Sunday 29 March 2015

Spatial Join - Mengira Jumlah Point Di Dalam Setiap Polygon

Saya akan kongsikan satu tip yang mungkin berguna untuk anda. Katakan anda ada satu layer mengandungi sejumlah point dan satu layer mengandungi beberapa polygon. Mungkin anda ingin mendapatkan keputusan berikut :-

  1. Berapakah jumlah point kampung dalam setiap mukim?
  2. Ada berapa jumlah point punca-punca pencemaran dalam setiap subcatchment sungai? (soalan common kat Jab Alam Sekitar :) )
Kalau data point anda sikit mungkin bolehlah anda kira secara manual. Tapi macamana kalau ada beratus-ratus point? Atau beribu-ribu point? Jenuh tu nak kira manually.
 
Contoh taburan kampung dalam sempadan mukim

Gambar atas menunjukkan contoh data point kampung yang saya overlay dengan data polygon mukim. Dalam contoh ni, data point saya hanya mengandungi atribut nama kampung dan tidak dinyatakan setiap kampung tu terletak di dalam mukim mana. Sekiranya saya nak generate summary berapa banyakkah jumlah kampung yang ada dalam setiap mukim, cara yang paling mudah ialah saya gunakan kaedah Spatial Join.

Spatial Join dari point layer kepada polygon layer ni akan bagi kita 2 option iaitu :-
  • Samada kita nak summarize numeric atribut yang terdapat dalam point dan mendapatkan jumlah point dalam polygon atau :
  • Samada kita nak transfer atribute dari point masuk ke dalam polygon based on point yang paling hampir dari sempadan polygon (contoh mcm kita ada poygon lot dan nombor lot disimpan dalam layer point .. selalunya kes ni untuk data convert dari AutoCAD)

Option Spatial Join


OK, untuk buat Spatial Join, ikut step di bawah :-




Penerangan gambar :-
  1. Dalam Table of Contents ArcMap, right click layer polygon.
  2. Pilih Joins and Relates > Join…
  3. Make sure pilih Join data from another layer based on spatial location
  4. Pilih layer point yang anda nak summarizekan total.
  5. Sebab kita nak dapatkan total point, pilih option summary numeric attribute.
  6. Taip nama output layer samada shapefile atau geodatabase.
  7. Klik OK.


Hasilnya anda boleh semak dalam layer baru yang dihasilkan. Buka table untuk layer baru tu dan rujuk pada field Count_.

Contoh result, jumlah kampung dalam setiap
mukim ditunjukkan dalam field Count_







1 comment: