Sunday 17 February 2013

Analisis Cross-Section Profile Guna Free Tool - ET Surface


Kali ni saya nak share satu tools percuma yang boleh digunakan bersama ArcGIS Desktop... ET Surface. Agak menarik juga tools ni bila saya cuba-cuba. Kesemua tool yang terdapat dalam ET Surface ni sebenarnya adalah tool-tool yang terdapat dalam ArcGIS 3D Analyst dan Spatial Analys, tapi yang bagusnya nak run tool ni anda tak payah ada license 3D dan Spatial Analyst pun. Waaaa... best ni.. maknanya boleh buat slope analysis, 3d analysis semua.



Tapi namanya pun free version... for sure ada limitation. Kalau yang takde limitation tu kena purchase license dia. Tapi walaupun ada limitation, sesetengah tool dalam ET Surface ni still relevan dan sesuai anda gunakan, contohnya analysis cross-section profile dalam ni yang saya rasa lebih fleksible berbanding dengan cross-section profile dalam 3D Analyst.

OK...nak download ET Surface ni anda boleh ke website http://www.ian-ko.com  Sebenarnya kat website tu ada banyak lagi free ArcGIS tools yang anda boleh cuba. Dan yang bagusnya anda boleh pilih nak download ikut version ArcGIS anda. Supported version ialah dari ArcGIS 10.1 sehinggalah latest version 10.5.

Pilih saja nak download mengikut version ArcGIS anda


Lepas download tu, double-click je file setup dan ikut arahan seterusnya. Bila dah complete install, buka ArcMap anda, dan sepatutnya anda akan nampak ET Surface dalam senarai toolbar anda. Aktifkan toolbar ET Surface tu, dan bila anda klik button ET kat toolbar tu, anda akan dapat senarai penuh tool-tool dalam ET surface seperti gambar bawah ni.

Senarai tools dalam ET Surface


So dari situ anda pilih je lah nak buat Interpolate Surface ke, TIN Surface Analysis ke, Raster Surface Analysis ke dan macam-macam lagi. Sekarang saya akan tunjuk macamana nak buat analisis cross-section guna ET Surface ni. Mudah saja, rujuk gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Klik button Draw cross-section line
  2. Lakar garisan scross-section atas surface (anda perlu ada surface 3D dulu samada raster atau TIN)
  3. Profile cross-section akan dipapar mengikut lakaran anda tu.


Satu lagi yang saya suka ialah selain dari cross-section tu dia papar di profile graf, anda juga ada option nak papar profile cross-section tu di atas map anda. Contoh macam gambar bawah ni :-

Profile cross-section boleh dipapar di lakaran atas map


Penerangan gambar :-
  1. Pada graf profile tu, klik menu Profile > Draw Profile on View
  2. Pilih nama surface anda.
  3. Klik OK. Anda boleh juga klik Preview untuk test tengok profile tu di atas map.
  4. Garisan profile di papar atas map.


Satu lagi features yang saya suka kat graf profile cross-section ni ialah anda boleh overlay layer atas garisan cross-section tu. Contohnya katalah saya buat garisan cross-section di atas layer landuse seperti gambar di bawah ni.



Bila saya buat graf profile cross-section, saya ada option untuk overlay layer landuse tu di atas graf profile. Dari situ saya boleh analyze lebih detail, contohnya pada profile ketinggian 1200m hingga 1400m pada jarak tertentu, landuse apa yang terdapat pada ketinggian tersebut. Wahhh bagus ni. Rujuk gambar bawah ni macamana cara-cara nak buat tu.

Maklumat layer landuse dipapar di atas profil cross-section


Penerangan gambar :-
  1. Pada graf profile, klik menu File > Add Layer
  2. Pilih layer yang nak overlay. Dalam contoh ni landuse.
  3. Pilih surface.
  4. Pilih field dalam layer overlay tu yang nak digunakan sebagai label pada graf.
  5. Klik button Finish.
  6. Perhatikan layer landuse tu bersama label di overlay di atas garisan cross section. Color symbology landuse juga akan mengikut color yang telah anda set di map anda.

Menarik kan? Free pulak tu..hehe. OK selain dari cross section, banyak lagi tools yang anda boleh cuba dalam ET Surface ni. Saya ada jugak cuba run slope analysis, tapi output raster slope saya ada pulak label "ET" kat tengah-tengah data slope tu. Dia nak suruh purchase license le tu kalau nak hilangkan "ET" tu..:) :).

Ada caption "ET" plak bila generate slope...adehh..


OK...amacam...cool tak free tool ni? Selamat mencuba.

12 comments:

  1. salam yang nie boleh digunakan untuk drainage analysis tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... rasanya tak boleh sbb tak jumpa pun dalam tu tools utk create watershed, flowdirection etc...

      Delete
  2. Salam.....sy nak tya mcm ne syg nak dpt kat tool Arc hidrology tool 9?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... hidrology tool perlukan license spatial analyst. Kalau dah ada spatial analyst extension, tool hydrology terletak dlm group tools Spatial Analyst di ArcToolbox..

      Delete
  3. bukan maksud sy arc hidrology tool 9......sy nak gune yang tu....mcm ne nak install ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidrology tool 9 tu kena install dulu file .dll dia. Buka customize window, pastu klik button add from file dan pilih fail .dll tu

      Delete
    2. boleh tak en terang dengan lebih details lagi cara untuk install arc hidrology tool 9?sy sudah cuba tetapi ade missing dalam tool tu...ade yang xdpt bukak sbb die ckp mismatc, apframework xde...

      Delete
    3. macam tu ler caranya... simple je... buka customize window dlm arcmap (saya tak ingat klik kat mana kat menu nak buka window tu sbb arcgis saya dah guna ver10.1, lain skit).. lepas tu klik tab Commands, klik button Add from file, pilih fail dll hydrology tu. Sepatutnya lepas tu dia akan create toolbar utk hydrology dalm arcmap. Guna arcgis version brape? Windows XP? 7?

      Delete
    4. Arcgis 9.3.window 7...

      Delete
    5. kemungkinan masalah compatibility ngan window 7

      Delete
  4. mcm mane kite nak buat klu tukar topo to raster complete tapi xde perubahan ape2 kat plan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check setting kat geoprocessing environment... check analysis extent, coord system etc...

      Delete