Mungkin anda pernah dengar word
ni.. on-the-fly projection?? Tapi fahamkah anda konsep on-the-fly projection
ni? OK.. dlm bahasa mudahnya, on-the-fly projection ni bermaksud keupayaan
sesuatu software GIS tu memaparkan (overlay) layer-layer dalam sistem koordinat yg
berbeza tanpa perlu mengubah sistem koordinat asal layer tersebut. Contohnya, katakan anda sedang memaparkan
data worldmap dalam sistem WGS84 dan anda ingin overlay data MRSO anda di atas
data worldmap tu. Sekiranya software yang anda gunakan support on-the-fly
projection, anda tak perlu pening-pening nak tukar data MRSO tu kepada WGS84, tapi anda boleh direct
overlay data tu di atas data WGS84. Itulah kelebihan on-the-fly projection.
on-the-fly projection membolehkan data berbeza sistem koordinat dipapar tanpa perlu mengubah sistem koordinat pada data |
Sekiranya software yang anda
gunakan tak support on-the-fly projection, anda perlu seragamkan dulu data-data
yang nak dioverlay kepada satu sistem koordinat yang sama. Contohnya dalam kes
overlay MRSO kepada WGS84 tadi, anda perlu project data anda dari MRSO kepada
WGS84 ataupun anda project data worldmap WGS84 tu kepada MRSO.. objektifnya
untuk mendapatkan sistem koordinat yang sama untuk semua layer sebelum
dioverlaykan.. tapi ni semua tak perlu anda lakukan kalau menggunakan konsep
on-the-fly projection.
Tanpa on-the-fly projection, sistem koordinat antara data perlu diseragamkan untuk overlay |
OK.. clear dah konsep on-the-fly
projection? Sekarang saya akan terangkan pula bagaimana ArcGIS handle
on-the-fly projection ni. Untuk software lain saya kurang arif camne. Cuba
lihat flow step gambar di bawah ni :-
Penerangan gambar :-
- Start new ArcMap document
- Contoh data pertama yang dimasukkan ke dalam ArcMap ialah data MRSO
- ArcMap akan automatik set dataframe sebagai MRSO (mengikut setting coord system data yang mula2 dimasukkan)
- Proses on-the-fly projection akan berlaku sekiranya data seterusnya dimasukkan mempunyai koordinat sistem yang berbeza dgn setting sistem koordinat dataframe.
Dalam ArcGIS Desktop, on-the-fly projection ni
berlaku apabila anda view data anda dalam ArcMap. Sekiranya data yang
dimasukkan berlainan sistem koordinat dengan sistem koordinat dataframe, ArcMap
akan automatik lakukan on-the-fly projection untuk membolehkan data2 ni
dioverlay. Seperti contoh gambarajah di atas, data yang mula2 dimasukkan adalah
MRSO, bermaksud setting sistem koordinat DataFrame Arcmap automatik akan
menjadi MRSO. Jadi, sebarang analisis yang anda lakukan, cthnya pengiraan
keluasan, jarak dll semuanya adalah di dalam MRSO meter. Sekiranya next data
yang anda masukkan mempunyai sistem koordinat berbeza, cth Cassini, GDM, WGS84,
data-data ni akan diconvert secara on-the-fly untuk tujuan paparan supaya boleh
fit dengan data MRSO tu. Tapi sebenarnya data tu masih lagi dalam projection
asal Cassini, GDM, WGS84 dll. Jangan silap faham, ArcMap tak ubah pun sistem
koordinat data tu, dia cuma convert on-the-fly supaya data tu boleh dioverlay
dan fit ke dalam extent MRSO tadi.
Itulah sebenarnya kelebihan
konsep on-the-fly projection ni. Maksudnya anda dah save 1 step bila nak
overlay data yang berbeza koordinat sistem, tak perlu run command PROJECT untuk
seragamkan dan tukar sistem koordinat, semua proses tu software yang handle.
Tapi sebenarnya ada syarat untuk membolehkan on-the-fly projection ni berlaku.
Syaratnya, kesemua data layer anda tu mestilah anda define sistem koordinat dia
dengan betul, tak boleh ada kes data yang Unknown Coordinate System.
Macamana pula data kita boleh
jadi Unknown Coordinate System? Kes ni selalunya berlaku selepas proses data
convertion.. contoh dari AutoCAD, MapInfo ataupun mungkin data yang kita
perolehi dari sumber2 yang kita kurang jelas bagaimana data tu dibina. Macamana
pula nak tau samada data anda tu Unknown Coordinate System atau tak? Anda boleh
lakukan seperti step kat bawah ni untuk semak :-
Penerangan gambar :-
- Right click layer yang anda nak check dalam Catalog
- Pilih Properties
- Klik tab XY Coordinate System
- Semak kat ruangan Current Coordinate System. Kalau dia tulis <Unknown> tu, maknanya anda kena set le kepada coordinate system yang sepatutnya.
OK, apa akan jadi kalau anda
overlay data yang mempunyai sistem koordinat yang berbeza, tapi kedua-duanya
atau salah satu darinya mempunyai Unknown Coordinate System. Data anda takkan
boleh fit antara satu sama lain, kemungkinan lari terlalu jauh,.. seperti
contoh di bawah ni.. dimana saya overlay data WGS84 dan MRSO, tetapi dalam kes ni,
data MRSO ni adalah Unknown.
Data berbeza sistem koordinat terletak pada posisi berbeza bila overlay sekiranya terdapat data yang Unknown Coordinat System |
Anda akan dapati data worldmap WGS84
tu jadi terlalu kecil kalau dibandingkan dengan data MRSO bila kita overlay dan
kedudukannya lari terlalu jauh. Kenapa boleh jadi begitu?? Logiknya sebab julat
koordinat WGS84 terlalu kecil (-180 < X < 180) kalau dibandingkan dengan
julat koordinat MRSO.
Cuba lihat julat koordinat X
untuk sistem koordinat WGS84 area Semenanjung di bawah ni :-
Sekarang lihat pula julat
koordinat X MRSO area Semenanjung :-
So, anda dah nampak kan perbezaan
julat koordinat X yang ketara antara sistem WGS84 dan MRSO untuk area
Semenanjung. Jadi secara logiknya kalau ruang koordinat ni kita letakkan dalam ruang posisi paksi XY, memang kedudukannya akan jauh lari seperti gambaran di bawah
ni.
Gambaran perbandingan julat koordinat X antara sistem koordinat WGS84 dan MRSO |
Tapi macamana pula kadangkala
bila kita overlay, walaupun julat koordinatnya jauh berbeza, disebabkan sistem
koordinat berbeza,.. tapi kedua2 data tu boleh fit, walaupun secara logiknya
takkan boleh fit pada kedudukan yang sama? Jawapannya disebabkan on-the-fly
projection tu ler... tapi dengan bersyarat data tak boleh ada Unknown
Coordinate System.. mesti properly define menggunakan source koordinat
sepatutnya.
So dah faham kan konsep
on-the-fly projection??
asalam.,.,sy just nk bertanya bolah ke data XY coordinate dalam degree minute second add ke dalam arcgis.cth jika sy ad data xy dlm bentuk excel.
ReplyDeletewsalam... tak perasan plak saya komen ni..sorry... data DMS kena convert ke Decimal Degree dlu, kemudian baru guna display XY
Delete