Tuesday 3 April 2018

Troubleshoot Penentuan Sistem Koordinat (Bahagian 1)

“Alamak, data jauh lari tersasar lah. Katanya data ni dalam RSO, tapi kenapa bila overlay dengan basemap RSO tak masuk pun?” Haaa pernah tak dengar orang yang ada masalah macam ni, atau anda sendiri hadapi masalah macam ni. Tak semesti masalah pada data RSO, tapi mungkin juga pada sistem koordinat yang lain. Saya dapati ramai yang masih kurang jelas macamana cara untuk kita troubleshoot problem macam ni sekiranya berlaku. Apa step yang kita patut buat untuk kenalpasti adakah betul data tersebut menggunakan sistem koordinat seperti yang dinyatakan. Saya berikan contoh kes-kes berikut…

KES 1
Contohnya, katakan kita dapat satu data dari satu sumber dan dinyatakan data tu menggunakan sistem koordinat WGS84. So kitapun masukkan data tu dalam ArcMap dan cuba overlay dengan basemap WGS84 atau mungkin kita overlay terus dengan basemap RSO sebab ArcMap support on-the-fly projection. Tapi lepas kita overlay jauh lari data WGS84 yang kita test tu. So… adakah data tu memang betul data dalam WGS84 atau sebenarnya dalam sistem koordinat lain?

Dalam spatial reference tulis data dalam WGS84, tapi kenapa
bila overlay dengan basemap WGS84 tak masuk pun??

KES 2
Kes ni lagi parah. Anda dapat satu data tapi tak tahu langsung data tu gunakan sistem koordinat apa, sebab  mungkin data tu data lama atau mungkin dari sumber yang anda pun dah tak boleh trace. Tak tau pulak data tu datang dari agensi mana, siapa owner dan sebagainya, so tak boleh nak refer atau tanya pada owner data untuk dapatkan info. Data tu pulak bila anda check Spatial Reference, tak dinyatakan.

Alamak, sistem koordinat tak define plak dalam spatial reference.
Macamana nak tau data ni dalam sistem koordinat apa??

Dari kedua-dua kes tadi, macamana anda nak tentukan atau nak agak data tu kemungkinan dalam sistem koordinat apa? Cara terbaik adalah cuba korek maklumat dari pembekal data tentang history data tersebut. Kebiasaannya masalah data tersasar dari lokasi sebenar ni antaranya :-
  1. Kesilapan define sistem koordinat. Contohnya data tu sebenarnya dalam MRSO tapi disetkan sebagai GDM2000MRSO. Jadi ArcMap akan translatekan koordinat MRSO tu kepada GDM semasa dipaparkan.
  2. Data yang diserahkan tu telah melalui beberapa proses transformasi koordinat. Kemungkinan terdapat kesilapan semasa melaksanakan proses tersebut, contohnya tak buat datum transformation, tak masukkan parameter yang diperlukan dan sebagainya.
  3. Kadangkala penggunaan perisian GIS yang berbeza juga mengubah beberapa parameter sistem koordinat dalam Spatial Reference ArcGIS setelah proses data conversion dilakukan.


MENJANGKA SISTEM KOORDINAT BERDASARKAN JULAT KOORDINAT
Kalau takde maklumat yang anda boleh perolehi tentang history data tu, satu lagi cara ialah anda mungkin boleh agak sistem koordinat data tu based on julat koordinat yang dipapar pada data tersebut. Ingat ye, ni main agak-agak je, mungkin betul mungkin tidak, macam main teka-teki. Tapi kalau anda betul-betul arif tentang julat koordinat sesuatu sistem koordinat, step ni boleh banyak membantu anda bila anda nak troubleshoot masalah data-data yang tak masuk ni.

Bila anda papar layer dalam ArcMap dan anda gerak-gerakkan cursor mouse dalam paparan Data View, koordinat XY pada lokasi cursor mouse tu akan dipapar diruangan bawah belah kanan Window ArcMap kan? Gambar bawah ni menunjukkan contoh ruangan paparan koordinat pada Window ArcMap.

Paparan koordinat dapat dilihat di ruangan bawah window ArcMap
bila mouse cursor digerakkan dalam map.

