Saturday, 9 February 2013

Penggunaan Dataset LIDAR dalam ArcGIS


Baru-baru ni saya cuba memanipulasi data LIDAR di dalam ArcGIS 10.1. Saya ni bukanlah pakar dalam teknologi remote sensing,  image processing dan seumpamanya, tapi apa yg saya nak share disini, jika anda ada knowledge dlm bidang-bidang yang saya sebut tadi, anda boleh gunakan kelebihan feature baru dalam ArcGIS Desktop 10.1 untuk menganalisis data-data LIDAR.

LIDAR (Light detection and ranging) adalah satu teknologi remote sensing menggunakan sistem laser scanner yang membolehkan kita mendapatkan sampel2 point (dipanggil juga point cloud dataset) yang padat dalam 3D. Data-data ini seterusnya boleh dianalisis untuk menghasilkan DTM, DSM dan lain-lain.

Kelebihan dalam ArcGIS 10.1 ialah anda boleh direct baca data LIDAR ni tanpa perlu proses conversion atau import/export. So..kalau nak guna feature baru ni, terpaksalah anda upgrade version kalau still guna version lama..huhuhu..(promosi percuma utk ESRI..kena mintak komisyen nih..). Satu lagi syaratnya anda perlu ada extension 3d Analyst untuk analyze data LIDAR ni.

Kebanyakan data LIDAR yang dibekalkan sekarang adalah di dalam format binary file yang dipanggil fail LAS iaitu satu format industri standard yang dicipta oleh American Society for Photogrammetry and Remote Sensing (ASPRS).

Nak gunakan data LAS dalam ArcGIS ni ada byk cara.. samada membina LAS dataset dari LAS file, membina Terrain Dataset atau membina Mosaic dataset.  Lepas anda bina dataset melalui salah satu cara tu, barulah anda boleh analyze LAS file ni.



 Di sini saya akan tunjukkan kaedah yang mudah iaitu membina LAS dataset. LAS dataset ni akan menyimpan reference pada satu atau lebih fail LAS di disk anda.



Untuk bina LAS Dataset ni, gunakan ArcCatalog atau Catalog Window dalam ArcMap. Rujuk gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Right click kat folder yang dikehendaki dan pilih New > LAS Dataset
  2. Namakan LAS Dataset anda.
  3. Right click LAS Dataset yang baru buat tu dan pilih Properties.
  4. Klik tab LAS Files
  5. Klik button Add Files...
  6. Pilih senarai fail LAS anda.
  7. Klik OK.


Bila anda masukkan LAS dataset tu dalam ArcMap, secara default extent setiap fail LAS tu akan dipapar sebagai polygon outline merah.



Seterusnya masukkan toolbar LAS Dataset dalam ArcMap. Melalui toolbar tu, anda boleh view LAS dataset tu sebagai point elevation ataupun sebagai surface seperti di bawah ni..



Seterusnya ada boleh bina cross section 2D view dan juga 3D view dari data tadi. Nak buat cross section 2D view mudah saja, klik pada button LAS Dataset Profile View seperti gambar bawah ni dan define area yang anda nak. Hasilnya rajah profile view dihasilkan.



Nak jana 3D View pula, klik button LAS Dataset 3D View.  Tapi kalau computer anda tak cukup power, pastikan anda view dulu LAS dataset anda tu sebagai point elevation sebelum create 3D View. Kalau data anda dalam mode surface view, alamatnya silap-silap hang komputer anda nanti.



Banyak lagi analisis boleh dibuat once data LIDAR ni digabung dengan data-data GIS yang lain. Antaranya boleh buat floodplain mapping, landscape ecology, volume calculation, estimate kepadatan dan tinggi pokok  dan macam-macam lagi ler. Cool...

18 comments:

  1. Salam. Nice blog.
    Saya ada data LiDAR tp dlm format tiff. Skarang ni baru blaja2 pakai arcgis. Saya nak extract info and cek detail data ni trough multipoint. Tapi dia perlu LAS data. Ada advise mcamana saya nak cek pakai format yg sedia ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....rasanya kalau dh format tiff dh xleh dh convert balik jd LAS sbb tiff tu dh jd output yg diproses dari data lidar. Cuma kalau tiff tu represent DTM or DSM, boleh le gunakan data tiff tu utk analisis generate slope, hillshade etc. Dan satu lg data tiff tu boleh juga diconvert balik kpd point features gunakan geoprocessing 'Raster to Point' ..

