Grrrrr sejukkk.... kali ni training GIS buat kat Cameron Highland. Peserta pula dari JPS Terengganu. Angin ngan hujan menambahkan lagi kegigilan saya..hehe. Kursus ni hanya kursus asas ArcGIS, tapi memandangkan peserta dah ada fokus projek apa yang nak dilakukan, saya ubahsuai sikit silibus dan lebih tumpukan pada apa yang peserta nak. Fokus exercise lebih pada data conversion dan cleaning data lot dalam AutoCAD dan juga conversion data RT JPBD dari format MapInfo kepada Geodatabase.
|
Lokasi kejadian |
|
Hasil conversion data lot AutoCAD dan MapInfo RT JPBD |
Memandangkan aktiviti malam agak kurang di Cameron, jadual kursus pun diubahsuai ikut persetujuan kedua2 pihak. Kursus start pagi 9am hingga 12pm pada hari pertama, kemudian disambung 9pm-11mlm. So petang tu bolehlah ronda-ronda kejap cari ole-ole. Hari kedua pula macam biasa kursus 9am-5pm dan disambung perbincangan pada sebelah malam.
|
Menikmati panorama ladang teh |
|
Cari ole-ole |
|
Jagung cameron memang manis |
Diharap peserta berpuas hati dengan kursus ni dan memberi manfaat dalam kerja-kerja seharian.
|
Testing access sukagis dari tab ngan smartfon |
|
Antara peserta-peserta |
Untuk gambar-gambar lain bolehlah melawat fb sukagis di link ni. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment