Friday 24 May 2013

Generalisasi (Generalization)

Saya sebenarnya baru cuba-cuba tool generalisasi ni dalam ArcGIS dan ingin share sikit. OK..kita start dengan maksud generalisasi dulu. Apabila butiran (feature) di atas peta dari sumber skala besar ke arah skala yang lebih kecil ingin dipersembahkan, proses generalisasi kebiasaannya dilakukan. Contohnya katakan butiran data anda dicapture dari sumber skala 1:5,000, bila maklumat tu nak dipaparkan ke skala 1:25,000, proses generalisasi akan berlaku.  Tujuannya hanyalah supaya maklumat yang ingin ditunjukkan di atas peta tu dapat dipapar dengan jelas sehingga mudah dibaca. Pada skala 5,000, data sungai anda mungkin dalam bentuk poligon tapi bila ditunjuk pada skala 25,000, poligon tu dah di generalize jadi line sahaja. Kalau nak mudah faham, lihat kat gambar bawah ni lah :-

Perbezaan geometri sungai dari polygon kepada polyline
pada skala yang berbeza


Pada skala kecil, perincian butiran dikurangkan

Proses generalisasi sebenarnya adalah satu proses yang kompleks dan agak mencabar kerana pada skala tertentu kita perlu tentukan butiran manakah yang perlu dikekalkan, yang manakah perlu dibuang, yang manakah perlu digabungkan dan yang manakah perlu dipermudahkan dari segi bentuk geometri dan lain-lain. Hubungkaitan antara butiran (spatial relationship) juga perlu dikekalkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa mengintrepitasi maklumat di atas peta tu.

Proses generalisasi ni kebiasaannya melibatkan dua fasa iaitu :-
  • Generalisasi Model
  • Generalisasi Kartografi

Generalisasi Model adalah proses untuk menghasilkan data  kepada skala yang spesifik dimana perincian butiran akan dipermudahkan atau dikurangkan mengikut kesesuaian skala yang nak dihasilkan. Dalam kata lain proses ni akan menghasilkan output data yang baru dan disimpan di dalam pangkalan data skala tertentu.

Generalisasi Karto pula dilakukan semasa kita nak design peta untuk cetakan dimana pengubahsuaian simbologi dilakukan sekiranya berlaku konflik pada simbol, contohnya simbol yang terlalu rapat, bertindih, orientasi yang tak betul, perlukan simbol offset dan lain-lain. Pengubahsuaian ini tidak melibatkan pengubahsuaian pada data asal, hanya manipulasi pada simbol sahaja yang dilakukan.

Workflow generalisasi : sumber ArcGIS Desktop Help


Dalam ArcGIS Desktop, tools untuk Generalisasi Model kita boleh access melalui ArcToolbox dalam Cartographic Tools > Generalization



Semasa proses Generalisasi Model, beberapa set arahan (rules) perlu kita tetapkan pada butiran data untuk penghasilan butiran pada skala yang dikehendaki. Contohnya katakan untuk penghasilan data dari skala 1:25,000 kepada 1:50,000, kemungkinan set arahan yang anda telah tetapkan ialah sekiranya jarak antara dua polygon kurang dari 30m dan keluasan polygon tu melebihi 500m² maka polygon tu perlu digabungkan.



Untuk melaksanakan jenis generalisasi seperti ni, saya boleh gunakan tool Aggregate Polygons di dalam toolbox Generalization. Contoh seperti gambar di bawah :-



Penerangan gambar :-
  1. Buka Arctoolbox dan klik Generalization > Aggregate Polygons
  2. Untuk Input Features, pilih data polygon yang nak digabungkan.
  3. Masukkan nama Output Feature Class yang nak dihasilkan.
  4. Letakkan jarak minima antara dua polygon yang nak digabung.
  5. Letakkan keluasan minima polygon yang perlu digabung.
  6. Klik OK. (Setting lain tu semua optional, gunakan ikut kesesuaian)

Hasilnya seperti di bawah ni.