      Delete
    2. Tu yg tgh buat skarang..reverse blk to points. sbb utk objective ni,based on reviews and tutorials, kene pakai LAS..(or sebenarnya boleh je pakai tiff. sy yg tak tahu hehe)..anyway..tq yer Cik Azlan! wassalam

      Delete
    3. sebenarnya objectivenya nk wat analisis pe tu?? hehe

      Delete
    4. Nak kira tree height, canopy density and biomass.
      Tree height tu ok boleh pakai raster DSM-DTM (.tiff). Tp canopy density tu kene start dr LAS (kata tutorial). hehe. saya try buat step by step ikut white paper Encik ESRI ni hehe

      Delete
    5. oooo gitu ceritanya...huhu... sy pun x pernah buat analisis canopy density tu... tapi rasanya klu dh jd data tiff mmg xleh wat...

      Delete
  2. Btw Encik/Dr Azlan, thanks sbb buat blog ni and share ilmu. Kenapalah saya baru jumpa hari ni. Terima kasih banyak2 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem.. Dr??? alamak... Dr blog bule ler... phd pun x amik...

      Delete
  3. Salam En Azlan, gembiranya dapat jumpa blog yg sgt berinformasi ni. Saya ada data LIDAR format ascii (xyx) dan saya ada arcgis 10. Saya nak buat flooding simulation, yang mana saya ada basemap building juga. Mcamana nak asingkan point lidar dr polygon, saya try buat selection by location tapi tak menjadi. Boleh advise tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... cuba buat select by location utk dapatkan point yg dalam polygon. Kemudian guna button switch selection dalam table utk select point yg diluar polygon. Lepas tu export result selection tu as new featureclass.

      Delete
  4. Tqvm En Azlan, saya sudah cuba buat select by location tp dia hanya pilih beberap point shj, tak pasti kenapa jd begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...tak jadi ek? kalau tak pun cuba guna geoprocessing overlay analysis dalam arctoolbox. Klik kat Analysis Tools > Overlay > Erase. Pilih point lidar sebagai input features dan polygon tu sebagai erase features.

      Delete
  5. En Azlan, saya tak pasti kenapa kaedah select by location tu x menjadi, byk info dr internet ckp buat camtu, tp bila saya guna Quantum GIS (saje try), menjadi, lps tu sy try save shape file building dr Quantum GIS masuk ArcGIS dan buat select by loc, berjaya! En Azlan ada experience buat flooding simulation dlm ArcGIS? buatla entry camna nak wat 3D flooding simulation..dr lidar, then air naik sikit demi sikit guna Arcscene (sory byk sgt request) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe ada something wrong kat shapefile tu. Cuba delete semua extension shapefile tu kecuali .shp, .dbf dan .shx. Tentang 3d flood simulation tu, dalam ArcGIS help ada diterangkan macamana nak buat tu. Boleh refer di link ni.. http://resources.arcgis.com/en/help/main/10.1/index.html#/Floodplain_modeling_using_lidar_in_ArcGIS/015w00000062000000/

      Delete
  6. salam..sy student uitm..skrg sy tgah wat thesis utk dgree..kt u,x de blaja pon psal lidar..tp sy b'minat utk involve lbih dlm psal lidar..so,sy wat thesis psal lidar ni..msalah sy skrg,sy ad data lidar dlm ascii(x,y,z)..tp sy gne arcGIS 9.3...bleh x bgtaw cmne nk view data lidar 2..sy nk dptkan coordinate & heigting t'hadap data lidar t'sebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..terdapat byk tool conversion dlm toolbox seperti ascii to raster, dem to raster, tapi semua bergantung pada format dan structure input file. Utk ver 9.3 saya kurang pasti, tapi dalam arcgis 10, ada tools ASCII 3D to feature class yang boleh terima format x,y,z

      Delete
  7. salam en azlan. boleh x las file transform terus dri WGS84 ke RSO Kertau guna platform las dataset? memang bole transform kalau tukar las to multipoint, data management tool tp kelas2 tidak akan dibawa bersama. ada alternatif lain x.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe tak boleh. Cuba guna konsep on-the-fly projection dlm arcmap, tapi maybe akan effect performance kalau data terlalu besar

      Delete