plak. Awat semua arrow tuju ke bawah je? Hehe sebabnya anda tak set lagi
direction arrow tu mengikut arah dari field DIR tadi. OK kita modify sikit lagi
setting. Buka balik Layer Properties, lepas tu buat macam step kat bawah ni.
Penerangan nombor :
- Klik button Advanced dan pilih Rotation...
- Pilih field DIR
- Pastikan Rotation Style sebagai Geographic.
- Klik OK.
Paparan data anda akan jadi
seperti di bawah ni.
OOppppss...wait seminit. Perhati
betul-betul peta tu. Arah ribut sepatutnya menghala ke arah barat. Apesal arrow
tu menunjuk ke arah timur? Macam terbalik plak bearing tu. Haa ada sikit lagi setting
anda kena buat. Buka balik window Symbol Selector sebab anda kena tukarkan setting
angle simbol anak panah tu supaya menunjuk ke arah utara. Rujuk gambar bawah
ni.
Ubah nilai Angle untuk mengubah arah simbol arrow |
Default simbol untuk 'Cutting
Plane Arrow' ialah arrow menunjuk arah bawah (Selatan). So kita kena tukarkan
supaya tunjuk arah utara sebab calculation bearing kita start dari arah utara.
Caranya taip aje kat ruangan Angle tu dari 0 kepada 180. Bila dah tukar angle
tu sepatutnya peta anda akan jadi seperti di bawah ni.
Haaa baru la logik. Teknik ni
anda boleh gunakan untuk data-data lain, contohnya arah arus laut. OK...selamat
mencuba.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTuan, blh buat contoh nk upload data gps? Tq
ReplyDeleteslalunya software gps tu sendiri ada tools utk convert data dari gps tu ke txt file, table or kemungkinan terus ke shapefile. Kalau dari txt file atau table tu, dlm arcmap kita boleh plot terus menjadi point guna Display XY data. Cuba rujuk topik saya sebelum ni Integrasi Data Excel utk cara nak buat Display XY data tu. Selain tu, ArcMap juga ada GPS toolbar utk kita direct attach GPS ke laptop dan terus dptkan bacaan GPS.
DeleteTuan, saya dari JASNJ di mana boleh saya dapatkan data arah angin tersebut. Laporan dalam bentuk GIS ini mungkin amat diperlukan oleh pihak kami.
ReplyDeletetuan..data yg saya tunjuk tu cuma sampel yg saya screen digitize dari website.. saya kurang pasti dimana nak perolehi data tu...
DeleteMaknanya data tu tak kira apa pun boleh la kan?bukan takat bearing je kan? incase kalau saya nak tnjuk arah aliran paip air, saya just nak letak point ikut suka rasa (tanpa data) then edit cara yg en ajarkan di atas boleh kan?
ReplyDeletekalau data tu data point tapi nak menunjukkan direction menggunakan arrow symbol, data point tu mesti ada maklumat bearing..
Deletecamtu data bearing tu kena dapatkan dari survey plan atau boleh key in sendiri guna xy coordinate dr map?
Delete