Sunday 8 December 2013

Tips Mendigit : Kaedah Right Angle, Trace Offset dan Tangent Curve

Kali ni saya ingin berkongsi tips  3 kaedah pendigitan yang mungkin berguna untuk anda, Right Angle,  Trace Offset dan Tangent Curve.  OK, apa maksud istilah Right Angle,  Trace Offset dan Tangent Curve ni? Biar saya terangkan dulu..

i) Right Angle

Katakan anda nak digit segmen yang bersudut tepat antara satu segmen dengan segmen yang lain. Contoh anda nak digit atap rumah atau bangunan di atas gambar foto udara. Setiap bucu rumah tu bersudut tepat kan?



Cara paling mudah mendigit untuk mendapatkan segment bersudut tepat ialah menggunakan tool Right Angle.  Tool ni terdapat di dalam Editor toolbar, seperti gambar di bawah.

Tool Right Angle


Klik pada tool Right Angle tersebut dan mulakan pendigitan seperti biasa dan anda akan dapati setiap segmen akan dibina bersudut tepat antara satu sama lain.

Hasil digit kaedah Right Angle, segment
bersudut tepat


ii) Trace Offset.

Kadangkala anda nak digit line yang selari dengan line sedia ada pada jarak offset tertentu. Contohnya anda dah digit line bahu kiri jalan, kemudian anda nak digit bahu kanan jalan yang selari dengan bahu kiri jalan tadi dan pada jarak offset tertentu.



Cara paling mudah ialah gunakan trace bersama option offset.  Klik pada tool Trace di dalam Editor toolbar, seperti di bawah.


Tool Trace


Kemudian tekan 'O' di keyboard untuk mendapatkan window Trace Options. Masukkan nilai offset. Dalam contoh ni, lebar jalan yang nak saya digit ialah 6 meter. Jadi saya masukkan nilai 6 di ruangan Offset. (Anda boleh ukur lebar jalan tu menggunakan tool Measure dalam Tool toolbar).

Masukkan jarak Offset sebelum trace


Kemudian saya klik atas line jalan yang saya telah digit sebelum ni dan terus trace di atas line tersebut. Hasilnya line baru dalam jarak offset 6 meter dari line sedia ada akan dibina.

Trace di atas garis merah, hasil offset garis oren


iii) Tangent Curve

Bagaimana pula untuk mendigit garis lengkung, contohnya simpang jalan atau bahu jalan yang shape melengkung.



Selain dari mendigit kaedah stream mode atau membina jarak vertex yang rapat untuk mendapatkan garis lengkung, anda juga boleh gunakan satu kaedah yang dinamakan Tangent Curve.

Hanya 2 vertex dibina antara garis lengkung


Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Tangent Curve di dalam Editor toolbar.

Kedudukan tool Tangent Curve


Gunakan tool ni hanya jika anda ingin mendigit garis lengkung sahaja. Contohnya, cuba lihat cara pendigitan saya seperti rajah di bawah ni.



Pada segmen vertex 1 - 2, saya gunakan tool Straight Segment kerana garisan tu bersifat lurus. Pada vertex 2 - 3, saya tukar pada mod tool Tangent Curve kerana saya ingin digit garis melengkung, manakala pada vertex 3 - 4, saya kembali kepada mod Straight Segment. Melalui kaedah Tangent Curve, hanya bilangan vertex yang minima diperlukan tetapi hasilnya adalah garisan lengkung atau curve yang lebih kemas. Cuba bandingkan kaedah Tangent Curve ni dengan pendigitan stream mode seperti rajah di bawah ni.

Lebih banyak vertex dibina pada garis lengkung
sekiranya pendigitan di dalam stream mode

Bilangan vertex yang banyak akan dibina di atas garis lengkung di dalam pendigitan stream mode manakala pendigitan Tangent Curve, hanya 2 vertex sahaja diperlukan di antara dua garis lengkung.

1 comment: