Berjumpa lagi. Dalam post saya di
Bahagian 1 sebelum ni, saya ada bagi tips sikit macamana kita nak teka atau
agak-agak sistem koordinat yang digunakan pada data yang kita tak dapat
kenalpasti sistem koordinat yang digunakan oleh data tersebut… iaitu dengan
membandingkan nilai koordinat pada data tu dengan julat koordinat pada beberapa
sistem koordinat seperti RSO, WGS84, GDM dan Cassini.
Bila kita dah dapat agak apa
sistem koordinat yang digunakan oleh data tu, step seterusnya ialah kita kena
overlay pula data tu dengan basemap yang bersesuaian untuk double check betul
tak sistem koordinat yang kita agak tu. Kalau boleh, cuba overlaykan data tu
dengan basemap yang menggunakan sistem koordinat yang sama yang anda teka.
Maksudnya, kalau anda agak data tu mungkin dalam sistem koordinat RSO,
overlaykan dengan basemap RSO. Kalau anda rasa data tu dalam WGS84, overlay pula
dengan basemap WGS84.
Overlay data diuji dengan basemap yang bersesuaian |
Untuk test dengan basemap WGS84
agak mudah, sekiranya anda tiada sumber basemap WGS84, overlay saja dengan ESRI
basemap, tapi kena enable dulu setting internet di komputer anda sebab data
ESRI basemap ni adalah servis yang anda akan access dari server ESRI. Tapi
kalau anda nak overlay pada basemap selain dari WGS84, anda kena ada dululah
data basemap tu di komputer anda.
Pilihan basemap dari servis ESRI basemap |
Sebelum anda test overlay data
tu, saya cadangkan anda buang dulu setting Spatial Reference pada data yang
anda nak test tu. Kenapa nak kena buang?? Tujuannya, sekiranya ada kesilapan
define Spatial Reference pada data tu sebelum ni (cth data tu patutnya RSO,
tapi ada orang tersilap define sebagai WGS84), setting parameter reference tu
tak akan diambil kira oleh ArcMap semasa proses overlay dilakukan, jadi ArcMap
akan terus baca raw koordinat pada data tu dan direct overlay pada basemap yang
anda telah pilih.
Kalau anda nak selamat, backup
dulu data tu sebelum anda buang Spatial Reference, so at least anda anda
parameter data yang asal. Cara paling mudah, copy paste je data tu menjadi
layer baru, dan buat testing overlay pada layer baru tu setelah anda buang
setting Spatial Reference. Cara untuk buang setting Spatial Reference seperti
step di bawah ni :-
Kaedah membuang setting Spatial Reference pada layer |
Penerangan gambar :-
- Dalam Catalog Window atau ArcCatalog, buka properties untuk layer yang anda nak buang setting Spatial Reference tu.
- Klik tab XY Coordinate System
- Klik arrow sebelah butang globe dan pilih Clear.
Setelah anda pilih Clear, setting
pada ruangan Current coordinate system akan menjadi <Unknown>. Klik OK.
Seterusnya bolehlah anda test
data tu untuk overlay dengan basemap yang anda pilih. Untuk nak elakkan
confuse, cuba test overlay data tu dengan layer-layer yang berkenaan saja, jangan serabutkan map anda dengan layer-layer yang lain.
Kadangkala saya lihat ada yang test overlay data bermasalah dengan map document
sedia ada yang mana terdapat terlalu banyak layer di dalam map document tersebut.
Maksudnya, dia open dia punya existing project file MXD, dalam tu dah la ada
macam-macam layer, ada bercampur aduk layer yang lain-lain sistem koordinat
pulak tu, kemudian dia test pulak overlay layer yang problem tu dalam MXD yang
sama. Bila data tu tak masuk, nanti anda pun pening data tu sepatutnya kena
ikut layer yang mana satu dan sistem koordinat yang mana satu dalam MXD tu,
sebab dah bercampur aduk.
Jadi sebaik-baiknya, untuk buat
testing, buka map yang baru dalam ArcMap atau insert saja Data Frame baru sekiranya nak gunakan MXD sedia ada. Start
dari kosong, kemudian masukkan basemap yang anda pilih, lepas tu baru masukkan
layer yang problem tu untuk test overlay. Kalau anda rasa data masih problem, lari jauh
tersasar, start semula map baru atau insert lagi Data Frame baru, kemudian test
pula overlay dengan basemap yang lain. Jangan continue je overlay dari basemap
yang anda dah uji sebelum ni. Ringkasnya, caranya seperti gambar di bawah ni :-
Kaedah yang betul untuk test overlay data bersama basemap |
Penerangan gambar :-
- Klik menu File > New untuk buka map baru atau klik menu Insert > Data Frame untuk masukkan data frame baru.