Dengan meneliti nilai koordinat yang dipaparkan tu, kadangkala anda boleh agak apakah sistem koordinat yang digunakan oleh data tersebut. Tapi… anda kena familiar dululah julat koordinat yang digunapakai oleh setiap sistem koordinat. Cuba lihat pula gambar di bawah ni. Kotak merah tu anggaran kasar extent kawasan untuk cover Semenanjung Malaysia. Koordinat yang dipaparkan pula adalah julat koordinat dalam WGS84 mewakili XMIN, YMIN, XMAX dan YMAX.

Anggaran julat koordinat WGS84 Semenanjung Malaysia

Jadi, kalau koordinat data anda dalam lingkungan julat yang dinyatakan di atas, berkemungkinan data tu dalam sistem koordinat WGS84 area Semenanjung Malaysia.
Lihat contoh gambar di bawah ni pulak. Data yang sama, area yang sama, tapi kali ni dipaparkan dalam julat koordinat Kertau MRSO.

Anggaran julat koordinat Kertau MRSO Semenanjung Malaysia

Dari gambar yang ditunjukkan, anda boleh dapati nilai koordinat untuk MRSO lebih besar berbanding nilai koordinat WGS84. Jadi, jika koordinat data Semenanjung Malaysia anda mempunyai nilai X=180000, Y=300000, tak mungkin data tu dalam sistem koordinat WGS84.. sebabnya nilai maksimum X untuk data WGS84 area Semenanjung Malaysia dalam lingkungan 104 sahaja, terlalu kecil. Itulah yang saya maksudkan dengan melihat julat koordinat, anda boleh mengagak sistem koordinat yang digunakan.

Tak mungkin koordinat dalam WGS84 sebab dah melebihi julat koordinat

Setelah anda dapat menjangka apa sistem koordinat yang digunakan oleh data tu, barulah anda overlay data tu dengan basemap yang bersesuaian untuk double confirm betulkah sistem koordinat yang anda agak tu. Maksudnya, kalau anda agak data tu dalam WGS84, cuba overlay dengan basemap WGS84. Kalau anda agak data tu dalam MRSO, cuba overlay dengan basemap MRSO dan begitulah seterusnya.

Untuk data Cassini pulak, julat koordinatnya berbeza-beza sebab data Cassini ni menggunakan parameter berbeza-beza mengikut negeri. Gambar di bawah ni adalah gambaran extent data Cassini mengikut negeri.

Parameter sistem koordinat Cassini berbeza-beza 
mengikut negeri

Jadual di bawah ni adalah anggaran julat koordinat Cassini untuk setiap negeri. Ni anggaran saja ye, based on shape kotak yang saya draw kat peta dalam gambar di atas tadi

Anggaran julat koordinat Cassini mengikut negeri


Untuk julat koordinat Kertau MRSO, Timbalai BRSO, GDMMRSO dan WGS84 pula adalah seperti jadual di bawah ni.

Anggaran julat koordinat RSO, WGS84 dan GDM2000MRSO

Tujuan saya buat jadual ni adalah untuk anda buat semakan awal dulu pada list koordinat data anda tu, adakah koordinat data anda tu termasuk dalam mana-mana julat koordinat yang saya listkan dalam jadual tu. Contohnya, katakan anda dapat satu data yang dinyatakan data tu dalam Cassini Perlis. Data tu pulak bermasalah sebab bila overlay tak masuk dalam basemap Perlis. Cuba double check dengan merujuk jadual saya sertakan tadi, betul ke koordinat dalam data tu dalam julat XMIN= -59757.172, YMIN = 32036.867, XMAX = -28007.108 dan YMAX = 85615.10009 (Rujuk julat koordinat Cassini Perlis dalam jadual). Kalau koordinat data tu diluar julat, memang confirm le data tu bukan Cassini Perlis. Tapi kalau di dalam julat, haa yang ni susah sikit.. mungkin ada sebab-sebab lain.

OK harap anda semua faham apa yang saya cuba nak sampaikan ni.  Dalam bahagian seterusnya nanti, saya akan terangkan bagaimana kaedah yang betul untuk menguji data-data yang bermasalah ni dalam ArcMap setelah anda dapat mengagak sistem koordinat yang digunakan.

Tungguuu....

ps : Dapatkan buku SukaGIS yang masih berada dipasaran. Klik link ni untuk maklumat lanjut...


No comments:

Post a Comment