Setelah selesai kesemua data tu digeneralisasikan ke dalam pangkalan data generalisasi, proses merekabentuk peta untuk cetakan akan dilakukan daripada data tersebut. Di peringkat ni, proses Generalisasi Karto perlu anda buat kalau simbol yang dipaparkan dari data ni tidak bersesuaian atau berlaku konflik atapun kalau butiran simbol nampak terlalu kompleks/padat dan perlu dikurangkan.



Terdapat banyak tool yang anda boleh gunakan untuk proses Generalisasi Karto ni, seperti Graphic Conflicts, Annotation, Cartographic Refinement, Grid and Graticules dan Masking Tools. Kesemuanya di dalam toolbox Cartography Tools.



OK, sebelum pergi lebih lanjut tentang Generalisasi Karto ni, cuba perhatikan contoh gambar di bawah. Dari segi realiti keadaan sebenar, selalunya orang buat tapak rumah mesti sejajar sudut menghadap ke jalanraya, betul tak? Macam dalam gambar A tu. Jarang orang bina kedudukan rumah macam dalam gambar B.



Macam tu lah juga bila kita buat peta untuk simbol rumah atau seumpamanya. Perhatikan contoh data point Residential Building saya seperti di bawah ni. Kedudukan orientasi point simbol kotak building tu tidak sejajar dengan jalanraya. Jadi dari sudut kartografi, peta ni tak nampak berapa menarik dan mungkin mengelirukan.



So, sekarang ni saya akan buat proses Generalisasi Karto untuk mengubah orientasi rumah tu supaya sejajar dengan jalanraya. Ini saya boleh lakukan dengan menggunakan tool Resolve Building Conflicts di dalam ArcToolbox. Follow steps seperti di bawah :-



Tapi ada beberapa step kat situ yang saya agak kurang faham, seperti step (6) dan (7). So apa yang saya buat, saya try and error je masukkan nilai yang sesuai sehingga saya dapat result yang saya rasa memuaskan. OK... penerangan sikit tentang steps tu :-

  1. Buka Arctoolbox dan klik Cartography Tools > Graphic Conflicts > Resolve Building Conflicts.
  2. Pilih Input Building Layers
  3. Pilih Field yang menentukan building apa yang hendak dipapar dan building apa yang hendak dihilangkan. Nilai 1 dalam field tu menunjukkan building akan dipapar dan nilai 0 menunjukkan building tak akan dipapar.
  4. Pilih Input Barrier Layers. Dalam contoh ni saya nak supaya simbol building sejajar dengan jalan, jadi Input Barrier Layers saya ialah jalanraya.
  5. Tukar setting Orient kepada TRUE.
  6. Masukkan nilai Building Gap.
  7. Masukkan nilai Minimum Allowable Building Size. (kalau nak penjelasan maksud parameter ni, tekan button Show Help >>).
  8. Klik OK.


Hasilnya jadilah seperti gambar di bawah ni. Cuba perhatikan orientasi simbol building rumah tu, semuanya berubah sejajar mengikut kedudukan jalanraya.


Klik gambar untuk mendapat gambaran maksud lebih jelas



10 comments:

  1. hahaha.. nice.. boleh pakar karto neh..

    ReplyDelete
  2. tuan, saya suka penerangan tuan ini, kalau sudi boleh tuan sediakan data seperti contoh tuan itu. Terima kasih.Kalau ada masalah takpe. Email saya fauzul.a@poliku.edu.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh data di atas ada yg screenshot dari arcgis online help dan ada sebahagiannya hak milik JUPEM. saya tak berani pula nak email data tu sbb bukan hak milik saya.. tq..

      Delete
    2. ok. saya ingat data tersebut you buat sendiri..Tq

      Delete
    3. ada sesetengah data dalam tutorial blog ni saya buat sendiri.. tapi dlm kes topik generalisasi ni, data dari jupem .. :)

      Delete