Friday, 25 January 2013

Isu Keserasian Geodatabase 9.x - 10.x (Geodatabase Compatibility)


Kali ni saya ingin menyentuh isu compatibility di dalam geodatabase. Kadangkala saya ada dengar keluhan dari user yang mengatakan geodatabase yang mereka bina tak boleh dibaca oleh ArcGIS di komputer lain sebab perbezaan version ArcGIS yang digunakan. Contohnya di pejabat anda mungkin ada PC yang guna ArcGIS version 10 dan PC yang lain pula guna ArcGIS version 9. Cuba lihat rajah compatibility kat bawah ni ..



Gambar tu menunjukkan dua geodatabase, masing-masing dibina dari version 9.3 dan 10. Dari gambar tu dapat dirumuskan :-
  • ArcGIS Desktop 9.3 boleh baca geodatabase 9.3
  • ArcGIS Desktop 10 boleh baca kedua-dua geodatabase 9.3 dan juga geodatabase 10.
  • ArcGIS Desktop 9.3 tak boleh baca geodatabase 10


Jadi, kalau anda guna ArcGIS 9.3 dan geodatabase yang anda nak access tu dibina dari ArcGIS 10, memang komputer ArcGIS anda tak boleh baca le geodatabase tu. Kalau nak baca juga, anda terpaksa install ArcGIS 10 ataupun  downgrade geodatabase 10 tu ke version 9.x.

Downgrade geodatabase

Sekarang ni katakan geodatabase anda tu dalam version 10 dan anda nak downgrade ke version 9. Camne caranya? Mudah saja. Mula-mula create dulu geodatabase kosong dalam ArcToolbox sebagai geodatabase version 9.x, kemudian copy paste semua data-data dari geodatabase 10 tadi masuk ke dalam geodatabase 9. Disebabkan anda nak downgrade geodatabase tu dari version 10 ke 9, semua steps ni anda kena buat menggunakan ArcGIS desktop 10. Kenapa tak boleh buat dalam ArcGIS Desktop 9? Sebabnya... Desktop 9 tak boleh baca geodatabase version 10 tu, so macamana nanti anda nak copy paste data dari geodatabase 10 tu? Rujuk gambar di bawah untuk steps create geodatabase version 9.x (klik gambar untuk enlarge)



Penerangan nombor :
  1. Dalam ArcToolbox, click Data Management Tools > Workspace > Create Personal GDB atau Create File GDB
  2. Pilih folder dimana anda hendak bina geodatabase anda
  3. Namakan geodatabase anda
  4. Pilih version geodatabase yang anda nak downgrade. Dlm contoh tu saya nak create geodatabase version 9.3
  5. Klik OK.


OK.. sekarang anda dah pun create satu geodatabase kosong dalam version 9.3. Next, simply pilih saja layer dalam geodatabase 10 tu, lepas tu klik copy dan paste masuk ke dalam geodatabase 9.3.



Selesai sudah. Sekarang bolehlah anda buka geodatabase tu di dalam ArcGIS Desktop 9.3. Mudah je...

4 comments:

  1. Thanks for info...nice posting..

    ReplyDelete
  2. Tau tak pasal compatibility 10.0 and 10.1? Saya pakai 10.1 sekarang, risau pulak kalau tak compatible dengan 10.0, sebab most PCs kat lab guna 10.0.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ikut documentation, arcgis 10.0 boleh access dan edit geodatabase 10.1..dgn syarat data dlm geodb 10.1 tu takde specific functionality new feature 10.1. Rujuk pada link ni utk info lanjut...

      http://resources.arcgis.com/en/help/main/10.1/index.html#//003n00000008000000

      Delete