- Masukkan basemap yang dipilih ke dalam map.
- Masukkan layer yang nak diuji ke dalam map.
Setelah selesai proses ni, dan
setelah anda dapati data yang anda test tu dah jatuh di dalam kawasan basemap,
barulah anda buat analisis lebih terperinci pada data tu dari segi ketepatan
lokasi, skala, orientation dan lain-lain. Kadangkala ada juga kes anda nampak
data tu macam masuk, tapi bila zoom in nampak macam ada gap atau offset
beberapa meter. Contoh macam gambar di bawah ni ..
Offset pada data berkemungkinan disebabkan masalah datum |
Pada awalnya lepas saya test
overlay, nampak macam layer mukim Johor (boundary merah) tu macam ngam masuk
layer negeri Semenanjung. Tapi lepas saya zoom dan zoom, nampak ada lari
beranjak sikit beberapa meter. Jika anda dapati masalah pada layer anda tu ada
offset sikit, tapi skala nampak OK, orientation nampak OK, kebiasaannya ini
disebab problem transformasi datum. Kemungkinan data tu sebelum ni asalnya
dalam sistem koordinat lain, tapi telah melalui proses penukaran sistem
koordinat dan kemungkinan semasa proses penukaran sistem koordinat tu,
transformasi datum tak dilakukan. Contohnya, dalam software ArcGIS, jika anda
nak tukar data anda dari sistem koordinat WGS84 kepada Kertau MRSO, anda kena
specify datum transformation Kertau_To_WGS_1984 dalam tool Project atau kena
set pada butang Transformation di Data Frame Properties jika anda guna kaedah
export layer dalam ArcMap. Step ni ada saya ceritakan dalam post topik Menukar Sistem Koordinat di link sini dan juga di dalam buku SukaGIS Jilid 1.
Transformasi datum Kertau RSO kepada WGS84 |
Kalau data GDM2000RSO pula, kemungkinan semasa proses conversion sistem koordinat kepada GDM tu tak disertakan 7 parameter transformasi datum yang perlu anda dapatkan dari JUPEM.
Jadi untuk masalah data offset ni, penyelesaian yang terbaik sebenarnya kalau boleh dapatkan data yang asal sebelum proses penukaran sistem koordinat tu dilakukan. Contohnya kalau data anda terima tu dalam RSO dan data tu asalnya diproject dari WGS84, dapatkan semula data asal WGS84 tu, dan project semula ke RSO menggunakan kaedah yang betul. Tapi kalau dah tiada pilihan, terpaksalah anda betulkan data yang offset tu. Kadangkala mungkin mudah, kadangkala leceh gak, bergantung pada macamana keadaan data tu. Kalau melibatkan area yang kecil mungkin senang anda nak adjust, kalau area yang besar, pening kepala juga nak solve problem macam ni.
Jadi untuk masalah data offset ni, penyelesaian yang terbaik sebenarnya kalau boleh dapatkan data yang asal sebelum proses penukaran sistem koordinat tu dilakukan. Contohnya kalau data anda terima tu dalam RSO dan data tu asalnya diproject dari WGS84, dapatkan semula data asal WGS84 tu, dan project semula ke RSO menggunakan kaedah yang betul. Tapi kalau dah tiada pilihan, terpaksalah anda betulkan data yang offset tu. Kadangkala mungkin mudah, kadangkala leceh gak, bergantung pada macamana keadaan data tu. Kalau melibatkan area yang kecil mungkin senang anda nak adjust, kalau area yang besar, pening kepala juga nak solve problem macam ni.
Ada beberap tool yang anda boleh
gunakan dalam ArcGIS untuk betulkan data-data yang problem macam ni. Antaranya
anda boleh gunakan tool Spatial Adjustment, atau buat proses editing
menggunakan kaedah move, reshape, tracing dan sebagainya, bergantung pada
macamana keadaan error data tu.
Harap perkongsian ni bermanfaat
untuk anda.
p/s : Anda perlukan kursus GIS??. Klik link sini untuk maklumat kursus yang kami tawarkan pada bulan April dan Mei ini.
p/s : Anda perlukan kursus GIS??. Klik link sini untuk maklumat kursus yang kami tawarkan pada bulan April dan Mei ini.
No comments:
Post a Comment